Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Rabu, 12 November 2008

Doa Majlis


Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim

Demi Dzat kemuliaan dan keaggunganMU,selawat dan salam keatas nabi junjungan kami Muhammad SAW , ya Allah ..kami hamba hambamu yang dhaif ini menadah tangan memanjatkan kesyukuran,serta bermunajat dengan rasa rendah diri, agar Engkau kurniakan keberkatan dan rahmat Mu kepada kami sempena majlis..............yang diadakan pada pagi yang berbahagia ini.

Allah huma Ya haiyyu Ya Qayum

Ya Allah, yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan,kami memohon ehsan dariMu,kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu, Ya Allah kurniakan lah kepada kami hati yang khusyuk serta keyakinan yang benar benar mantap.

Ya Hanan Ya Manan

Kurniakanlah kepada kami ya Allah,semangat dan keyakinan untuk kami meneruskan tanggungjawab dengan penuh jujur dan ikhlas,hiasilah diri kami dengan sifat sifat terpuji,terangkanlah hati kami dengan keluasan ilmu, semoga kami dapat menabur bakti kepada masyarakat negeri dan negara kami dengan penuh ketenangan dan ketabahan.kami juga memohon kepadaMu ya Allah agar teperlihara daripada segala fitnah dan kesusahan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya Engkau maha mengetahui,bahawa hati hati kami telah berkumpul kerana mengasihiMU,Bertemu untuk mematuhi perintah Mu, Bersatu memikul tanggungjawab yang diamanahkan olehMu,kekalkanlah ya Allah kemesraan antara hati hati ini,eratkanlah perhubungan baik antara kami dengan limpahan iman.

Ya Allah Ya Razak

Kami juga memohon kepadaMu, berikanlah kami iman yang sempurna,ilmu yang bermanfaat,rezeki yang halal, anak yang soleh,rumahtangga yang bahagia,usia yang berkat,doa yang mustajab,hajat yang tertunai,kesihatan yang berterusan,hutang yang terbayar,keselamatan dunia dan akhirat.

Ya zal jalaliwal ikram

Demi kudrat dan iraddatMu,kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada pemimpin pemimpin negeri dn Negara kami,guru guru kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami,pancarilah hidayah dan taufikMu yang berterusan,Ya Allah jadikanlah permulaan hari ini kebaikan bagi kami,pertengahan hari ini kejayaan bagi kami dan akhir hari ini keampunan bagi kami....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan