Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Rabu, 22 Oktober 2008

Bagaimana Memimpin...

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

kita sedia maklum bahawa manusia ini ada bermacam rupa,yang baik ada,yang gonjeng pun ada,yang nakal ada,yang tertidur pun ada,yang rajin ada yang malas pun bersepah sepah umpama tong sampah yang sentiasa penuh walau pun dah dikosongkan..ha itulah manusia...

kita kadang - kadang mengalami kesukaran bagaimana hendak mengurus manusia,ialah manusia ni bermacam macam rupa, rambut sama hitam hati belum tentu lagi,pangkat dak tok itam tapi masih nak berbini lagi...

masalah manusia ini kalau kita anggap sebagai masalah, memang kita juga akan bermasalah,makin berserabutlah pemikiran kita..dari ada rambut yang boleh difesyenkan da jadi padang jarak padang terkukur..sapa yang susah? bini dan anak anak kita juga yang susah...so kita kena tukar masalah itu sebagai CABARAN.bila kita sebut sebagai cabaran, kita lebih bersemangat untuk berusaha mengatasi cabaran tersebut.

Dalam dunia yang macam macam ada nie,kita tidak terlepas daripada cabaran bagaimana memimpin,tak belajar tinggi pun kita kena jadi pemimpin,sama ada secara rela atau paksa rela,kita jadi pemimpin pada diri sendiri,keluarga ( tu pun kalau lakulah )masyarakat atau negara.Dalam persoalaannya ini saya ingin menyentuh secara khusus bagaimana sesebuah organisasi memimpin seperti yang dianjurkan oleh Islam?

" Dari Abi Humaid As Sa'idi ia berkata:Rasulullah SAW memberi tugas kepada orang laki laki bernama Ibnu Lutbiyyah untuk memunggut zakat dari Bani Salim.Ketika Ibnu Lutbiyyah datang kepada Nabi SAW dan beliau menghitungnya ( mengontrolnya )dia berkata:"Ini untuk kalian dan ini hadiah yang diberikan untuk saya,maka Rasulullah SAW bersabda ;'Mengapa kamu tidak duduk sahaja dirumah ayahmu atau ibumu sehingga hadiah itu datang sendiri kepadamu,jika kamu betul?kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah dihadapan orang ramai dan memuji Allah serta menyanjungnya lalu bersabda:" Ada pun sesudah it,maka sesungguhnya aku telah menggunakan beberapa diantara yang telah ditugaskan kepadaku,lalu salah seorang diantara kamu datang kepadaku dan berkata:"ini yang untuk engkau dan ini hadiah diberikan kepada saya maka kenapa dia tidak duduk sahaja dirumah ayah dan ibunya sehingga hadiah itu datang dengan sediri kepadanya,jika ia betul.maka demi Allah tidak seorang diantara kamu yang mengambil sedikit pun dari sedekah itu tanpa dia berhak memilikinya,kecuali di hari khiamat dia datang kepada Alah dengan membawa sebahagian hadiah yang dia ambil.sungguh saya mengetahui salah seorang diantara kamu berjumpa Allah dengan membawa seekor unta yang bersuara atau lembu yang bersuara mengowak,atau kambing yang bersuara mengembek kemudian beliau mengangkat kedua tangannya sehingga nampak rambut ketiaknya yang putih-ketahuilah aku telah menyampaikannya".(Bukhari dan muslim dengan pelbagai riwayat yang berbeda beda)

Keterangannya dari hadith yang diatas baginda Rasulullah telah membuat satu perumpamaan dari dirinya sendiri untuk para pemimpin dan para khalifah didalam mengawal petugasnya terhadap tugas yang telah diberikan kepada mereka.mereka tidak boleh lengah dan tidak boleh membiarkan mereka mengumpulkan kekayaan dan merampas harta rakyat,meraka tidak boleh menjadikan jabatannya sebagai alat untuk memperoleh kekayaan peribadi dengan cara yang tidak dibenarkan ole syara.( ck dalam diri kita )

dengan pengawasan serta arahan yang baik dan bijaksana dari sesorang pemimpin atau pejabat kepada para pembantu atau pemandu atau orang bawahan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyeleweng dari peraturan dan hukum akan menjadilah mereka berhati hati dan giat menegakan keadilan dalam melakukan tugasnya.dengan demikian akan terwujudlah ketenteraman dan ketenangan serta terhindarlah mereka dari usaha mecari keuntungan yang diperolehi dari yang bukan haknya dan wujudlah pula kebahagiaan dan ketenangan dalam setiap hati masyarakat lingkungannya.

sungguh tidak layak,jika sesorang dianugerahi amanat untuk melakukan tugas sebagai pemimpin atau pejabat,kemudian ia lupa dan lenggah dalam melakukan tugasnya dalam mensejahterakan masyarakat kerana ia mengambil kesempatan untuk memperkayakan dirinya sedangkan semua jabatan atau kepimpinan itu adalah nikmat Allah yang merupakan amanat dan dugaan Allah semata mata.

Firman Allah dalam surah An - Anfal 27-28

" Hai orang orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya(Muhammad )dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat amanat yang dipercayakan kepadamu,sedang kamu mengetahui.Dan ketahuilah,bahawa hartamu dan anak anakmu itu adalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar"

Keterangan:

Setiap titipan atau pinjaman harus kita pelihara dengan sebaik baiknya,kerana itu merupakan amanat yang harus kita pertanggungjawabkan.jika satu saat yang berhak(pemiliknya )meminta,kita wajib mengembalikannya dalam keadaan yang baik.

Rasulullah SAW,satu ketika mewakilkan saidina Ali bin Abu Thalib untuk menyerahkan titipan yang dipeliharanya kepada kaum musrik.padahal kaum musrikin termasuk sebahagian umat yang terusir dan terpaksa meninggalkan tanah airnya demi akidanya.

Tiga perkara harus ditunai baik kepada orang yang baik mau pun orang yang jahat (1) Amanat harus ditunaikan (2)Janji harus dipenuhi dan dilaksaanakan (3)siraturrahmi perlu disempatkan jangan putuskan.
Menggelapkan dan memiliki sesuatu yang diamanahkan adalah perbuataan pencurifirman Allah SWT dalam surah An Nisa 57

" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,dan menyuruh kamu apabila menetapkan huku diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil."

Seungguhnya Rasulullah telah memberikan perhatian mengenai akibat jelek orang yang mengambil itu penegak hukum atau penguasa dan beliau menjelaskan bahawa nasib pemimpin,penguasa,dan orang yang mengambil sesautu yang bukan haknya nanti di hari khiamat kelak dia membawa dipundaknya apa yang diambilnya dan tindakan aniaya yang ia dilakukan serta dosanya tersiar didengar oleh semua hamba Allah,sebagaimana sabda Rasulullah.

" Tiap penipu mempunyai tanda yang ditancapkan pada pantatnya,setinggi penipuannya,ingat tiada penipu yang lebih besar dari pemimpin rakyat"

Baginda menjelaskan,tiada khianat yang lebih besar dan lebih buruk daripada khianat seorang pemimpin yang dipercayakan memimpin urusan manusia tapi kemudian ia meninggalkan kewajipannya sehingga semua urusan jadi terlantar dan sia sia,oleh kerana itu jangan menyalahgunakan kedudukan yang diberi untuk menarik keuntungan periadi atau keluarga,kerana kenyang dari hak umum adalah satu pelanggaran.memang tidak sewajarnya bagi pekerja/pegawai/karyawan /dan sebagainya mencari penambahan kewangan tetapi perlulah ia mencari penambahan tersebut dengan jalan yang diredhai Allah dan bukannya yang dibenci oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah ;

" Barang siapa yang kami angkat menjadi karyawan untuk mengerjakan sesautu dan kami beri upah menurut semestinya,maka apa yang ia ambil lebih daripada upah yang semestinya,maka itu dinamakan Rasuah/korupsi"

Dan akhirnya untuk manusia itu terhindar maka marilah kita berdoa mudah mudahan kita terhindar dari golongan ini.

" Ya Allah,aku berlindung kepada Mu dari kelaparan kerana ia sebusuk busuk kawan tidur,dan aku berlindung kepada Mu dari khinat kerana ia sejahat jahat kawan yang dekat " (R Abu Daud )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan