Dari Abdullah bin Umar mengatakan: Bahawa Rasulullah memeluk pinggangku maka baginda bersaidalam kerugian bda : Hiduplah kamu didunia ini seolah olah kamu musafir atau seperti orang yang melintas jalan.Ibn Umar berkata: apbila engkau tiba diwaktu petang,maka janganlah kamu menunggu waktu pagi dan apabila engkau berada diwaktu pagi janganlah engkau menunggu waktu petang,rebutlah kesihatan kamu sebelum datang waktu kamu sakit,dan rebutlah masa hidup kamu sebelum datang kematian ( HR al Bukhari )
Islam sangat mengambil berat tentang penjagaan masa,kerana masa merupakan umur bagi manusia,manusia yang bijak adalah manusia yang pandai menguruskan masanya untuk membuat segala perkara yang bermanfaat dan yang ada unsur kebajikan,disebabkan pengurusan masa itu amat penting dalam kehidupan manusia.perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah dalam satu surah yang khusus menceritakan tentang masa iaitu firman Allah dalam surah al Asr yang ertinya :
" Demi Masa, sesungguhnya rata manusia itu sentiasa didalam kerugian kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran "
Surah tersebut menegaskan tentang peri pentingnya penjagaan masa sera akibat bagi mereka yang lalai dalam mengisi masa mereka dengan kerja - kerja yang tidak bermanfaat,dinyatakan juga balasan baik bagi sesiapa orang yang mengisi masa dengan beriman terhadap Allah dan membuktikan keimanan mereka dengan melakukan amal amal kebaikan dan kebajikan.mereka juga sentiasa mengajak manusia kearah yang hak serta bersabar diatas apa jua musibah yang menimpa dalam melakukan kerja kerja kebajikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan