Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Khamis, 13 Ogos 2009


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Ya Allah..
Yang maha pengasih yang maha penyayang
Ya Allah ..
Yang maha berkuasa yang maha suci
Ya Allah...
Yang maha sejahtera yang maha tepercaya
Ya Allah
Yang maha memelihara yang maha bijaksana

Dengan kalimah alhamdulilah
kami bersyukur diatas segala rahmat dan nikmat yang engkau kurniakan
Dengan kalimah subahanaAllah
kami akui kesucian dan kesempurnaan,zat dan sifat yang tidak ada bandingan
Dengan kalimah Na'uzubillah
kami memohon perlindungan dari hasutan syaitan dan kejahatan insan
Dengan kalimah Nastagfirullah
Kami memohon keampunan kerana banyak meninggalkan suruhanmu,melakukan laranganmu,maka dengan sifat pengasihmu,penyayangmu serta ehsanmu jua ya Allah ampunilah dosa dosa kami.

Allah huma ya Allah
Ya Allah, disaat ini kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran serta bermunajat dengan rasa rendah diri,anugerahkanlah ya Allah kepada seluruh umat Islam permulaannya dengan taufik dan hidayahmu,pertengahannya dengan kekuataan ilmu,iman dan amal.diakhirnya dengan kejayaan dan keselamatan serta berjalan dengan lancar teratur berjaya lagi sempurna.kami juga bermohon kepada mu Ya Allah jadikanlah Umat Islam diMalaysia khususnya dan diluarnegara amnya menjadi umat yang yang terbilang,dibarisi pemimpin yang berakhlak mulia,beriman dan beramal demi menegakan keadilan untuk membela agama,bangsa dan negara.semoga dengan izinmu ya Allah makan terbentuklah sebuah negara yang melaksanakan sistemMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami juga bermohon kepadamu ya Allah,agar dikobar kobarkan semangat Islam didalam dada kami,diberikan kesihatan ,diberikan kecerdasan akal fikiran, diperkuatkan persefahaman dan semangat setia kawan,bekerjasama dan memupuk sikap mahabbah dan berkasih sayang,bantu membantu saling tolong menolong,hormat menghormati serta rasa tanggungjawab bersama demi menegakan syiar Islam.Amin ya rabbal alamin