Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 22 Disember 2008

JanGan BersediH Kerana Anda MemPunyai 6 PeRkara Untuk MengHilangkanNya

Assalammualaikum...

Lama saya tidak menulis,hajat dihati hendak menyumbangkan beberapa maklumat untuk dikongsi bersama sama,Dengan Izin Allah maka hari ini saya mempuyai kesempatan untuk menulis kembali setelah bercuti pulang kekampung.Didalam perjalanan pulang bermacam macam yang ditemui bermacam macam karenah manusia, tapi biasalah tu semua adalah ilmu yang Allah berikan kepada kita untuk kita menilai sesautu dan mengambil iktibar dari segala pengalaman yang diberikan.

Pengarang buku al - Farjj Ba'da asy-Syiddah (kemudahan akan datang setelah kesulitan) menceritakan bahawa salah seorang penguasa yang sedang ditimpa sesautu musibah dikunjungi oleh beberapa temannya untuk memberikan semangat, agar tetap bersabar atas musibah yang menimpanya,lalu sang penguasa tersebut berkata,

" saya memakai enam macam ubat untuk menyembuhkan penyakit ku." teman teman berkata. " Apakah itu? Ia menjawab sebagaimana berikut :

1) Percaya kepada Allah SWT

2) Pengetahuan ku bahawa setiap kejadin itu sudah ditentukan.

3) Sabar adalah sesautu yang paling baik dilakukan oleh orang - orang yang di timpa musibah

4) Jika diriku tidak bersabar maka apa yang harus aku lakukan sedangkan aku tidak menginginkan diriku menjadi lemah.

5) Barangkali aku melakukan kejelekan sehingga aku harus bertaubat.

6) Dan aku selalu mengingatkan diriku bahawa satu masa kemudahan pasti akan datang.

JANGANLAH ANDA BERSEDIH BILA DISAKITI,DICELA ,DIRENDAHKAN DAN DIZALIMI

Ibnu Taimiyyah berkata : seorang mukmin itu tidak pernah menuntut,mencela dan tidak memukul orang lain... Renungkanlah bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan