Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 10 Oktober 2008

Mencapai Ketenangan Jiwa

Firman Allah dalam surah Fajr 27 - 30
" Wahai diri yang telah mencapai muthmainnah kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai.Masuklah didalam golongan hamba hambaku dan masuklah kedalam syurgaku ".

saudara,
Demikianlah kata kata Allah yang menerangkan betapa bahaginya seseorang yang hidupnya penuh dengan ketenteraman dan kesucian.Dia kembali menemui Tuhannya dengan keredhaan Tuhan,selama hidupny ia menjalankan tugas tugas ibadah yang dipikulnya.siang hari ia menjadi pahlawan di medan perjuangan hidup,sedang pada malam harinya ia menjadi hamba yang bermunajat memohon ampun kepada Rabnya diatas kesalahan yang telah dilakukan.

Kalau ia seorang yang banyak melakukan kesalahan dipasaran dunia,kerana terdorong oleh panggilan nafsunya,mak cepat cepatlah ia kembali untuk merubah sikap,merubah sikap curang menjadi ikhlas,khianat menjadi taubat maka ia tidak selama lamanya di buai mimpi, terlena dalam ranjang kemabukan dunia.

Saudara,

Hidup ini ada masa pergi dan ada masa datangnya,persoalannya apakah mungkin kita akan mendapat kententeraman jiwa? Tanyalah kepada orang kaya yang mempunyai pembantu ,kenderaan yang besar,rumah yang besar,dan barangkali berbini yang berbadan besar,tanya lah dengan hati yang ikhlas sudah ia merasa tenteram? tenang dan tidak gelisah? sudah tentunya ia akan menjawab "saya mencari hiburan" kalau demikian ia adalah hamba yang sakit,iaitu sakit jiwa.mereka adalah hamba hamba dunia.

saudara,

tahukah saudara sejumlah 75% warga negara kota glasgoe yang beroleh penyakit tidak dapat tidur mungkin barangkali pada saat ini peratusan tersebut telah meningkat,ubat yang paling laris untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah Ubat tidur,penyakit apakah gerangannya yang membawa mereka sedemikian?setelah dicari dan diselidiki dengan sksama bahawa penyakit itu disebabkan tiga perkara : "care",difficulties" dan troublesome"(perasaan,kesulitan,dan kesusahan )

Saudara,

tahukah sudara dermak ialah sebuah negara yang diakui oleh dunia oleh kekayaanya dan disebutkan betapa pandai mengatur hidup dengan koperasi tetapi ia juga mencapai negara yang nombor satu penduduknya yang membunuh diri.
Persoalannya dimanakah kenteraman jiwa?

saudara,

Quran mengajar kita bahawa setiap orang yang inginkan kebahagian dengan aman dan tenteram hendaklah ia hidup berTuhan dan dalam lapangan hidup sehari hari memakai hidup :"qanaah" iaitu merasa puas dengan apa yang ada.jiwanya tetap menghadap Tuhan setiap saat dan waktu dia tidak terpersona oleh dunia,hidupnya tidak dibuai mabuk keduniaan.marilah kita mengikuti riwayat hidup orang orang yang telah melalui jalan yang terbentang untuk mencapai kenteraman iaitu diantaranya RCV Bodley dalam tahun 1918 yang pernah mengembara ditengah tengah masyarakat arab yang masih belum tepelajar, mereka hidup dalam kesederhanaan,percaya pada takdir,beriman dan taat dalam pergaulan,Bodley mendapat pelajaran sambil berkata :"aku pernah hidup dalam syurga Illahi".

Saudara,

seorang sufi yang terkenal Fudhail bin Iyyadh dahulunya adalah seorang yang durjana,pemabuk dan pembengal.pada satu malam ia ingin melarikan seorang wanita yang sangat dicintai.kebetulan pada malam itu wanita itu sedang membaca al Quran .ketika ia hendak melarikan wanita itu ayat yang dibaca adalah " belum juga masanya bagi orang mukmin untuk menundukan dirinya kepada Tuhan? ayat suci al Quran itu telah memberi kesedaran kepada Fudhail hingga ia tidak mahu melakukan kejahatan yang diniati,bermula daripada itu ia menjadi orang yang amat soleh dan mempunyai pengikut yang ramai menjadi guru yang besar dalam dunia SUFI.begitulah jiwa peribadi ulama ulama besar yang lain dari abad keabad hingga sekarang.cukuplah untuk kita simpulkan bahawa manusi itu akan memperolehi ketenangan sekiranya jiwa manusia itu mempunyai hubungan batin dengan TuhanNya,setiap nafas yang keluar,setiap tindak tanduk,duduk diam hanya dipenuhi dengan dengan ibadah semata mata.renung renungkanlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan