Assallamualaikum....
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana kita dapat bertemu lagi dimedan penulisan bagi melontarkan pandangan yang mungkin dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk kita menyelusuri kehidupan dimasa hadapan, itu pun jika di izinkan Allah SWT.
hadirin sekalian,
sepertimana yang kita sedia maklum bahawa dunia ini adalah tempat sementara yang menguji sejauhmana keimanan kita kepada Allah SWT, sejauhmana kita melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini.Diantara salah satu tangungjawab tersebut adalah mamakmurkan bumi ini.
Hari ini, kita telah dikejutkan lagi dengan peristiwa berdarah iaitu serangan daripada manusia yang bertopengkan Iblis @ Syaitan @ lebih teruk daripadanya yang mungkin kita boleh menggelarkannya dengan bahasa baru iaitu Syaiblis kacukan daripada syaitan dan iblis yang menyerang tanpa perasaan belas ehsan bahkan lebih teruk daripada binatang, yang hanya memenuhi hawa nafsu semata - mata.
Kematian demi kematian, yang tua, muda dan kanak kanak menjadi mangsa kekejaman SYAIBLIS.Sudara seagama kita ditindas dengan penuh kezaliman,saya menyeru kepada seluruh umat Islam hindarkanlah kepentingan diri marilah kita berdoa dan bergabung tenaga membantu sudara kita yang tertindas di bumi Gaza.
Hadirin sekalian,
" Dari Anas r.a Dari Nabi saw beliau bersabda:" Tidak dianggap beriman seorang muslim diantara kamu,sehingga ia mencintai sudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". ( H.R Bukhari,Muslim,Ahmad dan Nasai-i )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan