Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Khamis, 9 Oktober 2008

Berbuat baik kepada Ibu dan Bapa

Dari Abi Hurairah r.a dia berkata " Telah datang kepada Rasulullah seorang laki laki lalu bertanya:" Wahai Rasullullah siapakah yang lebih berhak saya pergauli dengan baik?" Beliau menjawab: " Ibu Mu Dia bertanya lagi " Kemudian siapa?" Beliau menjawab :" Ibumu Dia Bertanya lagi:'Kemudian siapa?" Beliau menjawab :" Ibumu Dia bertanya lagi Kemudian Siapa?" Beliau menjawab :" Bapamu." ( H.R Bukhari dan Muslim )

KETERANGAN :

Hadiths ini menunjukan bahawa sesungguhnya masing masing dua orang tua itu mempunyai hak untuk dipergauli dengan baik,dan diperhatikan keadaannya sempurna.Ingat firman Allah dalam surah Lukman ayat 15
" Dan pergaulilah keduanya dengan baik"

Akan tetapi hak ibu itu di atas hak ayah,berbanding beberapa tingkat,kerana Rasulullah hak ayah sesudah hak ibu dengan kekuataan tiga kali ucapan.sesungguhnya ketinggian darjat ibu diatas darjat ayah,padahal keduanya sama mendidik anak.Ayah dengan harta kekayaannya serta menjaganya:ibu melayani makan dan minum pakai dan tempat tidurnya dan bermacam macam lagi,kerana ibu lebih banyak mengalmi penderitaan diwaktu melahirkan yang tidak dirasai oleh suami.Ibu mengandung selama 9 bulan dan merasa sangat lemah kemudian melahirkan dengan sengsara sehingga hampir hampir direnggut maut dari sebab penderitaannya.Sehingglah ia lahir menyusuinya selama 2 tahun.pengorbanan ibu berjaga untuk menjaga ketenangan,berbuat kemaslahatan meskipun derita yang dialami semalam suntuk.Itulah sebabnya Allah berfirman dal Al Ahqaf 15
" Telah kami wasiat kan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tua:ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah pula:dia dikandung dan dipisahkan selama tiga puluh bulan.Ya'ni dua tahun setengah.

Maka anda tahu bahawa Allah telah berwasiat atau menyuruh manusia berbuat baik kepada kedua orang tua dan Allah tidak menyebutkan sebab - sebabnya melainkan apa yang dideritai oleh serorang ibu,sebagai isyarat haknya sangat besar.

Diantara mempergauli dengan cara baik kepada kedua orang tua ialah memberi makan,minum,tempat tinggal,pakaian dan kepentingan hidup yang lain jika keduanya memerlukannya.
Bahkan jika keduanya didalam kehidupan yang rendah atau yang sedang dan anda dalam kehidupan yang nikmat lagi memuaskan angkatlah keduanya kedarjat yang anda perolehi atau lebih.sesungguh yang demikian termasuk mempergauli dengan baik.Ingat apa yang telah dilakukan oleh Nabi Yusuf kepada orang tuannya apabila dia diberi atu jabatan,maka diangkat kduanya keatas mahligai,sebelum itu dia bawa keduanya dari pergunungan.Termasuk juga bergaul dengan baik kepada orang tua bahkan mengcakup keseluruhannya sebagai mana firman Allah dalam surah Al Isra 23-24
" Dan TuhanMu telah memerintahan supaya jangan menyembah selain Dia dan gar kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu dengan sebaiknya.Jika salah seorang daripadanya mencapai umur lanjut didalam pemeliharaanmu,maka jangan sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucaplah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai Tuhanku,kasihanilah mereka keduanya sebagai mana mereka mengasihani,mendidik aku ketika kecil".

Hindarilah kata kata keji kepada keduanya,walau pun dengan sindiran yang remeh.jauhilah segala macam yang menyakiti hati keduanya,hormatilah, bersopan lah kerana beliau telah mengasuh kita dari dalam kandungan lagi.

Sebahagian besar ahli fiqih telah menyimpulkan dari hadith ini lebih mndahulukan memberi nafkah kepada ibu apabila kemampuan seorang anak hanya untu salah seorang diantara kedua ayah dan ibu.Ada juga yang berpendapat harus samapendapat yang akhir ini diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Syafi'i.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan