Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 10 Oktober 2008

Elakan Sikap Terburu - Buru


Saudara,

Allah berfirman dalam surah al Isra':1

" Dan manusia berdoa ( dengan memohon supaya ia ditimpa )kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan,dan sememangnya manusia itu ( bertabiat ) terburu - buru"

saudara,

Allah SWT memberikan manusia keistemewaan yang lebih daripada makhluk makhluk lain dengan akal.Sayang kita sering melihat manusia bertindak di luar batasn rasional dan terburu buru sehingga mendatangkan keburukan kepada dirinya dan orang lain.

Sikap terburu buru ini amatlah bertentangan dengan fitrah manusia yang berakal.Dalam ayat diatas,Allah SWT menegur ikap sesiapa yang ketika dalam keadaan marah,sanggup berdoa memohon supaya dirinya atau keluarganya atau hartanya ditimpa malapetaka sebagaimana ia berdoa memohon kebaikan.pada hal jika dia bersabar dan bertenang dia tidak akan bertindak sedemikian.

Sikap terburu buru sememang banyak berlaku dalam masyarakat kita,kadang kadang kita menyalah gunakan apa yang diamaanahkan ,apabila kita mengkhendaki sesautu untuk mencapai sesautu maka kita tidak bertanya tentang keupayaan seseorang untuk menyediakan,kita tidak berbincang secara terperinci,sehingga ia rasa terbeban atau dibebani hanya semata mata untuk mencapai objektifnya.Sikap tidak berfikir panjang ini lebih banyak mendatangkan keburukan.

saudara,

kita sering mengikut perasaan marah,kecewa atau sedih lalu meletakan kesalahan kita pada orang lain hingga menyebabkan timbulnya perselesihan faham ,pertelingkahan dan fitnah. orang tua tua pernah berkata " Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata buruk padahnya".

Sikap terburu buru ini yang paling buruk adalah apabila sesorang itu menyalahkan takdir Allah SWT.ketika ditimpa muibah seperti kehilangan orang yang tersayang atau kerugian dalam perniagaan.sikap tersebut bleh membuatkan seseorang itu terpesong dari akidahnya,dia perlu bertaubat memohon keampunan dari Allah SWT diatas sikap tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan