Saudara,
Ilmu atau pengetahuan itu mempunyai daya kekuasaan.kesedaran tentang adanya kekuasaan yang mudah membawa orang kepada kesukacitaan atau kepada perasaan ketinggian diri,ia juga boleh membawa kita kearah menuju sikap angkuh,sombong,ujub,riak dan takbur jika kurang dasarnya iman seseorang itu.
Apabila ia pernah membuat jasa atau membantu orang maka dikiranya orag itu akan membalasnya dan orang itu harus tunduk dan patuh kepadanya.tidakah ini membayangkan yang dia itu dengan tidak disedari cuba mengambil hak Allah.Sepatutnya Allahlah yang semestinya dipatuh dan tunduk.Dialah yang kita terhutang budi dan nyawa.sifat sedemikian ini terkadang menginggapi beberapa penganjur agama dan para alim ulama,sayang sekali kerana sifat demikian jika ada pada diri mereka,ini hanya membawanya kejalan kebinasaan diri dihari akhirat kelak.
Mereka dengan bebasnya menerangkan sifat sifat jalan kesyurga dan jalan mengelak kesyurga pada hak mereka sendiri lupa atas sifat mereka yang sedemikian.jika begitu adanya apakah layak diberikan panggilan sebagi penganjur agama?,alim atau ulama atas mereka?.kerana gelaran gelaran itu seharusnya dimiliki oleh mereka yang mengenali diri,lebih takwa kepada Allah,mempunyai rasa tanggungjawab pada setiap tanggungjawab bagi setiap perbuatannya.Hal yang demikian disebabkan mereka tahu akan mana yang buruk dan mana yang baik dan ia lebih menyedari bahawa Allah sentiasa mengetahui akan hal dirinya lebih dari ia tahu akan dirinya sendiri.
Saudara,
Dari itu,maka marilah kita berbincang mengapa orang orang berilmu boleh terkena oleh sifat sifat demikian.Ada dua sebab yang mungkin mempengaruhinya supaya kita dapat mengambil ia nya sebagai panduan:
1) Fikirannya keliru dalam menangka hakikat ilmu,misalnya ia mengabdikan diri kepada teori teori ilmu,misalnya ia mengabdi kepada teori teori ilmu pengetahuan tertentu seperti atematik,fizik,dailekteka,mereka mengira bahawa dengan mempunyai keahlian dalam ilmu ilmu ini akan menjadikan manusia itu sempurna.pada hal sesungguhnya hakikat ilmu yang sebenarnya ialah yang mengandungi erti penyingkapan sesautu hijab yang menutup sehingga mata hatinya terbuka dan dapat melihat perhubungan ghaib antara manusia dengan yang maha pencipta.kemudian hendaknya pancainderanya mengabdikan diri dengan rasa takwa,kusyuk kepada yang maha esa,yang maha suci,sikap yang seperti ini dan penerangan yang sedemikianlah yang semestinya dipelajari,kerana itulah hakikat ilmu yang sebenarnya.
2) Adanya sikap acuh tidak acuh ( tidak tertarik )pada agama dan yang berhubung dengannya seperti kesucian akhlaq,moral dan sebagainya,seorang sufi menggambarkan bahawa "ilmu penfetahuan" itu ibarat air hujan yang turun daripada langit,bersih dan manis rasanya.akan tetapi taktala ia meresap pada tumbuhan maka ia dapat memaniskan atau memahitkannya tergantung pada rasanya masing masing menurut pembawaan tumbuh tumbuhan itu. Manusia dalam memperolehi ilmu pengetahuan mendapat pula kekuasaan yang memberi kekuataan kepada sifat sifat hati yang tersembunyi.Apabila ia mudah cenderung kepada ketinggian diri dan tidak mengambil perhatian untuk mengalahkan perasaan itu maka ia akan lebih bangga,lagak dan sombong dalam memperolehi ilmu ilmu itu.
Sabda Rasulullah saw
" Akan ada orang orang yang pandai mengucap al Quran di bibirnya,akan tetapi tidak sampai dihatinya,mereka menuntut ilmu belajar al Quran dan menamakan dirinya Qari (ahli baca Quran ) mungkin akan ada diantara anda sahabatku,maka awas awaslah terhadap mereka itu kerana akan melihat kelak bahawa mereka akibatnya akan masuk neraka" (riwayat Ibnu Abbas )
Kita yang menamakan diri sebagai pengikut Nabi saw tidak ingin mencuba membersihkan dan mensucikan hati kita.Jangankan demikian,untuk menilik sama ada hati kita kotor atau bersih pun tidak kita usahakan.bagaimana kita akan dapat keselamatan jika demikian?
Saudara,
tahukah saudara didalam diri manusia itu ada empat unsur yang menjelma dalam sifat sifat yang dikenal dengan nama KEBINATANGAN,KEKASARAN,KESYAITANAN,dan KEMALAIKATAN (kesucian) Oleh itu tidak hairan apabila dalam tabiat sesorang itu muncul perbuatan perbuatan seperi BABI,ANJING,SYAITAN dan ALIM.
SIFAT SIFAT BABI
Ia mengambarkan keserakaan yang menjijikan,bukan dalam hal bentuk dan potongannya akan tetapi dalam kegemaran makan diluar kepantasan.Hanya untuk melepaskan lahap dan nafsunya sahaja.Itulah tanda tanda orang yang tidak menghiraukan hukum hukum agama yang melarang ia memakan,meminum benda benda yang haram keatasnya dirinya.
SIFAT ANJING
Ia menggambarkan sifat sifat suka melepaskan hawaa nafu kemarahan.keganasan dengan perbuatanya menggongong dan menggigit sesiapa sahaja yang tidak disukainya atau yang diangap hendak mengacaunya.itulah tanda tanda orang orang yang mempertimbangkan akalnya tidak sempurna sehingga timbul prasangkaa yang buruk terhadap orang lain,yang boleh merugikan dirinya sendiri.
SIFAT KEMALAIKATAN
Menggambarkan akal budi,fikiran dan hati yang suci bersih,ia mengisi lubuk hatinya dengan kalimah alif lam lam ha iaitu Allah.bibirnya menolak segala yang batal dengan kalimah tauhid ,dengan jalan /proses tersebut maka ia terdaya menolak (a) benda benda haram (b)Nafsu amarah (c) hasutan hati.
setelah itu barulah timbul rasa tawaduk,kerendahan diri,kesucian hati dan cita cita dan terbukalah tadbir yang mendindingi cermin kalbu untuk melihatkebenaran,merasakan kemanisan hidup beragama dan memuji Allah dengan pemberian ilmu yang diberikan kepadanya.
Tiga sifat tersebut sekiranya sudah pun menjadi darah daging manusia tersebut ia akan memberikan pulangan kepada manusia itu sendiri,oleh yang demikian marilah kita menyayangi iri kita,masih belum terlambat untuk kita kembali kepada titik permulaan untuk kita memulakan lembaran baru.ketahuilah bahawa Allah swt itu maha pengasih dan pengampun.
Disini saya sertakan doa untuk menghindarkan dari empat macam keburukan.
" Ya Allah aku berlindung daripada mu daripada hati yang tidak khusuk dari doa yang tidak didengar dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari ilmu yang tidak bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan