Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Khamis, 13 Ogos 2009

Menyeru Kearah Kebaikan

Daripada Abu Huraira r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda " sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya ia beroleh paha seperti pahala orang yang melakukannya, tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka,sesiapa yang menyeru kearah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukanya,tidak dikurangi dosa itu walau sedikit pun (hadtihs r.muslim )

pengajaran daripada hadiths

1)sesiapa yang memberi petunjuk atau teladan yang baik akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.
2)Bercita citalah untuk menambahkan amal kebajikan dengan penuh ketaatan