Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 17 Oktober 2008

Jalan Jalan Menuju Bahagia

Seorang muslim dalam menunaikan tugas hidupnya adalah mencari bahagia,dan begitu juga tidak kira apa pun bangsanya,tidak kira apa pun agamanya mereka keseluruhannya mencari BAHAGIA untuk melengkapkan kehidupan diatas dunia ini.persoalaannya apakah itu bahagia dan bagaimana cara untuk mendapatkannya? dalam mencari jawapan terhadap perkara tersebut maka terbitlah bermacam macam pendapat dan bermacam macam jalan yang pernah dilalui oleh sesorang,namun begitu cara yang dibentangkan oleh Islam adalah cara yang terbaik yang mana ia selamat diatas dunia ini dan selamat didunia akhirat kelak.

Rasulullah bersabda " Bahagia,diatas segala macam bahagia ialah panjang umur dalam mentaati Tuhan"

Jadi, bahagia itu ialah dalam menunaikan tugas hidup yang dinamakan "beribadah" orang orang yang hidup dengan mentaati Allah,bertanggungjawab terhadap segala macam tindak tanduknya kepada Allah.dan orang itulah yang disebut BERBAHAGIA,walau pun kehidupan sehari harinya tidak mewah.

Dalam menggapai kebahagiaan sejahti yang dianjurkan oleh Islam,Islam telah menggariskan 4 macam jalan yang setiap saat saat harus dilalui dan tidak boleh ditinggalkan,sekiranya ditinggalkan salah satu daripadanya terlepaslah bahagia dan terputuslah hubungannya dengan Allah.dan sekiranya ada mereka yang merasa bahagia selain daripada empat garis panduan ini,maka bahagia itu cuma saduran belaka,ia akan hilang seperti fatamorgana di padang pasir,fajar kazib diwaktu subuh.

Inilah jalan kebahagiaan yang dianjurkan oleh Islam:
1) Taat dalam menghadapi perintah perintah Allah
2) Takwa dalam menjauhi larangan Allah
3) Syukur dalam menerima nikmat nikmat Allah
4) Sabar dalam malapetaka yang menimpa

Alangkah luasnya pengertian yang tersimpul dalam kata kata TAAT,TAKWA,SYUKUR,dan SABAR itu.tidak sesaat pun manusia ini terlepas dari peristiwa peristiwa yang terkandung dalam PERINTAH,LARANGAN,NIKMAT,dan MALAPETAKA.

Ada orang yang dapat berbuat taat kepada Allah,Ibu bapa,keluarga dan sebagainya tetapi dia tidak dapat melepaskan diri daripada menjauhi larangan haram Tuhannya,sebaliknya ada juga yang tenteram hatinya dalam menikmati nikmat Tuhan,bersyukur dan berterimakasih namun apabila datang musibah yang dihadapinya maka ia berubah dan menyalakan Allah dengan mengatakan Tuhan tidak adil,demikianlah antara gambaran hidup manusia diatas dunia ini.Maka datanglah Islam untuk memberi petunjuk kepada manusia dalam hidup ini.

aluilah segala aneka warna perintah perintah Tuhan,baik yang wajib atau yang sunat,tinggalkan segala bentuk larangan dari yang haram sampai kemakruh.bersyukur kepada segala macam nikmat,lahir dan batin dan bersabalah diatas musibah yang ditentukan olehNya,kerana itu merupakan ujian kepada manusia.

Sehubungan itu dalam melalui tugas berjalan menuju kearah kebahagiaan ini baiklah kita melihat dan berfikir bagaimana yang ajaran Khulafa ur Rashidin.

Saidina Abu Bakar berkata" Hindarkanlah sesautu yang akan merosakan ibadahm terutama yang mengenai dengan tanda tanda syirik".

Saidina Umar Ibn Khattab menegaskan" Kuatkan dirimu dalam menjalankan perintah perintah Allah dan hindarkan dirimu dari laranganNya besar atau kecil"

Saidina Uthman Bin Affan mengajarkan "Untuk mendapatkan bahagia sentiasalah ikhlas dalam hal yang bagaimana pun jua"

Sidina Ali Bin Abi Thlib berkata " biasakanlah membayar segala fardu dan yang wajib dengan teratur rapi".

Demikanlah para Khulafa ur Rasyidin memberi ajaran ajarannya dalam menghadapi tugas hidup ini agar dapat kita menghadapi tugas dan tidak kabur dalam mencari bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan