Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Rabu, 5 November 2008

Doa Yang DiPerkenankan

Firman Allah dalam surah al Mukmin 60

" Dan Tuhan kamu berfirman:Berdoalah kamu kepadaKu,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu,sesungguhnya orang orang yang sombong,takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU akan masuk nerak jahanam dalam keadaan hina "

HURAIAN

seorang mukmin yang sentiasa berserah diri kepada Allah SWT akan merasai dirinya kerdil,takut dan cemas dihadapan Allah.Ia merasai amalannya belum cukup untuk menampung ksalahan yang telah dilakukan berbanding dengan pelbagai nikmat yang diterimanya.

Sehubungan itu Allah memberi satu penawar iaitu doa bagi meredakan keresahan yang timbul.Doa merupakan ibadat setiap umat Islam disuruh untuk berdoa kepada Tuhanya,meminta apa yang dihajati dan mengadu apa yang tersirat didalam hati.Allah telah berjanji akan memperkenankan doa tersebut,dalam pada itu doa juga mempunyai adap adap yang tertentu yang perlu dijaga,antaranya ikhlas,bersunguh sunguh dan redha terhadap kententuannya.

Faedah berdoa juga banyak antaranya medekatkan diri dengan penciptanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan