Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Ahad, 12 Oktober 2008

NaSihaT BuaT SauDaraKu..


Saudaraku,

Pernah satu ketika Nabi Isa as bertanya kepada pengikutnya : "siapakah diantara kalian yang sanggup mendirikan bangunan di atas buih yang terapung di lautan?" Mereka saling berpandangan dan tercetus pertanyaan dalam kebinggungan: " siapa pula yang dapat melakukannya?"

Nabi Isa :" tidak seorang pun," keranan itu jauhkanlah dirimu daripada mencintai dunia ini secara berlebihan,dan jangan kamu anggap dunia ini sebagai negerimu yang kekal abadi.

saudara,

seorang sufi yang bernama Yunus Abil A'ala terjaga dari tidurnya lalu dipanggilnya segenap murid dan keluarganya,kepada mereka ia becerita,"aku melihat dalam tidurku semua yang ku benci dan yang ku cintai sesudah aku bangun,lenyap pula keseluruhannya.itulah dunia.yang kita alami hari ini akan sirna sebagaimana peristiwa yang lalu yang hanya tinggal kenangan belaka,"mereka temenung sejenak sambil berfikir "siapakah aku,? dari mana aku dan akan kemana aku?tidak seorang pun yang mampu untuk menjawab,dan ketika menatap diri kita kita semakin tidak tahu siapakah aku?sebenarnya....bahkan kita kian sedar bahawa ada sesautu yang lain diluar diri kita,ada yang mengatur hidup dan nasib kita,sehingga terkadang kita tidak ada kuasa menolaknya,dan "aku" itu,apalah bezanya dengan yang kita tempati,dunia ini.

Barangkali kerana itu tokoh sufi yang arif Ibnu Qayyim mengatakan " Dunia ini ibarat bayang bayangmu sendiri,Ia meneduhi orang lain,tetapi kamu tetap terbakar dek panasan matahari,bayang bayang tersebut dekat tetapi biler kita mendekati bayang tersebut ia semakin menjauh,ia milik kita tetapi tidak pernah bersatu dengan kita".

saudara,

Seorang sufi pernah menggambarkan bahawa dunia ini terdiri di atas tiga bahagian:
1)satu pertiga adalah milik Allah.
2)satu pertiga kepunyaan ulat - ulat didalam tanah
3)cuma satu pertiga yang menjadi hak manusia.

Ada pun yang milik Allah ialah NYAWAnya.yang kepunyaan ulat ulat didalam tanah adalah JASADnya,sedangkan yang menjadi hak manusia hanya AMAL PERBUATAANNYA.

firman Allah SWT al Fathir 5
" Wahai segenap manusia,sesungguhnya janji Allah itu pasti terbukti.kerana itu,janganlah kamu dilalaikan oleh dunia dan janganlah pula terlena oleh para penipu yang menjauhkanmu dari Allah".

seorang penyair menulis dalam renungannya:" sesungguhnya diantara hamba hamba Allah ada orang orang yang cendekiawan,mereka menceraikan dunia ini dari hatinya sebab menyedari akan fitnah fitnahnya,dihayatinya kehidupan dunia,setelah yakin bahawa dunia ini bukanlah tanah airnya,dijadikannya dunia sebagai lautan dan amal soleh sebagi perahunya."

saudara,

sama samalah kita renungkan dan berfikir sejenak untuk bermuhasabah diri terhadap apa yang dikongsikan.
Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi 45

" Berikanlah perumpamaan kepada manusia bahawa kehidupan didunia ini bagaikan air yang kami curahkan dari langit,menumbuhsuburkan tanaman tanaman dimuka bumi.kemudian tanaman tanaman itu akan kering berguguran diterbangkan oleh angin.Allah maha kuasa atas segala galanya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan