" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Rabu, 12 November 2008
GanGuan JiN
Daripada Abu Hurairah,Baginda Nabi telah bersabda sesungguhya seekor Ifrit dari golongan jin malam tadi terlepas keatasku untuk memutuskan solatku,maka Allah memberikan aku keupayaan untuk menundukannya,aku mahu mengingkatnya kesalah satu tiang daripada tiang masjid sehingga diwaktu subuh dan akan dilihat oleh kamu para sahabat,namun aku ingat doa sudaraku Sulaiman "Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh sesorang pun selepasku"maka Baginda SAW menghalaunya. (H.R.Bukhari )
Huraian,
Hadiths ini memberitahu kepada manusia yang mengerjakan solat yang mana mereka akan diganggu oleh jin dan syaitan,jin dan syaitan ini kerjanya adalah untuk menyesatkan,mengoda dan mengacau manusia pada setiap masa dengan tidak mengenal putus asa.Malah ketika manusia solat pun jin dan syaitan akan mengacau.
Sahabat,
Taukah sahabat,apabila kita mendirikan solat maka akan hadir syaitan daripada bahagian depan yang akan mengoda kita agar cepat untuk rukuk dan sujud tanpa berdiri atau iktidal yang sempurna sehingga tiada tomaninah,Syaitan juga berada disebelah kiri dan kanan orang yang melakukan solat .tiada siapa yang dapat mengelak diri daripada diganggu oleh jin dan syaitan melainkan dengan pertolongan daripada Allah.
Baginda pernah mengajarkan kepada umatnya berdoa sebelum mendirikan solat .
" Ya Allah aku berlindung denganMu daripada Syaitan yang direjam dan aku kerlindung dengan TuhanKu daripada didatangi oleh syaitan - syaitan."
Sahabat,
Jin dan Syaitan adalah makhluk Allah seperti kita juga dan yang lain lainnya.Setiap makhluk tidak mempunyai kuasa melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah keatasnya.Oleh itu manusia tidak sewajarnya menjadikan jin dan syaitan sebagai pelindung,kawan, apatah lagi menjadikan jin dan syaitan sebagai sembahan.firman Allah dalam surah al Jin ayat 6
" Dan bahawa sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua ketua Golongan Jin,kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat".
sahabat,
Jin dan syaitan tidak boleh mendatangkan sebarang manfaat dan mudarat,namun begitu dalam hal mempercayai akan adanya jin dan syaitan adalah wajib kerana ia termasuk dalam mempercayai perkara perkara yang ghaib.mereka yang menolak kepercayaan perkara perkara ghaib adalah dihukumkan kafir.
Dalam hadith ini Baginda SAW menceritakan bagaimana ketika baginda sedang melakukan solat, baginda telah diganggu oleh jin yang bernama Ifrit yang mahu Rasulullah memutuskan solatnya,namun atas pertolongan Allah Ifirit itu dapat di tumpaskan dan berupaya ditangkap dan diikat disalah satu tiang masjid supaya dapat dilihat oleh sahabat - sahabat apabila hadir untuk melakukan solat subuh esoknya.akan tetapi baginda tidak jadi melakukannya kerana baginda teringat akan kata - kata nabi Sulaiman " Wahai Tuhanku berilah kepada ku kerajaan yang tidak boleh dimiliki sesorang pun sesudah ku" Kerajaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada nabi Sulaiman ialah pemerintahan keatas semua makhluk didunia daripada kalangan manusia dan jin,haiwan sehingga baginda boleh mengarahkan angin dengan izin Allah dan boleh memahami bahasa haiwan.
Mengingatkan doa Nabi Sulaiman ini maka Baginda Rasulullah tidak jadi mengikat Ifrit tersebut dan hanya menghalaunya sahaja.Baginda Rasulullah menjelaskan daripada hadiths ini bahawa Ifrit adalah daripada golonga Jin, ini bertepatan dengan ayat 39 " berkatalah Ifrit daripada golongan jin...
Sahabat,
Jin ini tergolonga kepada 2 golongan iaitu yang beragama dan beriman kepada Allah dan yang keduanya golongan yang ingkar serta derhaka terhadap Allah dinamakan syaitan atau Iblis.Jin yang kafir dan jahat ( Iblis dan Syaitan )adalah makhluk yang menderhaka kepada pencitptanya iaitu Alah SWT.membrontak dan kufur terhadap nikmat nikmat Allah dikutuk serta dilaknat oleh Allah.Apabila Allah memerintahkan supaya semua malaikat sujud kepada nabi Adam maka sujudlah emua malaikat kecuali iblis yang ingkar dan menderhaka dngan perintah Allah tersebut.
Dalam surah an Am ayat 112
" dan demikian lah kami kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh dari syaitan ,manusia dan jinsebahagian daripada mereka membisikan kepada sebahagian yang lain dengan kata kata dusta yang indah indah susunanya untuk memperdayakan pendengarnya.dan Tuhanmu jika mengkhendaki tentulah mereka tidak melakukannya,oleh itu biarka lah mereka dan apa ang mereka ada adakan ( dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Sahabat,
oleh itu didalam kita melayari bahtera ini,janganlah lah kita salah menimba ilmu,dan salah meminta jauhkanla diri daripada ilmu - ilmu yang sesat lagi menyesatkan..ingat.!! hanya Allah sahaja yang berkuasa tiada kuasa yang lain yang dapat menandinginya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan