Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Rabu, 12 Ogos 2009

Mengharamkan Kezaliman dan Menolak Perintah Membuat Kezaliman.

Assalammualaikum..,
Hari ini kita berbicara tentang tajuk diatas, mudah mudahan ia menjadi iktibar dan panduan kita dalam melayari bahtera kehidupan ini.
sudara/i sekalian..,
Sesorang yang melakukan kezaliman sama ada secara terang atau rahsia akan dipersoalkan dan dihitungkan dihari kiamat,oleh demikian setiap orang hendaklah berhati hati supaya menghindari diri dari melakukan sebarang kezaliman kerana kezaliman itu akan mengurangkan amal kebajikan yang telah diusahakan.perkara ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dan Hadith Rasullullah seperti dibawah:
Firman Allah ertinya :
" Pada saat itu orang - orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat yang boleh membilanya dan tidak akan mendapat pemberi syafaat dan diterima pertolongan.( al Mukminun 18 )

Firman Allah ertinya:
" Dan ingatlah bagi orang yang zalim dengan perbuat sirik itu sesiap pun yang dapat memberikan pertolongan didunia dan diakhirat.(al hajj ayat 71 )

Sabda Rasulullah :
" Daripada Jabir r.a baginda telah bersabda" takutilah (jauhilah)kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan dihari kiamat dan jauhilah perangai bahil kerana bahil itu membinasankan orang yang dahulu dari kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara yang diharamkan kepada mereka (r.muslim)

pengajaran daripada hadiths tersebut:
1- jauhilah sifat bahil kerana bahil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan dan mendatangkan kerugian
2- Umat Islam dilarang zalim menzalimi dan memfitnah sesama muslim kerana akibatnya adalah lebih dasyat daripada membunuh.
3.Baginda Rasulullah memberi ingatan kepada umatnya supaya mengeluarkan sedekah dan membelanjakan kejalan yang halal.
4.Kezaliman adalah diantara dosa besar yang akan menyebabkan penyebabnya dikenakan azab siksa yang berat diakhirat nanti.
5- Tamak dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjerumuskan mereka kepada perbuataan keji dan kemungkaran.