Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Sabtu, 31 Disember 2011

Balasan Orang Yang Mengagumi Diri Sendiri Dan Takabur

Assallammualaikum wbt

Terlintas dihati ini untuk menulis tentang balasan orang yang mengagumi diri sendiri dan takabur.Apabila manusia itu menuturkannya atau memberi isyarat kepada orang lain dan merendah - rendahkan orang lain, pada ketika itu Dia tidak beriman kepada Allah,malahan pada hari akhirat kelak yang maha pencipta pun tidak akan memandang kepadanya, sebagaimana hadis baginda Rasulullah , عن عبدالله عمر ورضى الله عنهما قال ،قل رسول الله.. من جر ثوبه مخيلة لم ينظر الله اليه يمالقيا مة
Maksudnya : Dari Abdullah bin Amer r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang menyeret pakaian maka Allah tidak akan melihatnya di hari kiamat. ( H.R Bukhari )

Allah telah menghalalkan bagi kita rezeki yang baik baik berupa makan , minum dan pakaian agar kita menggunakannya untuk menikmati dalam batas batas yang dibenarkan oleh syara dan bukan dalam perkara yang durhaka dan aniaya.

Diantara durhaka yang paling jahat ialah takabur atau sombong, takabur kerana pangkat yang di sandang, takabur kerana kemewahan yang didapati dan sebagainya.Takabur itu menghapuskan segala keutamaan dan mendorong melakukan perbuataan rendah dan hina,berapa ramaikah manusia yang memiliki sifat ini?

Takabur ialah melihat orang lain dengan mata kerendahan,dan melihat dirinya dengan mata keagungan.Tegasnya takabur ialah seseorang melihat orang lain dan menganggap dirinya lebih tinggi darjatnya maupun kedudukannya.

Erti mengangumi diri sendiri ialah, perasaan yang menganggap dirinya pandai,tangkas,cerdas,bijak dan sebagainya dan segala yang telah ia peroleh adalah hasil kecerdasanya semata mata dan merasa bahwa segala galanya adalah abadi pada dirinya.

Rasulullah bersabda : الكبر بطر الحق وغمض الخلق
" Takabur itu menolak yang hak dan menodai akhlak"

Bagi mereka yang mempunyai sifat ini, marilah kita mengimbau kembali sejarah mencari akan kebenarannya,sebagai pengajaran kita melihat Firaun, sebagai tauladan kepada kita bahawa takburnya Dia hingga Allah musnahkan segala nikmat yang diperolehi,Semua yang diperolehi adalah cubaan kepada manusia untuk menguji sejauhmana keimanan kita untuk mematuhi perintahnya.Ianya hanyalah sebagai pinjaman yang bersifat sementara,akhiratlah yang kekal selama lamanya.oleh itu janganlah kita takabur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini,kerana kita adalah manusia yang sentiasa meminta pada penciptanya..fikir fikirkanlah...