" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Jumaat, 10 Oktober 2008
SiKap BuruK SeBaHaGiaN MaNusiA
(Ayat 33 -37)
" Dan apabila manusia disentuh oleh sesautu bahaya,mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesautu rahmat daripadaNya tiba tiba sebahgian daripada mereka mempersekutukan sesautu yang lain dengan Tuhannya;".
Dan sebab itu mereka mengingkari nikmat - nikmat yang telah kami berikan kepadanya maka (dikatakan kepada mereka) " Bersenang senanglah kamu ( bagi sementara ) kemudian kamu akan mengetahui ( balasan kederhakaan kamu)".
Pernahkah kami menurunkankan kepada mereka ( yang musrik itu )sebarang bukti keterangan,lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan merek lakukan perbuataan syirik itu?
Dan apabila kami beri manusia merasai sesautu rahmat mereka bergembira dengannya ( suhingga lupa daratan )dan jika mereka ditimpa sesautu bencana disebabkan apa yang mereka lakukan oleh tangan mereka,tiba - tiba mereka berputus asa.
(Mengapa mereka bersifat demikian? dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka )bahawa Alah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikhendaki-Nya ( sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan ia juga menyempitkan ( sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan keterangan ( yang membuktikan kekuasaan Allah )bagi orang yang beriman.
Saudara,
Allah S.W.T membuat beberapa perumpamaan bagi membuktikan ke esaan-Nya .Dia juga memyebut sifat orang musrik ketika ditimpa bala benjana,ketika itu mereka meminta pertolongan Allah supaya melepaskan dari kehimpitan yang dialaminya.Mereka mengakui bahawa wujudnya Allah dan keesaan-Nya tetapi apabila bahaya itu dihilangkan mereka kembali semula kepada tabiat yang lama iaitu menyembah berhala.Allah memerintahkan kepada Rasul supaya membiarkan mereka, kerana mereka sendiri yang akan bertanggungjawab terhadap amalanburuk tersebut dihadapan Allah S.W.T.
Didalam ayat yang berikutnya, Allah S.W.T menyebut kelakuan orang musyrik yang menjadikan dunia sebagai ukuran untuk melakukan perbuatan mengikut tindakan mereka.Sekiranya Allah memberikan sedikit nikamat sudah tentu mereka berasa senang dan lega,sebaliknya sekiranya mereka tidak mendapat nikmat sudah pasti mereka akan memarah dan berputus asa.Sebenarnya setiap urusan rezeki sama ada sedikit atau banya hanya ditentukan oleh Nya dan sesorang itu perlu berusaha dan berdoa kepadaNya aar nasib mereka dapat berubah menjadi yang lebih baik.
Saudara,
Ada pun sifat musyrik itu apabila ditimpa bencana seperti bangkrap dalam perniagaan,pertaniaan yang tidak menjadi atau yang seumpamanya barulah mereka mengakui keesaan Alah SWT dan meminta tolong daripada-Nya mereka bertaubat kepada-Nya agar dihapuskan dosa kekafiran dan kemusyrikannya yang sering mereka lakukan,kemudian selepas Allah menyelamatkannyadaripada bencana itu mereka kembali kepada sifat kekufuran.
Oleh yang demikian marilah kita sama sama bermuhasabah diri,mengakui tentang kesilapan dan kembali kejalan yang Allah,bertaubat,berusaha dan berdoa sepanjang masa agar kita tidak tergolong dalam golongan orang - orang yang kerugian.biarlah kita bermula dengan baik dan disudahi dengan baik. IsnyaAllah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan