" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Selasa, 16 April 2013
Marilah Mengundi
Pilihan raya semakin dekat..jum kekawan kita bincang mana satu yang kita nak pilih waktu mengundi ni...kekalkan sedia ada atau kita tukar yang baharu..maklumlah barang baru mesti lebih baik dari yang lama..hahaha begitulah suasana di kedai kopi bagi anak -anak muda .. tapi taklah semua yang buat perangai lagu ni..ada yang bijak - bijak .. biarlah bicara ni bersifat santai jer..tk maulah dok nak panggil wartawan untuk menzahirkan kita ni penyokong tegar kepada sesautu ...kekadang amik gambar jer lebih tapi...hehe sendiri mau ingatlah ....baik yang muda mau pun yang seniour perlulah menggunakan alat yang telah dikurniakan Allah kepada kita yang cukup besar nilainya iaitu akal. biarlah akal ini diisi dengan ilmu terlebih dahulu jangan lak kut nafsu... apabila kita melihat maka berfikirlah, analisislah dengan ilmu jangan taksub sangat nanti buta tak nampak yang mana satu jalan kebenaran.Sokonglah seseorang itu yang berpeggang teguh pada agamanya,jangan dok jadi lalang tu yang boleh kena main jer, jadi kambing hitam, jadi pak turut, kita tak mau lagu ni...kita generasi yang hebat kita menolak pemimpin yang tidak berakhlak,yang berpolitik sekitar tali perut dia...kita mahu pemimpin yang mengangkat rakyat, yang mengakui bahawa apa yang dilakukan adalah semata - mata untuk kebaikan rakyat,mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan menolak keburukan yang akan menimpa kepada rakyat.
kita mahu pemimpin yang boleh membawa negara kita lebih cermelang dari yang ada, kita mahu pemimpin yang dapat mengangkat martabat agama,bangsa dan negara, kita mahu pemimpin yang dapat mengangkat ekonomi berbilang bangsa khususnya orang Melayu, kita mahu pemimpin yang berjiwa kental sangup mengharungi ujian walaupun dalam kepayahan.kita menolak pemimpin yang yang bacul, kita menolak pemimpin yang korup,kita menolak pemimpin yang tiada akhlak,kita menolak pemimpin yang tidak bermoral... kita juga menolak pemimpin yang menggunakan kata - kata fitnah,kita menolak pemimpin yang melondehkan peribadi lawan kita mahu pemimpin yang berpandangan jauh, memberi makluman apa yang akan terjadi sekiranya dia menjadi seorang pemimpin.INGATLAH ..rakyat telah pun jemu dengan sendiwara, rakyat telah pun celik mindanya janganlah perbodohkan rakyat dengan berdrama.
Nasihat bagi pemimpin buktikan anda layak untuk memimpin nasihat untuk pengundi jangan mudah terperdaya dengan sendiwara...mohon pada Illahi petunjuk agar kita mengundi pada yang berhak untuk mewakili.....