Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 24 Oktober 2008

Kiter dan Al Quran: Dimanakah Generasi Islam Terbilang


Banyak orang bercakap,banyak yang berkata,banyak yang memberi pendapat,banyak juga teorinya,ada yang mengatakan kita kena buat lagu ni,belum sempat habis dah kena perli..Ia senang nak dihurai tapi belum tentu dapat dituai..begitulah resam hidup ini antara teori dan praktik,pemikiran dan realiti antara cita cita dan pencapaian antara cinta dan penghidupan kebiasaannya pasi ada jurang perbezaan.
Namun untuk menutup jurang itu terpaksa banyak usaha dilakukan,banyak penyelidikan,bertaburan wang wang dijalanan jurang itu masih lagi terbentuk dalam mengantuk kita masih lagi terhantuk hantuk akhirnya kita memilih usaha untuk mempersempitkan atau mengekangkan supaya ia tidak menjadi lebih luas lagi.

Memperkatakan generasi Islam terbilang ini termasuk dalam perhitungan yang sukar,ibarat membawa parang kebelukar boleh difikirkan untuk diolah tetapi untuk merealisasikan cukup payah, panah panah musuh telah bisa tembus,sikap angkuh,riak,takbur fitnah memfitnah,ketirisan dan kebocoran dalam melindungi jagaan keseluruhan jurang telah memisahkan antara kita Al Quran dan manusia.

Senario kita pada hari ini,bukanlah sangat penting untuk memastikan pemikiran berkenaan telah dapat direalisasikan,kerana pencapaian tersebut ibarat satu khayalan,tetapi yang lebih penting ialah memastikan kita telah berusaha sepenuhnya untuk mencapai tahap demikian,kerana itulah tugas kita yang sebenarnya,sementara kejayaan tersebut bukanlah menjadi kewajipan kita untuk menentukannya,ia terserah kepada Allah untuk menentukannya.Namun jangan kerana kesukaran tersebut kita tidak mahu berusaha dan terus sahaja berserah kepada Allah tanpa didahului dengan usaha itu bererti kita lari daripada tanggungjawabia bukan sahaja tidak menggambarkan keyakinan yang sebenar kepada Allah,malah juga cuai dalam memikul amanah yang diberikan .Sabda Rasulullah " tambatkan unta itu terlebih dahulu dan kemudian baru berserah kepada Allah".

Secara idealnya generasi Islam terbilang ini merujuk kepada umat Islam zaman awal,tentunya paling kemuncak ialah zaman Baginda Muhammad SAW itu sendiri,kata sayiditina Aisyah "keperibadian Rasulullah itu ialah al Quran".keperibadian bagina itu merupakan terjemahan spnuhnya terhadap semua ajaran yang terdapat dalam al Quran,selepas baginda wafat tentu sekali para sahabat,merekalah kumpulan manusia yang berpeluang menghayati sepenuhnya penurunan al Quran dalam tempuh selama 23 tahun,keyakinan mereka tidak berbelah bagi,amalan yang dilakukan adalah original kepada al Quranbagi mereka tidak ada alternatif lain untuk dipeggangi dan direalisasikan dalam kehidupan baik secara peribadi mahu pun berkumpulan kecuali satu iaitu alQuran

pada waktu itu bolehlah dikatakan satu proses pembudayaan telah berlaku sepenuhnya dengan pencapaian hasil yang semaksimum gambaran bagaimana masyarakat yang sebelum itu bersifat jahiliah dan terabai dipadang pasir yang kering kontang itu bertukar dengan sekelip mata menjadi masyarakat pembina tamadun yang disegani.Sistem nilai dan cara hidup mereka telah berubah secara penuh dan begitu cepat sekali ibarat menarik nafas dan menghembuskannya.

Maksudnya al Quran telah berjaya menukar pemikiran hidup lama dengan yang baru dan sangat berbeza,sekadr contohnya akdah mereka telah ditukar daripada prinsip keberhalaan kepada prinsip ketuhanan yang maha esa.berdasarkan kepada prinsip keberhalaan,mereka merasakan tidak layak untuk terus berhubung dengan tuhan kecuali melalui berhala sebagai orang tengah,sedangkan dibawah prinsip ketuhanan yang sebenar mereka mendapat keyakinan untuk terus berhubung dengan Tuhan secara terus.

keyakinan kepada Allah sebagai tuhan sebenar yang dapat dihubungi secara terus telah memberikan mereka semangat yang kuat dan hebat hingga menjadi manusia yang terbilang yakin hingga mendapat kejayaan hidup.Sikap bongkak,jahat,tidak menghormati hak orang lain dan sebagainya yang menjadi corak jaliliah telah ditukar kepada kewarasan yang tinggi sebagai seorang muslim.Ini menunjukan al Quran itu mengajar mereka membezakan diantara kebenaran dan kebatilan,denga berpandukan nilai sejagat yang cukup objetif sepertimana yang terkandung didalam Quran itu sendiri.

Berdasarkan perubahan ini kita harus menghapuskan unsur unsur pemujaan terhadap individu.Rasulullah saw sendiri disifatkan oleh al Quran sebagai tidak lebih daripada Rasul sepertimana Rasul rasul yang terdahulu apa yang lebih penting ialah dasar yang diperjuangkan ia perlu diteruskan walaupun pemimpin nya silih berganti,Al Quran mengingatkan jangan,kalau Rasulullah wafat kamu menjadi kucar kacir.

sikap bermusuhan,caci mencaci,penting diri sendiri dan segala yang mazmumah juga telah diubah oleh al Quran dengan sikap persaudaraan dan kasih sayang,Islam sentiasa mengingatkan bahawa semua orang Islam adalah bersaudara,maka sekiranya terjadi diantara mereka perselisihan perlulah diselesaikan dengan cara yang baik,sebagaimana al Quran menyifatkan sifat orang Ansar terhadap orang Muhajirin mereka melebihkan rang lain dari diri mereka sendiri dan sanggup berkorban termasuk dalam perkara perkara yang dia sendiri memerlukannya.

Budaya Arak dan berpoya poya yang sentiasa merwarnai zaman jahiliah juga dapat diubah dengan corak kehidupan yang serius dan bersemangat tinggi,hasilnya tiada arak tiada perempuan,tiada judi tiada perkara yang mazmumah lagi.Demikian diantara contoh contoh yang telah diperbahrui oh al Quran sampai melahirkan generasi Islam yang terbilang.

sidang pembaca yang dihormati,

semua itu berjaya dilakukan berasaskan pendekatan tertentu melalui pendidikan,Baginda telah berjaya mendidik mereka mencintai al Quran dan beramal dengan sepenuhnya apa yang terkandung didalamnya sepertimana yang disebut diatas tempuhnya terlalu singkat hanya selama 23 tahun,bermula daripada saat baginda dilantik hingga dengan kewafataan baginda.Dalam tempuh tersebut baginda melatih dan mendidik selangkah demi selangkah mengikut proses penurunan ayat al Qran itu sendiri sehingga akhirnya mereka benar benar terdidik dan tidak lagi memerlukan bimbingan secara terus,sebaliknya mereka sudah mampu untuk menilai sendiri dan mampu untuk mendidik orang lain pula,secara umumnya prubahan yang elah dibuat adalah secara beransur ansur dan tetap terutama dalam hal hl yang berkaitan dengan pegangan hidup dan amalan serta kebiasaan yang mendalam dan brakar umbi dalam diri individu dan masyarakat tersebut,sebagai contoh pengharaman arak yang meruakan tradisi itu dibuat melalui tiga fasa iaitu fasa 1 menjawab persoalaan yang ditimbulkan oleh mreka sendri tentang minuman tradisi tersebut,dalam hal trsebut alQuran menjelaskan meskipun ada kebaikan akan tetapi kburukannya adalah lebih besar,ia boleh membawa kpada prkelahian diantara sesama sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan