" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Selasa, 18 November 2008
DaJjaL
( Gambar Hiasan )
Assallamualaikum.
Depetik daripada terjemahan Hadis SHAHIH BUKHARI Jilid I,11,111 & IV mudah - mudahan memberi peringatan dan pengajaran .
muka surat 139
1885. Dari Mughirah bin syubah r.a katanya: Tidak seorang pun yang menanyakan kepada nabi saw tentang Dajjal,serupa yang saya tanyakan.beliau mengatakan kepada saya :" tiada akan membahayakan engkau,saya berkata :" kerana mereka mengatakan dajjal itu membawa bukit roti dan sungai yang ada airnya," Kata Nabi:" Bagi Allah mudah (memperbuat lebih dari itu."
1886. Dari Anas bin Malik r.a katanya: Nabi bersabda :" Nanti Dajjal itu datang dan bertempat diluar kota Madinnah.Maka terjadilah gempa bumi di Madinnah tiga kali,Lalu orang orang kafir dan munafik pergi kepada Dajjal itu".
1887. Dari abdullah Bin Umar r.a berkata"Rasulullah berdiri (berpidato) dihadapan orang banyak,beliau memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan kebesaran Allah dan sesudah itu beliau menyebut Dajjal.Beliau bersabda :Sesunggunya aku memperingatkan bahaya Dajjal itu kepada kamu,setiap Nabi telah memperingkatkan kepada kaumnya tentang Dajjal itu,tetapi aku mengatakan kepada kamu tentang suatu perkataan yang belum diucapkan oleh Nabi nabi yang lain kepada kaumnya : bahawa Dajjal itu buta matanya sebelah dan sesungguhnya Alah tidak begitu."
1888. Dari Aisyah r.a katanya : saya mendengar Rasulullah saw mohon berlindung kepada Tuhan dalam sembahyang terhadap fitnah Dajjal.
1889. Dari Huzaifah r.a dari nabi saw beliau bersabda berkenaan dengan Dajjal:sesungguhnya dia membawa air dan api tetapi apinya itu sebenarnya air dingin dan air itu adalah api."
1890. Dari Abu Said r.a berkata :Rasulullah saw bersabda pada satu hari bercerita kepada kami suatu cerita yang panjang berkenaan Dajjal,dalam ceria itu beliau menyebuttkan :" Nanti Dajjal itu datang,sedang dia tidak boleh masuk pusat kota Madinnah,lalu ia bertempat pada suatu tanah kosong dekat Madinah maka datanglah kepadanya di hari itu seorang laki laki yang amat baik dan mengatakan (kepada Dajjal) saya mengakui bahawa engkau ini Dajjal yang telah diberitakan kepada kami oleh Rasulullah : Dajjal itu berkataa" Bagaimana pendapat kamu,kalau sekiranya orang ini saya bunuh,kemudia saya hidupkan kembali,apakah kamu ragu dalam hal ini?Mereka menjawab : Tidak ! Lalu orang itu dibunuhnya dan dihidupkannya kembali,laki laki tadi berkata : Demi Allah pada hari ini saya lebih mengerti tentang engkau( Dajjal )lalu Dajajal itu hendak membunuh laki laki tadi tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya.
1892. Dari Anas binn Malik r.a dari Nabi saw beliau bersabda:" Dajjal datang keMadinah,lalu didapati dikawal oleh malaikat dan krena itu dajjal itu tidak berani mendekatinya.Selanjutnya beliau bersabda : tidak pula (mendekati madinah) penyakit ta'un (sampar) insyaAllah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan