" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Jumaat, 10 Oktober 2008
Manusia Sebagai Suatu Unsur Tamadun
Dalam membicarakan manusia sebagai suatu unsur tamadun kita tidaklah harus menyamakan unsur unsur/masalah yang berada diBarat yang menjajah dengan unsur/masalah yang dihadapi oleh bangsa - bangsa timur ,khususnya umat Islam yang dijajah,Umpamanya di barat banyak menghadapi persoalan yang dilahirkan oleh kemahuan dan keperluan yang terlalu tinggi yang tidak dapat memberi kepuasan.Sedangkan di negara Islam hal ini tidak begitu merunsingkan.Cumanya disini masalah adat yang mencengkam kemajuan lebih dirasakan.Disini juga kita mengalami masalah "manusia" dan kebanyakan masalah umat Islam adalah berhubung kait dengan dari masalah ini.Kerana itu kita perlu membentuk manusia yang dapat mengikuti perkembangan masa,mempergunakan ilmu ,mempergunakan bumi,masa dan semua kejadian yang telah diciptakan oleh Allah SWT.
Manusia didunia Islam tidak berkelas,kerana itu tidak timbul soal class struggle dalam masyarakat Islam, hanya yang timbul adalah dua kumpulan iaitu yang menetap dibandar dan luar bandar dengan sifat hidup mereka dengan ciri ciri kehidupan mereka sendiri.
Dapat diterangkan serba ringkas penduduk bandar ini pada kebiasaannya terdiri daripada peniaga peniaga,pegawai pegawai dan kakitangan kerajaan,dan ramai juga dikalangan orang orang yang menganggur dan mereka ini digelar orang yang kurang bernasib baik.Hidup dalam serba kekurangan, tetapi rela dengan keadaan yang dialami.dalam diri mereka terdapat roh keruntuhan ummat kerana hidupnya yang separuh separuh ; separuh jalan,separuh fikiran,separuh maju tidak tahu bagaimana jalan untuk mencapai matlamat,tidak pula berada pada titik permulaan.dan orang orang inilah yang cuba untuk mencari tempat mentadbir negara dengan cara separuh separuh.sedangkan penduduk di desa yang terdiri daripada petani yang menderita kekurangan tanah untuk diusahakan.
Manusia manusia ini, secara teori dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dalam abad ini.mereka boleh menyumbangkan melalui beberapa cara iaitu (1) dengan ideanya (2)Dengan kerja usahanya (3) dengan hartanya.kerana itu perbincangan mengenai manusia sebagai individu dalam masyarakat hendaklah dipusatkan yang mana ketiga kompenan tersebut mempunyai satu tujuan:ketiga tersebut hendaklah diarahkan kesatu arah yang dirancangkan.
Keupayaan ummat Islam sebenarnya tidak dipergunakan sebaik baiknya,Pengurusan yang kurang cekap membuatkan tenaga tenaga itu hilang tanpa hasil yang positif.pengarahan kepada matlamat yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengelakan pembaziran dalam bentuk usaha atau pembaziran masa dan wang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan