Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Selasa, 18 Ogos 2009

SeLamaT DaTanG Ramadhan


Assallammualaikum wbt..

Hari sentiasa bertukar, begitu juga bulan dan tahun saling bertukar dan bersilih berganti,yang kanak menjadi remaja, yang remaja menjadi dewasa,dewasa menjadi tua dan yang tua pastinya akan menemui Tuhannya, apa yang perlu kita bertanya apakah bekalan kita untuk menemui Rabb itu mencukupi atau sebaliknya...

Ya Allah, sesungguhnya diri ini banyak melakukan dosa ampunilah dosa- dosa ini sama ada yang tersurat mahu pun tersirat,moga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, dapat membersihkan jiwa dan lebih bertakwa kepadaMu yang Maha Berkuasa.Berikanlah Ya Allah kekuataan kepada Umat Islam dan lindungilah para pembela agama Islam agar mereka sentiasa membela agamamu.

Bulan Ramadhan yang bakal kujung tidak berapa lama lagi adalah bulan yang dinanti nantikan bagi orang yang beriman,menguji sejauhmana keimanan serta keyakinan kita pada Allah SWT.

Puasa dari segi sudut bahasa iaitu menahan diri daripada sesautu samada kata-kata atau pun makanan.
Dari sedut syarak pulabermaksud menahan diri daripada perkara - perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah Pensyariatan puasa
Puasa ramadhan difardukan pada bulan Syabaan tahun kedua hijrah,pada sebelum itu puasa juga telah diketahui oleh umat - umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman Nabi saw,sebagaimana firman Allah dalam surah Al Bakarah 183 yang ertinya:
" Wahai orang - orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang - orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa".

Walaubagaimana pun, kewajiban berpuasa Ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu,Persamaan yang wujud di antara umat ini dengan umat terdahulu ialah puasa disyariatkan.tetapi kefarduan puasa Ramadhan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad saw.

Dalil disyariatkan Puasa Ramadhan didalam surah al Bakarah 185 yang ertinya:
" Masa yang diwajibkan berpuasa ialah bulan ramadhan yang padanya diturunkan al Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi pembeza antara yang benar dan yang salah,oleh itu sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa bulan itu".

Hukum meninggalkan Puasa tanpa keuzuran
Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam dan termasuk dalam kefarduan yang diketahui daripada agama secara daruri(mudah)maka orang yang mengingkari kefarduannya adalah KAFIR dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad, Dia hendaklah bertaubat sekiranya tidak mahu hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud kesalahan murtad.Manakal orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkarinya seperti dia berkata " saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu berpuasa,maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir.Pemerintah Islam wajib menahannya (mengurung) dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa terlaksana padanya,walau pun sekadar zahirnya sahaja.

Diantara Hikmah dan Faedah puasa

1. Di antara sifat puasa yang sahih ialah menyedarkan hati seseorang mukmin terhadap muraqabah Allah.Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya.dan ia akan merasai lapar dan dahaga,maka jiwa ingin makan dan minum tetapi perasaannya mengetahui bahawa dirinya berpuasa yang menghalang daripada memenuhi khendak jiwanya sebagai melaksanakan perintah Allah.Daripada pertentangan jiwa inilah maka akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah serta berterusanlah ingatannya terhadap rububiyyah dan keaggungan kekuasaan Allah.Begitu juga dia akan sedar bahawa dia adalah hamba yang tunduk kepada hukum Allah dan mematuhi kehendaknya.

2. Ramadhan adalah bulan suci berbanding dengan semua bulan dalam satu tahun.Allah mengkhendaki hambanya memenuhkan dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya.Juga mengisinya dengan setinggi tinggi makna perhambaan kepada Allah.