Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tamadun Kebendaan


Sejarah membuktikan kepada kita bahawa tiada sautu tamadun pun yang paling banyak jenis dan alat alat hiburannya selain daripada tamadun kebendaan yang muncul dibarat.Tamadun ini bukanlah satu tamadun baru,tetapi hanya lanjutan dan ekoran dari tamadun jahilliyah yang pada ketika ini dilihat oleh orang yang bermata hati,sebagai menalami "sakaratul maut" ( mabuk dan sakit sewaktu hampir mati)walau pun pada pandangan zahirnya ia kelihatan gagah perkasa dan bermaharalela meluaskan pengaruhnya keserata dunia.

Banyak jenis dan alat hiburan ini menunjukan kepada sesautu perkara iaitu hati manusia yang sedang berada dalam resah dan gelisah,kesedihan yang teramat sangat dan hauskan sesautu yang dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Sebenarnya hati manusia itu resah ,gelisah ,sedih dan mengalami kesepan kerana ia "jauh" dari Allah ,Apabila hatinya jauh daripada Allah kerana tiadanya zikir maka ia adalah dekat dengan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah melalui firmannya dalam surah Zuhraf 36:

" Dan barangsiapa yang berpalin daripada menyebut dan mengingati Tuhan yang Rahman,nescaya kami letakan baginya seekor syaitan untuk menjadi temannya".

Firmannya dalam surah Thaha 123:
" Dan barangsiapa yang berpaling dari zikirku ( ajaran ajaranku ) yang trkandung dalam kitab yang ku turunkan melalui Rasul( atau dari berzikir menyebut dan mengingati akan aku)sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan akan kami himpunkan dia pada har kiamat kelakdidalam keadaan buta"

Iblis mendatangkan pelbagai aneka hiburan bagi manusia untuk menggantikan solat,zikir dan membaca kitab Allah,untuk menambahkan kelalaian manusia,Iblis hanya melalaikan manusia buat sementara waktu dan memberikan keseronokan yang sementara bagi pancaindera dan shawat.manusia dibawa kealam mimpi yang gelap gelita meyebabkan Allah dan akhirat terasa tiada.selepas itu hati manusia merasa resah kembali maka iblis menciptan bentuk hiburan yang berbentuk lain hinggalah manusia itu mati dalam kesesatan.

Apabila manusia itu semakin nipis imannya,dan semakin mengalpakan ajaran ajaran Allah maka ia membawa ajaran ajaran sesat itu kenegara negara Islam diatas nama Ilmu,Kebudayaan,Pembangunan,dan Kemajuan disamping itu mereka membawa pelbagai jenis hiburan yang akan ditawarkan kepada manusia agar manusia itu mengikut sepertimana orang orang yang telah sesat dahulukala.

Sebagai panduan marilah kita berfikir tentang empat perkara yang dikatakan dibawah initidaklah dapat melangkah sesorang itu dihari kiamat sebelum ditanya empat perkara:
1) Kemanakah dihabiskan umurnya
2)Apakah yan dilakukan dengan pengetahuannya
3)Dari mana dan kemana hartanya diperolehi dan dibelanakan
4)Untuk apa badannya digunakan?

Fikirkan sejenak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan