" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Khamis, 9 Oktober 2008
SeKadaR ReNunGan...
masa ini berlalu pergi
tanpa sedar usia semakin meningkat
perjalanan hidup ini
entah dimana noktahnya.
kita harungi hidup ini
dengan hati yang cekal
penuh dengan ketabahan
melayani karenah
yang dahulunya kita tidak tahu
akhirnya terbongkar
bagaikan debu debu yang berterbangan
walau pun begitu...
atas dasar matlamat yang sama
kita memperbaiki apa yang ada
sedikit demi sedikit
kita melakukan perubahan.
Kita buangkan keegoan
kita suntikan kepercayaan
kasih dan sayang
kita alirkan dalam perjuangan
kita berusaha dan berdoa
kerana kita adalah dicipta
dan bukannya pencipta.
Kita pasrah
kepada Qadak dan Qadarnya
menerima seadanya
kerana kebahagiaan
tidak pernah meninggalkan kita
kecuali kita
mengambil keputusan
untuk meninggalkannya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan