" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Jumaat, 14 November 2008
Rahsia MekaH
SEGALA puji bagi Allah yang maha pemberi lagi maha kaya,Dialah yang menjadikan Mekah sebagai Baitul Haram,satu tempat yang paling mulia.Dia juga menjadikan kota itu sebagai keluagaNya dan menjadikan wilayah itu sebagai tanah HaramNya,Dia menjamin rezeki dan keamanan orang orang yang menuju kesana sebagai mana didalam firmaNya dalam surah Al Quraish yang ertinya " Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Mudah mudahan penulisan ini sentiasa dilindungi oleh Allah daripada tipu daya dan bisikan syaitan didalam menyebarkan kebenaran untuk manusia segajat...
BERPANDUKAN kepada sejarah Mekah dibahagikan kepada Ka'abah AL Musyaraffah dan kota sendiri;Mekah Al Mukarramah.Pada mulanya para malaikatlah yang membangunkan Baitullah ( Ka'abah ) sebelum Adam a.s dan selepas itu oleh anak anaknya.Terdapat sebuah bangunan yang tidak diragukan sama sekali dan mendapat kesaksian dari nas al Quran,iaitu bangunan Ibarahim a.s ( ka;abah ) Allah teh berfirman ;" Dan ingatlah ketika Ibarahim meninggikan ( membina ) dasar dasar Baitullah bersama Ismail ( seraya berdoa ) "Ya Tuhan kami,terimalah daripada kami (amalan kami) Sesungguhnya Engkau yang Maha mendengar dan lagi maha mengetahui".
Sejak mula lagi Ibarhim a.s telah mengetahui tempat Baitullah seperti tertera didalam ayat al Quran "Ya Tuhan kami sesungguhnya aku telah menepatkan sebahagian keturunanu di lembah yang tidak memiliki tanam tanaman dirumahku (Baitullah ) yang dihormati.Kemudian Allah menyuruh kembali Ibarahim membangunkan kembali Baitullah yang telah hancur itu sehinggalah dilanjutkan oleh anak cucu Ismail dari situ ianya silih berganti dikuasai oleh berbagai kelompok dan kabilah,hingga sampai ketangan Jurhum kemudian Khuza'ah dan berikutnya anak cucu Qushay dari kabilah Quraish,Selanjutnya kaum Quraish membangunkan kembali bersama Rasulullah sebelum kenabian baginda SAW.
Kemudian bangunan tersebut mengalami kebakaran ketika terjadinya pertempuran diantara pasukan abdul Malik bin Marwan melawan penduduk Mekah,lalu dibangunkan kembali oleh Abdullah bin zubair,yang kemudian dihancurkan oleh kaum Umawiyyin jesteru dia memasukan Hijir Ismail kedalam Ka'abah.Tetapi akhirnya mereka pun membangunkan kembali .
Sahabat sekalian,
Diantara Rahsia dan kelebihan Mekah iahal :
1)RUMAH IBADAT PERTAMA DIBANGUNKAN DIATAS MUKA BUMI.
Firman Allah " Sesungguhnya rumah yang mula mula dibina untuk ( tempat beribadah )manusia ialah Baitullah yang di Bakkah ( Mekah ) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.Padanya terdapat tanda tanda yang nyata(diantara)Makam Ibrahim,barang siapa memasukinya ( Baitullah itu ) menjadi amanlah dia mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah,iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah,barangsiapa yang mengingkari kewajipan itu,sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesautu)dari semesta alam "(Ali Imran 96-97)
Pada ayat pertama Allah SWT memberikan kesaksian bahawa rumah pertama yang didirikan sebagai tempat beribadah kepadaNya adalah Baitullah.Dia menjadikan keberkatan dan hidayah didalamnya lantaran hati hati orang yang beriman menjadi khusyuk setiap kali melihatnya,begitu juga keimanan serta kepercayaan mereka pun menjadi bertambah.kata Bakkah pada ayat tersebut merujuk kepada Mekah - menyatakan Bakkah adalah tempat dimana terdapat Baitullahil Haram dan lembah Ibrahim di sebut lembah Bakkah,beliau mengatakan bahawa lembah Fakh adalah lembah Mekah. Maksud ayat "Padanya terdapat tanda tanda yang nyata" para ulamak salaf mengatakan bahawa ayat disini dimaksudkan dengan makam Ibrahim lantaran bekas tapak kakinya,setiap orang yang memasuki kota Mekah akan dijamin keamananya oleh Allah SWT.
2) BILAKAH KA;ABAH DI BANGUNKAN?ALl Azraqy menceritakan bahawa pada mulanya Ka'abah merupakan buih diatas air;empat puluh tahun sebelum Allah SWT menciptakan langit dan bumi kemudian dari situlah bumi dibentangkan.Beliau juga menceritakan bahawa Muhammad bin Husain berkata"Aku bersama bapaku Ali bin Husain berada di Mekah,ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah (aku pula berada dibelakangnya) tiba tiba muncullah seorang laki laki yang tinggi dan lelaki itu meletakan tangannya di belakang bapaku,lalu ayahku pun menoleh kearahnya,kemudia lelaki itu berkata Assalamualaikum wahai anak lelaki Rasulullah! saya ingin bertanya kepada tuan"bapaku diam sahaja.
Setelah bapaku menyelesaikan pusingan yang ketujuh beliau masuk kedalam hijir dan berdiri tepat dibawah Mizab ( talang /pancuran emas )aku bersama lelaki itu berdiri dibelakangnya,kemudia bapaku melakukan solat dua rakaat,sesudah solat bapaku menoleh kearahku,lalu aku bangun dan duduk disebelahnya,bapaku kemudianya bertanya "Ya Muhammad! dimanakah orang yang hendak bertanya tadi? aku lalu memberi hamparan kepada laki laki tersebut lalu lelaki tersebut duduk berhadapan dengan bapaku.
Bapaku bertanya kepadanya" Apa yang engkau ingin tanyakan? lelaki itu menjawab ,saya hendak bertanya kepada tuan tentang awal mula tawaf diBAitullah ini,mengapa ia dilakukan,darimana asalnya,dan bagaimana ianya bermula?bapaku bertanya lagi baiklah ..darimana engkau? Dia menjawab Dari Syam,bapaku bertanya lagi dimana tempat tinggalmu? Beliau menjawab Di Baitul Maqdis; bapaku bertanya lagi sudah kah engkau membaca dua kitab suci (taurat dan injil) laki itu menjawab ya..
bapaku kemudian berkaa"wahai sudara penduduk Syam ! Hafalkanlah dan jangan sesekali engkau meriwayatkan dariku selain kebenaran .ada pun awal mula tawaf dibaitullah adalah bahawa Allah berfirman kepada Malaikat" Sesungguhnya aku aan menciptakan khalifah diatas muka bumi" para malaikat pun serentak berkata" Ya Tuhan apakah khalifah itu bukan berasal dari kami,iaitu orang orang yang akan membuat kerosakan disana,menumpahkan darasaling dengki mendengki saling benci membenci,saling melakukan kekejaman Ya Tuhan ,jadikanlah khalifah itu dari golongan kami,sebab kami tidak melakukan kerosakan disana,tidak akan menumpahkan darah,tidak akan melakukan kekejaman,bahkan sebaliknya ,kami selalu bertasbih memujiMu,mensucikanMu dan tidak menderhakaiMu
3.KA'ABAH SETENTANG DENGAN BAITUL MAKMUR DIBAWAH ARASH
Kemudian Allah berfirman : Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui" jesteru itu para malaikat menyangka bahawa apa yang mereka ucapkan merupakan penderhakaan terhadap Allah SWT dan Allah telah murka atas ucapan tersebut,kemudia mereka berkumpul pada Arash dengan kepala terangkat,sambil memberi isyarat dengan jari jemari mereka,mereka menunduk diri sambil menangis tersedu sedu taku dengan kemurkaannya,kemudia mereka tawaf mengelilingi Arash selama tiga saat,Allah memandang kearah mereka lalu turunlah rahmat keatas mereka
Allah SWT kemudian menciptakan sebuah rumah yang berada tepat dibawah arash rumah itu berdiri diatas 4 batang tiang yang dibuat daripada zabarjad sejenis batu yang amat mulia dan ditutup dengan yakutmerah,Dia menamakan rumah itu Dhurah (yang dimuliakan)selanjutnya Allah berfirman kepada para Malaikat " Tawaflah kamu semua pada rumah ini dan tinggalkanlah Arash."
Dengan demikian,para malaikat pun bertawaflah pada rumah itu dan mereka meninggalkan arash.bagi mereka perkara itu lebih ringgan daripada tawaf di Arash yang merupakan Baitul makmur,dimana disebut oleh Allah setiap hari sebanyak 70000 malaikat memasuki dan tidak pernah kembali.Kemudian Allah mengutuskan para malaikat dan berfirman kepadanya: Bangunkanlah sebuah rumah yang serupa dan sebesar itu dibumi,kemudian Allah juga memerintahkan kepada manusiauntuk melakukan tawaf pada rumah itu sebagai mana penduduk langit bertawaf dibaitul makmur.
Lelaki itu berkata: Tuan benar,wahai putera Rasulullah s.a.w demikianlah semula adanya.
al Azraqy juga menceritakan bahawa ibnu Abbas berkata" ketika Allah menurunkan Adam dari syurga kebumi,kepalanya berada dilangit dan kakinya dibumi,kemudian Allah menurunkannya menjadi enam puluh hasta." Adam berkata 'Ya Allah mengapa aku tidak mendengar suara malaikat dan aku juga tidak merasakan kewujudannya? Allah menjawab "itu adalah kesalahanMu, hai Adam akan tetapi pergilah dan dirikanlah untukKu sebuah Bait,lalu bertawaflah padanya dan berzikirlah kepadaKu disekelilingnya seperti yang telah dilakukan oleh para malaikat disekeliling ArasKu.
Kemudian Adam terus melangkah ,bumi dilipat dan gurun digengam untuknya,setiap gurun dapat dilalui dengan satu langkah sahaja,danau dan lautan digengam untuknya,setiap tanah yang diinjak nya menjadi kota dan membawa barakah,hinggalah akhirnya beliau tiba di Mekah dan membangunkan Baitullahil Haram.Malaikat Jibrail a.s memukul sayapnya kebumi sehingga mewujudkan asas binaan yang menacap kukuh kebahagian bawah bumi,Didalamnya para malaikat melontarkan batu dimana setiap batu tidak sanggup dipikul oleh 30 orang lelaki,Adam membangunkan rumah itu dari 5 buah gunung iaitu Libanon,Tur Zaita ( palestin )Thur Saina (sinai)Jawda dan Harra akhirnya rumah itu berdiri kukuh dibumi.
Adam adalah orang yang pertama mendirikan Baitullah,bersolat dan tawaf disana,hingga Allah mendatangkan taufan dalam keadaan murka,setelah selesainya taufan itu,lenyaplah kekuataan dan pengaruh Adam a.s.Dengan taufan itu Allah SWT telah mengutuskan Ibrahin dan Ismail,selanjutnya mereka berdualah yang meninggikan dasar dasar Baitullah,kemudian berikutnya dibangunkan oleh kaum Quraish.Baitullah tepat berada dibawah Baitul Makmur,seandainya Baitulmakmur runtuh tentu akan menimpa Baitullah.
4.RAHSIA IBRAHIM A.S. MEMBINA BAITULLAH
Al Azraqy meriwayatkan dari Ibn Juraij ,bahawa Ali bin abi Talib telah berkata" Ibrahim a.s melangkah diiringi malaikat,awan dan burung.mereka adalah petunjuk jalan,hingga Ibarahim menepati Baitul HAram sebagaimana laba laba menepati rumahnya.Dia melakukan pengalian dan membina asasnya,sebesar punggung unta.batu itu hanya boleh digerakan oleh tiga puluh orang lelaki.kemudian Allah berfirman kepada Ibrahim "Bangunkan dan dirikanlah untukKu sebuah rumah" Ibrahim berkata"Ya Tuhan dimanakah?" Allah berfirman Akan kami tunjukan kepadamu"
Berikutnya Allah mengutuskan awan yang berkepala untuk berbicara dengan Ibrahim" Hai Ibrahim,sesungguhnya TuhanMu membuat garis garis sebesar awan ini"lalu Ibrahim mengambil ukuranya selanjutnya awan itu berkata lagi " apakah sudah Engkau lakukan? Ibrahim berkata sudah,lalu awan itu pun menghilang,kemudiaan Allah mewujudkan asas yang menancap dari bumi,dan kemudiannya dibangunkan oleh Ibrahim.
5.KIBLAT
KETIKA baginda menerima kewajiban solat,baginda bersma sama kaum mukminin melaksanakannya dengan menghadap kearah baitul Muqdis,perkara itu berterusan sehingga baginda berhijrah ke Madinah,pada ketika itu baginda berkeinginan untuk melakukan solat dengan menghadap kearah BAitul Haram sebagaimana firman Allah " Orang orang yang kurang akalnya dianatara manusia akan berkata" Apakah dengan memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis)yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya? katakanlah kepunyaan Allah lah timur dan BArat;Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikhendakiNya kejalan yang lurus,Dan demikian pula kami menjadikan saksi terhadap perbuataan manusia dan agar Rasulullah menjadi saksi atas perbuataan kamu dan kami tidak dapat menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu,sekarang melainkan agar kami mengetahui supaya nyata siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang mengingkarinya.Dn sesungguhnya pemindahan kiblat itu terasa amat berat kecuali bagi orang orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah ;dan Allah tidak akan menyia sia kan iman mu,sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang kepada manusia,sesungguhnya kai sering melihat mukamu mendongak kelangit.maka sesungguhnya kami akan memalingkan kamu kekiblat yang kamu sukai.palingkanlah mukamu kearah masjidil haram dan dimana sahaja kamu berada palingkanlah kearahnya.Dan orang orang yahudi yang diberi alkitab memang mengetahui bahaa berpaling kemasjidil haram itu adalah benar dari Tuhan;dan sesekali Allah tidak lengah dari apa yang dikerjakan dan sesunguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang orang yahudidan injil semua ayat keterangan mereka tidak akan mengikuti kiblatmu.dan kamu pun tidak akan mengikut kiblat sebahagian yang lain.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadaMu,sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk dalam golongan yang zalim ( surah Al Bakarah 142-145)
6.KELUARGA ALLAH
PENDUDUK Mekah adalah keluarga Allah,demikianlah sabda saw yang menerima al Quran. Dalam akhbar Mekah karya al Azraqy disebutkan bahawa Ibn Abi Mulaikah pernah mendengar nabi bersabda" sesungguhnya aku telah melihat Asid disyurga darimana serta bagaimana aisd memasuki syurga"kemudian ditunjukan kepada baginda Attab anak lelaki Asid lalu baginda bersabda " Ini dia yang aku lihat,panggilah di kemari"berikutnya baginda menugaskan Attab ( sebagai wakil baginda) atas kota Mekah,bagida telah bersabda kepada Attab " Taukah kamu diatas siapakah aku menugaskan kamu?aku menugaskan kamu atas keluarga Allah,maka bersikap baiklah kepada merekabaginda mengucapkan itu sebanyak 3 kali.
7. PANDANGAN ALLAH SWT SETIAP MALAM
DALAM sebuah atsar diceritakan bahawa setiap malam Alah memandang kearah penduduk bumi,orang yang pertama yang dilihatnya aadalah penduduk Al Haram ( Tanah suci Mekah )manakala dikalangan mereka yang pertama dilihatnya adalah penghuni Masjidil Haram,barang siapa yang dilihatnya sedang bertawaf,maka dia akan mengampuninya,barangsiapa yang sedang melakukan solat maka dia akan mengampunkannya,barangsiapa yang sedang dilihatnya berdiri menghadap ka'abah maka ia akan mengampunkannya ( Ihya Ulumiddin - Al Ghazali )
8.PENDUDUK MEKAH DIJAMIN REZEKI DAN KEAMANAN
FIRMAN ALAH " Kerana kebiasaan orang orang Quraish ( iaitu ) kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan musim panas.Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilikrumah ini ( ka'abah )yang telah memberi makanankepada mereka yang menghilangkan lapar dan mengamankan mereka didalam ketakutan ( Quraish 1-4 )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan