Assallammualaikum wbt,
Pada petang ini saya mendapat telephone daripada sesorang, bertanyakan tentang kedudukan anak angkatnya yang baru berusia 2 tahun yang diangkat bukan dari keluarga Islam,bagaimanakah kedudukan agamanya? Bolehkah Di Islamkan?.maka Disini saya memberikan hujjah - hujah yang berkaitan untuk makluman dan panduan.
maka tiadalah ia menjadi orang Islam kecuali apabila ia telah baligh dan mengucap dua kalimat syahadat maka itu sah Islamnya. Apabila kanak-kanak itu tiada dihukumkan dia orang Islam, maka tiadalah sunat diberi nama Islam kepadanya.
namun kita lebih cenderung mengatakan sebaliknya iaitu kanak-kanak bukan Islam apabila diangkat oleh orang Islam akan menjadi Islam.Maka adalah lebih baik kita
kita huraikan dahulu secara umum persoalan anak angkat itu terlebih dahulu.
Salah satu tradisi di kawasan sebelah sini dalam soal menjadikan anak orang bukan Islam sebagai anak angkat kepada orang Islam, ialah menerusi penyerahan bulat-bulat atau penyerahan sepenuhnya anak berkenaan kepada bapa atau ibu angkat dan selepas penyerahan tidak ada kaitannya lagi dengan bapa atau ibu kandungnya dari segi asuhan, jagaan atau pembelaan. Proses ini berlaku seperti menyerahkan hak milik sesuatu barang kepada orang lain, ia tidak diharap akan dimiliki semula.
Pada masa ini perkara yang sarna juga berlaku, bahkan ia diperkuat lagi oleh peraturan atau undang-undang pengesahan daripada mahkamah, sehinggalah ada yang memiliki sijil atau surat penyerahan anak angkat itu.
Kesan daripada penyerahan sepenuhnya ini, menjadikan kedudukan anak angkat dalam pandangan orang lain adalah seolah-olah sarna dengan anak kandung sendiri kepada bapa angkat. Dengan kata lain, penguasaan terhadap anak itu telah diserahkan sepenuhnya kepada bapa angkat. Bahkan sebahagian bapa atau ibu kandung anak rkenaan tidak mahu tahu lagi tentang anaknya itu. Inilah di antara proses pengambilan anak angkat yang berlaku, sarna ada anak yang baru lahir atau yang belum mumayyiz.
Sebagai tanda adanya penguasaan penuh terhadap anak angkat i kedua ibu bapa yang mengangkat ada yang sampai membin a membintikan anak angkat tersebut kepada dirinya sendiri (ba angkat) walaupun perkara ini menyalahi hukum syara', yakni h orang Islam membin atau membintikan pada dirinya kanak-kan yang bukan anaknya sendiri sarna ada anak itu anak angkat, anak pun gut atau anak tawanan perang. Dalam setengah kes, walaupun sudah mengetahui tentang kedudukan hukumnya, namun masih terdapat juga ibu bapa angkat yang mahukan anak angkatnya itu dibin atau dibintikan kepada dirinya.
Berdasarkan keadaan ini dan keadaan yang sudah-sudah pemah berlaku, maka ramailah anak angkat yang diasuh oleh orang-orang Islam terns menetap bersama keluarga angkat dan hidup secara Islam sehingga dewasa. Mereka bukan sahaja menerima pendidikan di sekolah-sekolah agama, bahkan taat menjalankan ajaran Islam sejak kecil lagi dan tidak mahu kembali ke pangkuan ibu bapa kandung dan agama asalnya. Pendeknya, mereka menjalani hidup adalah benar-benar sebagai orang Islam.
Selain soal asuhan dan penjagaan, salah satu unsur yang menjadi perhatian di sini ialah perpindahan "kuasa" bapa kandung kepada bapa angkat secara mutlak tanpa paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak. Dalam setengah kes, pengangkatan itu berlaku seperti 'jual beli' iaitu dengan ada imbalan daripada ibu bapa angkat kepada ibu bapa kanak-kanak yang diangkat itu. Ini berlaku walaupun Islam sebenarnya tidak mengharuskan jual beli manusia. Kita sebutkan perkara ini untuk memberi gambaran tentang kuasa terhadap anak itu tidak lagi dimiliki oleh ibu bapa kandung tetapi telah berpindah kepada indung (ibu bapa) angkat.
Tekanan keadaan hidup atau sebab-sebab lain seperti sebahagian ibu bapa itu menganggap anak perempuan tidak membawa tuah atau dilahirkan di luar nikah boleh menjadi sebab orang memberikan anaknya kepada orang lain dan bahkan memberikan kuasa penuh kepada siapa yang mengangkat itu yang diperkemas lagi dengan pengesahan oleh pihak mahkamah.
Pendek kata, pengangkatan anak itu boleh dikatakan sebagai peralihan kuasa, pemeliharaan dan pembelaan anak yang diangkat termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan berbagai kebajikan seperti urusan sekolah, pendaftaran taraf kebangsaan dan lain-lain. Semua ini menjadi tanggungjawab orang yang mengangkat itu.
Begitulah antara gambaran kedudukan pengangkatan anak angkat yang kita ketahui di Alam Melayu.
Bilakah Kanak-Kanak Diperakui Sebagai Islam?
Ulama Syafi'e berpendapat bahawa kanak-kanak yang belum biiligh dihukumkan sebagai Islam secara zahir dan batin sarna ada kerana dia ditawan oleh orang Islam secara bersendirian tanpa ibu bapanya atau kerana dia mengikut salah satu keturunannya daripada pihak bapa atau ibunya yang Islam. (I'anah ath-Thalibin: 4/199)
Adapun anak pungut (laqith) apabila dipungut dalam negeri Islam atau perkampungan orang Islam, anak itu juga diakui oleh syara' sebagai Islam.
Dihukumkan Islam Kerana Ditawan
Khusus bagi kanak-kanak bukan Islam yang ditawan oleh orang Islam, adalah dihukumkan sebagai Islam kerana mengikut orang Islam yang menawannya, tetapi dengan syarat ketika dia ditawan itu tiada bersamanya salah seorang daripada ibu atau bapanya. Sekiranya dia bersama-sama dengan keduanya atau salah seorang daripada keduanya, maka kanak-kanak itu dihukumkan mengikut agama mereka, kerana pengaruh taba'iyyah (ikutan) keturunan lebih kuat daripada pengaruh taba 'iyyah orang yang menawannya. (Hasyiah al-Bajuri: 2/61)
Imam an-nawawi berkata:
إذا سبي مسلم طفلا تبع السابي فى الإسلام ان لم يكن معه أحد أبويه
Ertinya: Apabila orang Islam menawan anak kecil, maka anak itu mengikut orang yang menawannya dalam Islam (yakni dihukumkan seorang Islam) jika tidak ada bersamanya salah seorang daripada kedua ibu bapanya. (Minhaj ath- Thalibin: 177)
Apa yang disebutkan oleh ulama Syafi'e: "Jika kanak-kanak itu' ditawan secara bersendirian (seorang diri) tanpa bersamanya salah seorang daripada ibu bapanya", menunjukkan betapa kuat pengaruh kuasa ibu atau bapa terhadap anak mereka berbanding dengan pengaruh keislaman orang yang menawan anak mereka."
Kanak-kanak hanya boleh mengikut agama orang yang menawannya jika kedua ibu bapanya tidak bersamanya. Selama kanak-kanak itu bersama kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka, maka selama itu pulalah dia di bawah pengaruh dan kuasa mereka (ibu atau bapa kandungnya). Jika salah seorang daripada ibu bapanya masuk Islam, maka dia dihukumkan Islam dengan sendirinya.
Jadi dalam soal ini terdapat satu unsur atau sebab kanak-kanak itu dihukumkan Islam, iaitu tidak ada bersama kanak-kanak tawanan itu kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka di dalam tentera musuh atau dalam harta ghanimah (harta rampasan) yang ditawan bersama-samanya.
Maka dengan itu kanak-kanak berkenaan dianggap bagaikan anak yang baru lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam ketika dia ditawan itu. Imam asy-Syarbini berkata bahawa keadaan ini berlaku sarna ada yang menawan itu sudah baligh lagi berakal ataupun tidak. (Mughni al-Muhtaj: 2/575)
Apabila hal ini dikaitkan dengan proses pengangkatan kanak-kanak pada masa ini sebagaimana yang saya sebutkan di awal-awal tadi, di sini akan kita temui suatu perkara yang ada persamaan, iaitu soal "penguasaan" atau istila' (~~I). Dalam soal tawanan, orang yang menawan memiliki atau menguasai kanak-kanak yang ditawannya itu, kerana dialah yang menawan. Jadi penguasaan terhadap kanak¬kanak itu telah berpindah ke tangan orang Islam yang menawannya. Dalam soal anak angkat pula, bapa angkat telah mengambil alih penguasaan terhadap anak angkat, kecuali dalam perkara-perkara tertentu, seperti kewalian, di mana bapa angkat tidak boleh menjadi wali nikah jika anak angkatnya itu perempuan dan dalam perkara warisan di mana anak angkat tidak mewarisi dan diwarisi daripada atau oleh bapa angkatnya.
Dalam konsep tawanan, tidak ada unsur kerelaan, yakni bapa kandung kanak-kanak itu tidak akan rela anaknya ditawan oleh orang Islam. Walaupun begitu, hukum telah menetapkan bahawa kanak¬kanak berkenaan tetap dihukumkan Islam. Adapun dalam konteks pengendalian anak angkat adalah sebaliknya, iaitu ia berlaku di atas dasar suka sarna suka dan bahkan dapat pula dianggap indung (ibu bapa) kandung kepada anak itu memang telah bersedia dan redha anaknya menjadi Islam, atau menjadi 'orang Melayu' yang beragama Islam.
Setelah melihat perbandingan di antara kanak-kanak yang ditawan dan kanak-kanak yang dijadikan anak angkat, maka apabila kanak¬kanak yang ditawan yang sudah barang tentu ditawan tanpa kerelaan kedua atau salah seorang daripada ibu bapanya yang tidak turot ditawan telah dihukumkan sebagai Islam, betapa kanak-kanak yang diangkat dengan penuh kerelaan daripada ibu bapa bukan Islam itu, .. saya berpendapat adalah lebih munasabah dan lebih awta anak angkat itu menjadi kanak-kanak Islam.
Dengan adanya unsur dan tanda kerelaan ibu bapa bukan Islam mengangkat atau menyerahkan anaknya kepada keluarga Islam itu, dengan sendirinya bolehlah dianggap mereka (ibu bapa kandung ukan Islam itu) adalah merelai anak mereka menjadi orang Islam.
Perkara istila' atau penguasaan ini telah disentuh oleh pengarang ughyah al-Mustarsyidin ketika membicarakan pembelian kanak¬nak yang kafir oleh orang Islam, di mana kanak-kanak itu mengikutinya sebagai orang Islam, walaupun hukum jual beli manusia tidak sah, tetapi dianggap sebagai penguasaan atau istila’ Pengarang berkata:
وأما شراء صبيان الكفار من نحو أصولهم فلا ينعقد بيعا وإنما هو استيلاء ثم إن كان المشترى مسلما تبعه فى الإسلام وعليه تخميسه أو كافرا ولو ذميا على الأصح فباق على كفره ويملكه خالصا وحينئذ لا يحل لمشتريها منه وطؤها قبل البلوغ والإسلام كما هو ظاهر كلامهم واختار البلقينى صحته واعتمده السيوطى ومال إليه السبكى ولا يصح مع ولد المعاهد بحال ونقل عن الماوردى صحته وعليه يكون كولد الحربى
Ertinya: Adapun pembelian kanak-kanak orang kafir daripada usul (bapa, datuk, nenek) mereka tidak sah sebagai satu pembelian, tetapi ia hanyalah satu penguasaan (istila ') jua. Jika pembeli itu seorang Islam, maka kanak-kanak itu mengikutnya menjadi Islam, dan dia berhak mendapat bahagian harta ghanimah. Jika pembeli itu seorang kafir, sekalipun kafir dzimmi, kanak-kanak itu adalah kekal di dalam kekufurannya mengikut pendapat yang ashal!. Pembeli (orang Islam itu) telah memiliki sepenuhnya kanak-kanak itu. Namun ketika itu, pembelinya tidak halal mewath'inya (jika anak perempuan) sehinggalah dia biiligh dan Islam sebagaimana zahir pendapat jumhur ulama, tetapi al-Bulqaini berpendapat sah Islamnya dan pendapat ini yang dii'timiidkan oleh as-Suyuthi dan dicenderungi oleh as-Subki. Walau bagaimanapun, tidak sah keislaman anak itu jika dia anak kaf ir mu 'ahad, tetapi dinukilkan daripada pendapat al-Mawardi adalah sah kerana dia sam a dengan anak kafir !larbi. (Bughyah al-Mustarsyidin: 179)
Ertinya kanak-kanak kafir mu’ahad tidak sah Islamnya menerusi penguasaan dalam apa jua keadaan. Walau bagaimanapun menurut apa yang dinukil daripada pendapat al-Mawardi sah Islamnya berdasarkan bahawa dia adalah sarna seperti anak kafir harbi.
Adakah Sah Islam Kanak-Kanak Bukan Islam Yang Belum Baligh Jika Dia Memeluk Islam?
Kanak-kanak bukan Islam yang diangkat oleh orang Islam itu, dengan sebab persekitaran, pendidikan dan asuhan ibu bapa angkatnya, telah memeluk Islam sedangkan dia belum baligh, adakah sah Islamnya atau adakah dia dianggap seorang Islam?
Mengikut ulama mazhab Syafi'e tidak sah Islam kanak-kanak yang be1um baligh berdasarkan hadits:
رفع القلم عن ثلاث عن النائم حتى يستيقظ وعن الصغير حتى يكبر وعن المجنون حتى يعقل أو يفيق
(رواه النسائي)
Maksudnya: Daripada 'Aisyah, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: 'Tidak diambil kira sebagai kesalahan daripada perbuatan tiga orang iaitu orang tidur sehingga dia terjaga, kanak¬kanak sehingga dia dewasa (sampai umur baligh) dan orang gila sehingga dia pulih akalnya atau kembali siuman. "
(Hadits riwayat an-Nasa 'i)
Menurut mazhab Syafi'e lagi tentang tidak sah Islam kanak-kanak bukan Islam: "Kerana Islam itu ialah ucapan yang mensabitkan hukum sedangkan ianya tidak sah daripada
kanak-kanak seperti hibah, jual be1i, memerdekakan dan iqrar. Selain itu, kanak-kanak
termasuk dalam kategori yang tidak mendapat risiko hukuman. Oleh , itu Islam mereka tidak sah dan ini sarna halnya dengan orang gila dan orang yang tidur, di mana orang-orang
seperti ini tidak diberati hukum (yakni be1um ada taklif ke atasnya). (Ahldim Ahl adz-
Dzimmah: 2/902-903)
Namun ada juga ulama Syafi'iyyah seperti al-Bulqaini dan ,as-Suyuthi yang berpendapat
bahawa sah Islam kanak-kanak yang bukan Islam apabila dia mengucap dua kalimat
syahadat. Di antara alasan mereka yang menyatakan sah Islamnya ialah sebagaimana sah
puasa kanak-kanak, sembahyang dan hajinya.
Berdasarkan aI-Imam as-Suyuthi bahawa dalil menunjukkan sah Islam kanak-kanak yang bukan Islam itu di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya daripada Muslim at-Tamimi katanya:
بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فى سرية ، فلما هجمنا على القوم تقدمت أصحابى على فرس ، فاستقبلنا النساء والصبيان بضجون ، فقلت لهم : تريدون أن تحرزوا أنفسكم ؟ قالوا نعم . قلت قولوا : نشهد أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله ، فقالوها فجاء أصحابى فلامونى وقالوا : أشرفنا على الغنيمة فمنعتنا ، ثم انصرفنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : أتدرونا ما صنع ؟ لقد كتب الله له بكل إنسان كذا وكذا ، ثم أدنائى منه
(رواه أبو داود)
Maksudnya: Nabi Shallallahu (alaihi wasallam telah mengutus kami dalam suatu peperangan. Ketika kami menyerang musuh, aku dapat mendahului sahabat-sahabatku dengan cara menunggang kuda. Lalu kami menemui perempuan-perempuan dan kanak-kanak berteriak ketakutan, aku berkata kepada mereka: ((Sukakah kamu menyelamatkan diri kamu?" Mereka menjawab, “Ya". Aku berkata: “Ucapkan نشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله (Ertinya: ((Kami bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad hamba dan PesuruhNya.'') Maka mereka pun mengucapkannya (syahadat itu). Lalu sahabat-sahabatku mengatakan kepadaku, kata mereka: ((Hampir sahaja kita memperolehi ghanzmah (harta rampasan), akan tetapi engkaulah yang telah menghalang kami. Kemudian kamipun berangkat menuju Rasulullah Shallallahu (alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda: ((Tahukah kamu apa yang dibuat olehnya (Muslim at-Tamimi)? Sesungguhnya Allah telah menulis
baginya setiap manusia begini, begini." Kemudian Baginda mendekatiku. (AI-Asybah wa an-Nazha'ir: 221)
(Hadits riwayat Abu Daud)
Adapun maksud hadits (رفع القلم..... الحديث) yang dijadikan sandaran, secara tepat ia menghalang kesahihan Islam kanak-kanak yang belum baligh, sebab perkataan "رفع القلم"itu sendiri disyarahkan oleh para ulama sebagai tidak menjadi dosa (kepada beberapa golongan yang tidak diberati hukum yakni yang belum atau tidak ada taklif padanya). Hakikat hadits ini a tidak jeljugas menunjukkan tertolak amal kebajikan yang mereka lakukan termasuklah meme1uk agama Islam sebelum baligh.
Pendapat seumpama ini juga disebut oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya Al!kam Ahl adz- Dzimmah, dengan katanya:
وأما قوله صلى الله عليه وسلم : "رفع القلم عن ثلاثة" فلم يرد به النبى صلى الله عليه وسلم : أنه لا يصح إسلامه ، ولا ذكره ، ولا قراءته ، ولا صلاته ، ولا صيامه ، فإنه لا يخبر أن قلم الثواب مرفوع عنه وإنما مراده بهذا الحديث رفع قلم التأثيم ، وأنه لا يكتب عليه ذنب ، والإسلام أعظم الحسنات وهو له لا عليه ، فكيف يفهم من رفع القلم عن الصبي بطلانه وعدم اعتباره ، والإسلام له لا عليه ، ويسعد به فى الدنيا والآخرة ؟
Ertinya: Adapun hadits Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam "رفع القلم عن ثلاثة" bukanlah dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bahawa tidak sah Islam kanak-kanak itu, tidak sah zikirnya, tidak sah bacaan al-Qur'annya, tidak sah sembahyangnya dan tidak sah puasanya. Sesungguhnya Nabi tidak pula memberitahu yang pahalanya diangkat (tidak dicatat atau ditulis) daripada kanak-kanak itu, akan tetapi yang sebenarnya hadits ini dimaksudkan tidak ditulis sebagai kesalahan dan tidak menjadi dosa lee atasnya. Padahal Islam (masuk Islam) itu sebesar-besar amal 'kebajikan, dan ini sangat baik bagi kanak-kanak itu, bukan pula sebaliknya. Bagaimana boleh difahami: "Diangkat qalam (tidak menjadi kesalahan) daripada kanak-kanak" dengan maksud: “Tidak sah keislaman kanak-kanak itu, dan tidak diambil kira keislamannya padahal masuk Islam itu adalah pahala baginya bukan sebaliknya (iaitu dengan menjadikan alasan bagi orang-orang yang tidak setuju dengan keislamannya) di mana dengan Islam dia akan di dunia dan akhirat?" (Ahkfim Ahl adz-Dzimmah, Ibn az-Zaujiyyah: 2/907
Menurutnya lagi:
فإن الإسلام عبادة محضة ، وطاعة لله وقربة له ، فلم يكن البلوغ شرطا فى صحتها : كحجه وصومه وصلاته وقراءته ، وأن الله تعالى دعا عباده إلى دار السلام ، وجعل طريقها الإسلام ، وجعل من لم يجب دعوته فى الجحيم والعذاب الأليم ، فكيف يجوز منع الصبي من إجابة دعوة الله ، مع مسارعته ومبادرته إليها وسلوكه طريقها ، وإلزامه بطريق أهل الجحيم ، والكون معهم ، والحكم عليه بالنار ، وسد طريق النجاة عليه مع فراره إلى الله منها ؟ هذا من أمحل المحال ، ولأن هذا إجماع الصحابة ، فإن عليا رضي الله عنه أسلم صبيا ، وكان يفتخر بذلك ويقول : سبقتكم إلى الإسلام طرا صبيا ما بلغت أوان حلمي. فكيف يقال : إن إسلامه كان باطلا لا يصح ؟ ولهذا قال غير واحد من التابعين ، ومن بعدهم : أول من أسلم من الرجال أبو بكر ، ومن الصبيان علي ، ومن النساء خديجة ، ومن العبيد بلال ، ومن الموالي زيد.
Ertinya: Islam itu suatu ibadat yang murni, suatu ketaatan kepada Allah dan jalan mendekatkan diri kepadaNya. Oleh sebab itu baligh itu bukanlah menjadi syarat sah amal ibadat kepada Allah~ seperti sah haji, puasa, sembahyang dan bacaan al-Qur' an yang dilakukan oleh kanak-kanak. Sesungguhnya Allah Ta 'ala menyeru hamba¬hambaNya melakukan ibadat supaya memperolehi syurga as-Salam dan menjadikan Islam jalan untuk sampai kepadanya, sebaliknya Allah menjanjikan sesiapa yang tidak menyahut seruan masuk Islam akan ditempatkan dalam neraka al-Jahim dan seksa yang amat pedih. Oleh kerana itu bagaimana boleh dihalang kanak-kanak untuk menyahut seruan Allah (untuk masuk Islam) di samping kanak-kanak itu telah bersegera menyahut seruan itu dan melalui jalan ke arah seruan itu, dan bagaimana boleh dia dipaksa dengan mengikuti jalan ahli neraka, hidup bersama mereka sehingga dia dihukum dengan api neraka, serta bagaimana boleh menutup jalan selamat baginya? Ini suatu perkara yang mustahil (tidak boleh berlaku) kerana telah ijma' para sahabat bahawa 'Ali bin Abu Thalib Radiallahu 'anhu memeluk Islam semasa kanak-kanak dan dia berbangga dengan hal demikian itu menerusi syairnya: "Aku mendahului kamu menyahut seruan Islam lebih awal sedang aku kanak-kanak belum sampai umur baligh." Bagaimana pula boleh dikatakan: "Keislaman Ali itu batal dan tidak sah?" Oleh kerana itulah berkata bukan sedikit daripada tabi'in dan orang-orang selepas mereka bahawa orang yang mula-mula masuk Islam daripada kalangan lelaki (dewasa) ialah Abu Bakar, daripada langan kanak-kanak ialah Ali, daripada kalangan perempuan ialah Khadijah, daripada kalangan hamba ialah Bilal dan daripada awali (bekas-bekas hamba) ialah Zaid. (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/906)
Sebahagian ulama yang berpendapat bahawa sah Islam kanak-kanak bukan Islam itu adalah dengan hujjah:
1. Kanak-kanak juga termasuk orang yang layak mengucapkan لا إله إلا الله Allah mengharamkan masuk neraka sesiapa yang mengucapkan لا إله إلا الله dan sesiapa yang mengucapkan لا إله إلا الله akan masuk syurga, Ini jelas melalui hadits-hadits berikut:
عن عتبان بن مالك الأنصاري : ثم أحد بني سالم قال : غدا علي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : لن يوافى عبد يوم القيامة يقول لا إله إلا الله يبتغى به وجه الله إلا حرم الله عليه النار.
(رواه البخاري)
Maksudnya: Daripada 'Itban bin Malik al-Anshari, kemudian seorang Bani Salim, dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam datang kepadaku pada waktu pagi lalu bersabda: "Tidak disempurnakan (balasan) seseorang ha pada Hari Kiamat yang mengucapkan "لا إله إلا الله" (tiada tu melainkan Allah), seraya dengan kalimat itu dia mengharap keredhaan Allah, melainkan Allah mengharamkan api neraka atas dirinya. "
(Hadits riwayat al-Bukhari)
عن عبادة بن الصامت رضى الله عنه بلفظ : من شهد أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله حرم الله عليه النار.
(رواه مسلم)
Maksudnya: Daripada 'Ubadah bin ash-Shamit Radhiallah 'anhu dia berkata: "Barangsiapa bersaksi bahawa tiada tuha selain Allah dan bahawa Muhammad
adalah utusan Alla maka Allah mengharamkan neraka atasnya. "
(Hadits riwayat Muslim(
عن أبي ذر رضى الله عنه قال : اتيت النبي صلى الله عليه وسلم وعليه ثوب أبيض وهو نائم ، ثم أتيته وقد استيقظ فقال : ما من عبد قال : لا إله إلا الله ثم مات عالى ذلك إل دخل الجنة.
(رواه البخاري)
Maksudnya: Daripada Abu Dzar Radhiallahu 'anhu dia berkata: "Aku menemui Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu Baginda memakai pakaian berwarna putih. Oleh kerana Baginda sedang tidur, aku pun pulang. Ketika aku datang lagi rupanya Baginda sudah bangun. Baginda bersabda: “Setiap hamba yang mahu mengucapkan “لا إله إلا الله” kemudian dia mati dalam keadaan seperti itu, maka dia akan masuk syurga.”
2. Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah berkata:
كنت أنا وأمي من المستضعفين
(رواه البخاري)
Maksudnya: Aku dan ibuku tergolong daripada kalangan (orang-orang Islam) yang lemah dan ditindas.
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Setelah menukil perkataan Ibnu 'Abbas ini, Imam Ibnu Qayyim memberi huraian bahawa pada masa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam waf at, dia (Abdullah bin 'Abbas) belum lagi ba1igh. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak sekali-kali pemah menolak keislaman seseorang yang masuk Islam daripada kalangan kanak¬kanak, bahkan Baginda menerima keislaman kanak-kanak yang kecil, yang besar (dewasa), orang merdeka, hamba, lelaki dan perempuan, Nabi sendiri tidak pemah memerintahkan, begitu juga mana-mana salah seorang daripada khalifah-khalifah Baginda, dan mana-mana sahabat Baginda yang lain supaya kanak-kanak yang masuk Islam belum baligh membaharui (mengulang semula) Islamnya. Perkara memerintahkan membaharui keislaman seperti ini tidak pemah diketahui terjadi dalam sejarah Islam (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2 /906).
Perkara kanak-kanak masuk Islam Inl disokong oleh beberapa peristiwa, di antaranya:
عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما أن عمر انطلق مع النبى صلى الله عليه وسلم فى رهط قبل ابن صياد حتى وجدوه يلعب مع الصبيان عند أطم بنى مغالة وقد قارب ابن صياد الحلم ، فلم يشعر حتى ضرب النبى صلى الله عليه وسلم بيده ، ثم قال ابن صياد : تشهد أنى رسول الله ، فنظر إليه ابن صياد فقال : أشهد أنك رسول الأميين.....
(رواه البخاري)
Maksudnya: Daripada 'Abdullah bin 'Umar Radhiallahu 'anhu bahawasanya: " 'Umar Radhiallahu 'anhu pergi bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu rombongan menuju ke arah Ibnu Shayyad sehingga mereka menjumpainya sedang bermain-main bersama kanak-kanak di rumah Bani Maghalah. Usia Ibnu Shayyad hampir dewasa, dia tidak terasa sehingga Nabi memukulnya dengan tangan, kemudian bersabda kepada Ibnu Shayyad: "Bersaksilah kamu bahawa aku utusan Allah. " Ibnu Shayyad memandangnya lalu berkata: "Saya bersaksi bahawa Tuan adalah Rasul al-Umiyyin ....
(Hadits riwayat al-Bukhari)
من حديث أنس رضى الله عنه قال : كان غلام يهودي يخدم النبى صلى الله عليه وسلم فمرض ، فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم يعوده فقعد عند رأسه فقال له : أسلم ، فنظر إلى أبيه وهو عنده ، فقال له : أطع أبا القاسم صلى الله عليه وسلم. فأسلم ، فخرج النبى صلى الله عليه وسلم وهو يقول : الحمد لله الذى أنقذه من النار.
(رواه البخاري)
Maksudnya: Daripada Anas Radhiallahu 'anhu, dia berkata: "Ada seorang kanak-kanak Yahudi bekerja (berkhidmat) dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dia jatuh sakit. Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam datang menziarahinya, Baginda duduk di sisi kepalanya seraya bersabda kepadanya: "Islamlah kamu", lalu dia memandang ayahnya yang ada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: "Taatilah Abu al-Qasim (gelaran kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam). Lalu dia masuk Islam, dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pun keluar seraya bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dia dari neraka. "
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada beberapa penjelasan dan dalil-dalil yang dikemukakan ini dapatlah diambil kesimpulan bahawa keislaman seorang kanak¬kanak itu adalah diterima walaupun dia belum mencapai umur baligh.
Syarat-Syarat Masuk Islam Bagi Kanak-Kanak
Berkata al-Khiraqi: "Kanak-kanak yang bukan Islam jika telah berumur sepuluh tahun, dan dia berakal ketika masuk Islam, maka dia menjadi seorang Islam. Oleh kerana itu sah Islamnya dengan dua syarat:
1. Hendaklah dia berumur sepuluh tahun.
2. Berakal ketika masuk Islam itu.
Mengenai dengan syarat yang kedua, tiada khiliif (tidak berbeza pendapat) ulama tentang persyaratan ini. Kanak-kanak yang tidak berakal tidak akan sabit i'tiqiid Islamnya, kata-katanya tidak diambil kira dan apa yang diucapkannya bukan menunjukkan kehendak niatnya.
Mengenai syarat yang pertama, berkata asy-Syeikh (Ibnu Qudamah) dalam kitabnya al-Mughnl: "Kebanyakkan ulama yang mensahkan keislaman kanak-kanak tidak pun mensyaratkan yang demikian itu, mereka tidak juga menetapkan had umur. Pendapat sedemikian ini juga telah diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ahmad bin Hanbal: "Yakni sebenarnya sah Islam kanak-kanak tanpa penetapan had umur". Tetapi dalam satu riwayat lain daripada Ahmad: "Jika kanak-kanak itu masuk Islam ketika berumur tujuh tahun, jadilah dia seorang Islam kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مروا أبناءكم بالصلاة لسبع سنين
(رواه أحمد)
Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun.
(Hadits riwayat Ahmad)
Ini menunjukkan yang demikian itu terdapat had (umur) ketika memerintahkan mereka dan sah ibadat mereka, maka had umur 7 tahun itu pulalah yang menjadikan sahnya Islam mereka. (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/910).
Yang masyhur dalam mazhab (Ahmad bin Hanbal): "Kanak-kan (yang bukan Islam) apabila berakal ketika masuk Islam, sah Islamnya tanpa mengambil kira had umumya. Sedangkan al-Khira menetapkan sepuluh tahun dan yang lainnya menetapkan sembilan tahun, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah bi Hamdan, dan mengikut nash Ahmad dalam satu riwayat tujuh tahun. Berkata Ibnu Abu Syaibah: "Jika masuk Islam, dan ketika itu umumya lima tahun, jadilah Islamnya itu sebagai (orang) Islam. (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/910).
Bilakah Kanak-Kanak Dihukumkan Sebagai Seorang Islam?
Menurut jumhur iaitu bagi mazhab Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad serta sahabat-sahabat mereka, kanak-kanak jika dia berakal ketika masuk Islam secara bersendirian, sah Islamnya. (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/901).
Setelah meneliti hujah-hujah jumhur ulama, iaitu mazhab Abu Hanifah, Malik dan Ahmad serta sahabat-sahabat mereka, kita juga cenderung untuk memfatwakan bahawa kanak-kanak bukan Islam apabila dia mengucapkan dua kalimat syahadat dalam keadaan dia berakal, maka jadilah dia seorang Islam.
Analisis Persoalan Mengangkat Anak Bukan Islam
Elok kita balik semula tentang orang Islam mengangkat anak orang bukan Islam dalam kedudukan kes seperti berikut:
"Jika ibu bapanya yang kafir itu tidak mahu mengasuh atau menjaga anaknya sarna ada kerana kesempitan hidup atau menganggap anak itu tidak mendatangkan tuah, atau ada sebab-sebab lain lalu menyerahkannya kepada orang Islam secara sukarela dan sepenuh hati, tanpa paksaan untuk diasuh atau diangkat. Di samping itu, pada bila-bila masa ibu bapa asal itu tidak berhasrat lagi mengambilnya semula dan penyerahan itu dianggap sebagai isyarat yang mereka rela anak itu diasuh dan dididik dengan Islam, bahkan menjadi anak Islam. Jika demikian hal keadaannya dan kedudukan perkara, mengapa anak orang bukan Islam seperti ini tidak patut dianggap sebagai anak Islam?"
Selain hujah-hujah di atas, pendapat ini ada relevannya dengan hadits yang menyebutkan bahawa setiap anak yang lahir adalah dalam keadaan fitrah. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من مولود الا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه كما تنتج البهيمة بهيمة جمعاء هل تحسون فيها من جدعاء. ثم يقول أبو هريرة رضى الله عنه واقرءوا إن شئتم : فطرت الله التى فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله
(رواه مسلم)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi sebagaimana binatang itu dilahirkan dengan lengkap. Apakah kamu melihat binatang lahir dengan terputus (hidung, telinga dan lain-lain)?" Kemudian Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu berkata: "kamu bacalah: فطرات الله التى فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله ,(tafsirnya: "Iaitu agama yang Allah ciptakan manusia untuk menerimanya (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya); tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu.- ¬surah ar-Rum: 30). "
Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hajar, fitrah anak itu hermaksud bahawa fitrahnya bersedia untuk mengenali agama Islam dan untuk menyukainya. (Syarh Shahih al-Bukhari: 3/349)
Pengecualian dalam hal ini ialah jika ibu bapanya menjadikannya Yahudi atau Nashrani atau penyembah api. Bagaimana jika keduanya menjadikannya Islam, adakah dia Islam?
Jika ditilik di sebalik perkataan ini dengan mengambil kira yang sebaliknya, yakni jika ibu bapanya tidak menjadikannya Yahudi atau Nashrani, tetapi menjadikannya Islam, bermakna dia adalah Islam, Islam mengikut fitrah, dan ibu bapanya telah berfungsi menjadikan atau mengembalikannya ke fitrahnya yang asal.
Pokok persoalan di sini ialah "jika ibu bapa ingin atau rela menjadikan anaknya Islam" - maka mengikut proses yang disebutkan di atas, maka selain hadits dan pengertiannya ini, ulama-ulama dari mazhab lain adalah menghukumkan kanak-kanak berkenaan sebagai Islam sebagaimana yang dicatatkan di bawah ini.
Kafir Dzimmi Menjadikan Anaknya Seorang Islam
Ada ulama berpendapat bahawa orang kafir yang berusaha menjadikan anaknya yang kecil sebagai seorang Islam adalah diperakui bahawa anak itu dihukumkan Islam.
Dalam persoalan ini, jika orang kafir penyembah api misalnya berkata tentang anaknya: "Anak ini adalah seorang Islam."
Kemudian selepas lima tahun, kanak-kanak itu mati, maka kanak¬kanak itu harus dikuburkan di perkuburan orang-orang Islam.
Pendapat ini ialah pendapat yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Muhammad al-Khallal daripada pendapat mazhab Hanbali. (Kitab al-Jami': 1/90-91)
Setelah menukilkan pendapat yang disebutkan oleh al-Khallal itu, Ibnu Qayyim berkata: "Ertinya, kanak-kanak itu hanya dihukumkan kufur, kerana kedua orang tuanya menjadikannya Yahudi atau Nashrani. Oleh itu apabila keduanya menjadikannya Islam, maka jadilah dia Islam." (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/941)
Dr. Ibrahim bin Hamdas Sultan ketika mentahqiq kitab al-Jami' karangan al-Khallal di dalam memberi ulasan tentang "يهودانه وينصرانه" (kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi dan Nashrani) bahawa dari satu segi hadits ini sebagai dalil bahawa jika kedua ibu bapa mereka menjadikan anak mereka seorang Islam, maka jadilah dia seorang Islam, di mana kedua ibu bapa, menurut perhitungan nash hadits (ما من مولود إلا يولد على الفطرة.....) menjadikan anak mereka sarna ada sebagai - Yahudi, Nashrani atau Majusi, demikian juga jika keduanya menjadikannya seorang Islam (jadilah dia seorang Islam). (Kitab al-Jami': 1/91)
Asuhan Orang Islam
Mengikut sebahagian ulama, asuhan atau belaan orang Islam terhadap kanak-kanak kafir dzimmi adalah memberi kesan hukum terhadap agama anak itu.
Misalnya seorang Islam mempunyai hamba sahaya suami isteri Nashrani yang mempunyai anak, lalu anak itu meninggal dan semasa meninggal dia berada di dalam asuhan atau belaan orang Islam, maka dia dianggap Islam.
Mengikut pendapat ini, asuhan atau belaan orang-orang Islam terhadap anak orang kafir boleh menjadikannya sebagai seorang Islam. (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/942-943).
Ketika membahas soal kemerdekaan dan wansan, Ibnu Qayyim berkata:
ما ذكره شيخنا إنما يدل على أن الطفل إذا كفله أقاربه من أهل الذمة فهو على دينهم ، ولا يدل على أنه لا نحكم بإسلامه إذا كفله المسلمون
Ertinya: "Apa yang disebutkan guru kita itu hanyalah menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil apabila diasuh oleh keluarganya yang kafir dzimmi, maka dia mengikut agama mereka, dan tidak menunjukkan bahawa kita tidak menghukumkan keislamannya apabila dia diasuh oleh orang-orang Islam." (Ahkam Ahl adz-Dzimmah: 2/1057)
Apa yang disebutkan Ibnu Qayyim itu bererti boleh menghukumkan anak orang kafir itu sebagai Islam apabila dia diasuh atau dibela oleh orang Islam.
Ibnu al-Qayyim membawakan contoh permasalahan bahawa seorang kanak-kanak itu akan mengikut agama kedua-dua ibu bapanya (sama ada) dalam Islam atau kafir. Oleh kerana itu apabila kedua ibu bapanya yang bukan Islam meninggal, maka dengan sen diri hilanglah sebab ikutan (ikutan kedua ibu bapa dalam agama kafir itu Ketiadaan sebab tersebut menjadikan kanak-kanak itu kembali kepada agamanya yang fitrah yang mula-mula (Islam). Inilah yang lebih utama dengan kanak-kanak itu.
Katanya:
أنه لو مات أقاربه جميعا ، ورباه الأجانب من الكفار ، فإنه لا يجوز جعله كافرا ، إذ فيه إخراج عن الفطرة التي فطر الله عليها خلقه بلا موجب ، وهذا ممتنع إذ يضمن إدخال من فطر على التوحيد في الكفر من غير تبعية لأحد من أقاربه وهذا في غاية الفساد ، فإذا عدم الأبوان لم تكن الولاية على الطفل لغيرهما من أقاربه ، كما لا تثبت على أطفال المسلمين ، بل تكون الولاية عليه للمسلمين ، وحينئذ فيكون محكوما بإسلامه كالمسبي بدون أبويه ، وأولى
Ertinya: Kanak-kanak yang bukan Islam apabila mati semua kaum keluarganya (termasuk kedua ibu bapanya), lalu kanak-kanak ini dipelihara oleh orang asing daripada kalangan orang-orang kafir, maka tidak boleh menjadikan kanak-kanak itu sebagai orang kafir, kerana ia mengeluarkannya daripada fitrah (Islam) yang mana fitrah itu (Islam) Allah jadikan bagi kanak-kanak itu sebagai asal kejadiannya, maka mengeluarkan daripada asal kejadiannya, tidak wajar. Pemeliharaan mereka ini ditolak, sebab akan memasukkannya daripada kejadiannya yang fitrah (tauhid) ke dalam kekufuran tanpa ada bersama-samanya ikutan salah seorang daripada kaum keluarganya. Cara ini (menjadikan kanak-kanak itu kafir) sangat buruk sekali kerana apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal, penguasaan terhadap kanak-kanak bukan Islam tidak boleh berpindah kepada kaum kerabatnya, sebagaimana juga tidak boleh diperlakukan terhadap kanak-kanak orang Islam (penguasan mereka berpindah kepada kaum kerabatnya), bahkan penguasan kanak-kanak bukan Islam itu tanggungjawab bagi orang-orang Islam seluruhnya. Pada saat itu kanak-kanak yang kematian keluarga dihukumkan sebagai orang Islam sama seperti kanak¬kanak bukan Islam yang ditawan tanpa kedua ibu bapanya, bahkan Islamnya kanak-kanak ini lebih utama berbanding daripada kanak¬kanak tawanan tadi. (Ahldim Ahl adz-Dzimmah: 2/898).
Jika pengangkatan kanak-kanak bukan Islam kepada orang Islam berdasarkan penguasaaan atau istila', maka kanak-kanak itu menjadi orang Islam, sebab orang yang mengangkatnya ialah orang Islam. Dasar istila' ini juga menjadi pegangan kepada pengarang Bughyah al-Mustarsyidin yang menjadi pilihan kepada aI-Imam al-Bulqaini. Pendapat ini (tentang sah Islam kanak-kanak yang dibeli oleh orang Islam, berdasarkan istila' itu) dii'timadkan oleh aI-Imam as-Sayuthi, sementara aI-Imam as-Subki pula cenderung kepada pendapat tersebut.
Adapun kanak-kanak bukan Islam yang belum baligh apabila mengucap dua kalimat syahadat sah Islamnya. Inilah pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada Imam Hanafi, Maliki dan Hanbali serta ulama-ulama kepada mazhab-mazhab tersebut.