Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 18 Mei 2012

18 cara menguruskan hati..

Tazkirah jumaat : 18 cara mengubati hati  Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." Bukhari dan Muslim Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan. Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : 1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya. 2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran. 3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat. 4. Khusyuk dalam solat. 5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT. 6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya. 7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul. 8. Beriktikad dengan akidah yang betul. 9. Sentiasa melakukan muhasabah diri. 10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama. 11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam. 12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan. 13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT. 14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT. 15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati. 16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. 17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka. 18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan. Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati. بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ (Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqara 2:112) 

Khamis, 17 Mei 2012

Solat berjemaah

Ketaatan kita  mengerjakan solat secara berjamaah sudah pasti akan mendapat keredhaan Allah s.w.t kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat diutamakan. Tuntutan berjamaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam An-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Tanggapan bahawa solat berjamaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT. Sebagaimana firmanNya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjamaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk (surah Al-Baqarah ayat 43) Maksud suruhan RUKUK BERSAMA ORANG YANG RUKUK dalam ayat di atas,  ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah. Selain dari itu dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjamaah itu, Nabi s.a.w  memberi ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat berjamaah dengan sengaja tanpa uzur  syarei. Sebagaimana sabda Baginda s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah r.a. : “Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu  kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak  (ke tempat solat). "Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara  berjamaah) dengan memerintah  seorang lelaki bersolat  (menjadi  imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan  keluar dengan sekumpulan lelaki  bersama seberkas  kayu  api  untuk mencari mereka yang tidak menunaikan solat  fardhu  (secara berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka.” Sesungguhnya tiada alasan kepada warga PDRM untuk meninggalkan solat berjamaah kerana tugas-tugas yang dilaksanakan sebenarnya sedikit pun tidak menghalang mereka daripada menunaikan suruhan Nabi s.a.w. Sebagai agensi peneraju utama penguatkuasa undang-undang Negara, warga PDRM seharusnya lebih taat dalam mengerjakan solat secara berjamaah kerana ianya merupakan suatu lambang kekuatan ummah dan semangat kepatuhan kepada pemimpin. Solat berjamaah mendidik diri setiap warga PDRM supaya patuh dan setia kepada pemimpin semasa  melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan Negara. Firman Allah SWT  : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang dan berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”  (surah Al-Saff ayat 4) Dalam ayat lain menjelaskan  betapa dituntutnya solat berjamaah   sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya.  Perkara ini boleh dilihat dalam FirmanNya  :  Dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.   (surah An-Nisaa' ayat  102) Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu  dalam masa  peperangan dituntut  supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai  adalah lebih dituntut dan diutamakan. Saya berdoa semoga Allah Ta’ala memberi kekuatan kepada kita semua khasnya kepada warga PDRM Kontinjen Johor agar dapat melaksanakan solat 5 waktu secara berjemaah. Tunaikanlah tanggung jawab kita kepada Allah Ta’ala dengan melaksanakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Semoga perjalanan kehidupan dan tugas-tugas yang kita laksanakan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

marah..!! Anda sedang marah..!,

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “ Berwasiatlah kepadaku, “ Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab :“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”  (Riwayat al-Bukhari) Satu lagi hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya   “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.” (Riwayat Ibn Abi Dunya) Sifat marah itu biasanya berlaku apabila orang yang kedudukannya lebih rendah melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak disukai oleh orang yang merasakan dirinya lebih berkuasa. Contohnya seorang ayah merasakan lebih berkuasa kepada anaknya dan seorang ketua pejabat merasakan lebih berkuasa kepada kakitangan bawahannya. Tidak semua sifat marah itu dilarang. Ada sifat marah yang terpuji iaitu perasaan marah apabila berlakunya pelanggaran terhadap hukum yang dilarang oleh Allah. Contohnya seorang ketua pejabat yang marahkan kakitangan bawahan yang suka ponteng kerja. Memarahkan kakitangan tanpa usul periksa dan memalukan kakitangan di hadapan kawan-kawan sekerja yang lain adalah dilarang. Perbuatan ketua pejabat yang melakukan perkara tersebut boleh dianggap sebagai perbuatan zalim dan tidak disukai oleh Islam. Perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah dicela kerana apabila rasa marah itu dikawal oleh hawa nafsu semata-mata tanpa berlandaskan penghayatan agama dan iman yang teguh. Kita sering mengaku bahawa syaitan itu musuh kita, tetapi masih ada di kalangan kita yang sentiasa mengikut telunjuk syaitan tanpa disedari apabila dia bersikap reaktif terhadap sesuatu masalah dan mudah melemparkan kemarahan.  Imam al-Ghazali berkata “Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.” 4 TIPS MEREDAKAN KEMARAHAN (1) Menarik nafas dalam-dalam  Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal. (2) Mengingatkan diri anda sendiri  Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif. (3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira  Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda. (4) Keluar daripada situasi kemarahan  Pemikiran seseorang yang sedang berada dalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda rasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Menggoncang kesombongan kafir Quraish

Menggoncang Kesombongan Kafir Quraisy Kesombongan akan berakhir dengan kehinaan, kesewenang-wenangan akan berakhir dengan kekalahan dan menyerah. Yang menyiksa, mengusir, dan memerangi berbalik menjadi yang tersiksa, terusir, dan diperangi. Yang menang berubah menjadi kalah dan sebaliknya. Itulah hari-hari berlalu digilir oleh Allah, sebagaimana ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Alquran. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memusatkan perhatian kepada Quraisy untuk menghancurkan mereka sebagai balasan atas kejahatan mereka. Perlu diketahui, pangkal kekuatan Quraisy terdapat pada perdagangan mereka dari kedua jalur. Adakalanya beliau berangkat sendiri memimpin pasukan dan adakalanya mengutus para sahabatnya untuk memerangi (sebagaimana mereka telah memerangi dan mengambil harta Muhajirin ed.) dan memanfaatkan harta mereka baik dalam perjalanan kafilah keluar dari Mekah atau sekembalinya dari perdagangan. Tujuannya agar Quraisy dan seluruh umat Islam sepanjang zaman mengetahui bahwa agama Islam dan ahlinya (pemeluknya) bukanlah orang-orang yang hina di hadapan musuh-musuhnya. Juga, supaya umat manusia menyadari bahwa kekuatan dan kemuliaan adalah milik Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam Mengutus Sa’ad bin Aabi Waqqash Diriwayatkan oleh Al-Waqidi bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintah Sa’ad, “Berangkatlah engkau, wahai Sa’ad hingga sampai ke Hirar (sebelah timur Madinah) karena rombongan dagang Quraisy akan lewat di sana.” Maka berangkatlah Sa’ad bin Abi Waqqash memimpin 20 orang sahabat. Ternyata setiba di Hirar rombongan dagang Quraisy telah berlalu sehari sebelumnya. Sa’ad berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengikat janji denganku untuk tidak melampaui Hirar. Seandainya bukan karena itu maka akan kususul mereka.” Perang Abwa atau Waddan Sebelum ini Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya mengirim utusan perang yang disebut dengan sariyah sedang beliau di Madinah. Adapun pada kesempatan ini, beliau sendiri yang berangkat memimpin pasukan perang. Pada bulan Shafar tahun ke-2 Hijriah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar untuk menghadang rombongan dagang Quraisy dan juga bermaksud memerangi Bani Dhamrah hingga beliau tiba di Abwa namun tidak terjadi pertempuran. Ini merupakan kesempatan bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berdamai dengan Bani Dhamrah dari Suku Kinanah agar tidak memerangi beliau dan tidak membantu musuh dalam memerangi beliau. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menulis perjanjian ini dan diserahkan kepada pemimpin mereka, Mahsyi bin Amr adh-Dhamri. Inilah perang pertama kali yang diikuti oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Hajar (Al-Fath, 15:142) Pasukan Ubaidah bin Harits Peperangan ini adalah kelanjutan dari Perang Abwa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerahkan bendera perang kepada Ubaidah bin Harits untuk memimpin 60 orang dari kaum Muhajirin. Ubaidah berangkat hingga menemui rombongan besar Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan atau Ikrimah bin Abi Jahal pada sebuah sumur di Hijaz (antara Madinah dengan Mekah). Mereka saling memanah. Di pihak kaum muslimin, Saad bin Abi Waqqash yang pada saat itu melontarkan panah. Dengan demikian, beliaulah yang pertama kali melontarkan panah di jalan Allah dalam Islam. Kemudian mereka bubar. Perang Buwath Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berangkat memimpin 200 orang sahabatnya untuk menghadang rombongan dagang Quraisy yang dipimpin oleh Umayyah bin Kholaf yang berkekuatan 100 orang Quraisy dan 2500 ekor unta hingga beliau sampai di Buwath, salah satu gumang Juhainah di arah Rodhwa. Lalu beliau kembali tatkala tidak menemukan kafilah Quraisy dan tidak terjadi pertempuran. Peperangan ini terjadi pada bulan Robi’ul Awal tahun ke-2 Hijriah. Perang Badar Pertama Tatkala Kurzu bin Jabir al-Fihri menyerang dan merampas hewan ternak di pinggiran kota Madinah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar mengejarnya hingga beliau tiba di lembah Safwan di wilayah Badar tetapi beliau tidak mendapatinya. Maka beliau kembali ke Madinah. Ada juga yang menyebut bahwa perang ini terjadi sebelum Perang Dzul Usyairah. Perang Dzul Usyairah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berangkat memimpin 150 atau 200 orang sahabat untuk menghadang kafilah dagang Quraisy dalam perjalanan menuju ke Syam hingga beliau tiba di Usyairah di wilayah Yanbu (sebelah timur Madinah). Ternyata kafilah telah berlalu. Dan kafilah dagang Quraisy ini juga dihadang oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala kembali dari Syam tetapi luput juga. Inilah yang menjadi sebab Perang Badar Kubra (besar). Pada perang ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdamai dengan Bani Mudlij dan sekutu mereka dari Bani Dhamrah lalu beliau kembali ke Madinah tanpa terjadi pertempuran. Perang ini terjadi pada bulan Jumadil Awal tahun ke-2 Hijriah. Perang Nakhlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Abdullah bin Jahsy pada bulan Rajab untuk memimpin delapan orang sahabat dari kaum Muhajirin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menuliskan surat untuknya dan beliau memerintahkannya agar tidak membuka surat tersebut hingga ia telah berjalan selama dua hari dengan tujuan untuk memperkuat rahasia dan agar seorang pun tidak ada yang mengetahui kemana mereka akan pergi. Tatkala Abdullah bin Jahsy membuka surat itu ternyata isinya adalah perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam agar terus berjalan hingga sampai di Nakhlah, antara Mekah dengan Tha’if dan hanya beberapa kilometer dari Mekah. Ini menunjukkan bahwa para sahabat tidak hanya menghadang kafilah dagang Quraisy di jalur Utara (menuju Syam) saja, tetapi mereka pun menghadang jalur perjalanan kafilah Quraisy ke arah Selatan (menuju Yaman). Ketika mereka di Nakhlah lewatlah kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Ibnul Hadhrami. Maka para sahabat bermusyawarah apakah menyerang kafilah tersebut ataukah tidak, karena waktu itu adalah hari terakhir dari bulan Rajab (di antara bulan yang haram untuk melakukan peperangan). Mereka khawatir akan timbul fitnah jika mereka menyerang. Di sisi lain, para sahabat memandang bahwa apabila tidak menyerang pada malam itu, maka kafilah akan masuk di wilayah haram untuk berlindung dari serangan. Dengan alasan ini para sahabat sepakat untuk menyerang mereka dan merampas harta mereka. Waqid bin Abdullah at-Tamimi memanah Amr bin Hadhrami (ketua rombongan Quraisy) hingga terbunuh. Kaum muslimin berhasil menawan dua pemimpin mereka lalu dibawa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari perbuatan mereka, beliau tidak memerintahkan mereka untuk berperang pada bulan haram dan beliau tidak mau menerima dua tawanan dan rampasan mereka sehingga para anggota pasukan muslim itu mengira bahwa diri mereka telah binasa karena kesalahan itu. Dan dengan kejadian ini maka Quraisy menyebarkan isu bahwa Muhammad dan sahabatnya menghalalkan perang pada bulan haram dengan membnuh, merampas harta, dan menawan. Maka Allah menurunkan ayat, “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan-bulan haram maka katakanlah bahwa berperang pada bulan-bulan tersebut adalah dosa besar. Akan tetapi, menghalangi manusia di jalan Allah, kekafiran, dan menghalangi manusia dari Masjidil Haram serta mengusir penghuninya adalah lebih besar dosanya di sisi Allah, dan fitnah (kufur dan syirik) itu lebih besar dosanya daripada membunuh pada bulan haram…” (QS. Al-Baqarah: 217-218) Dengan ayat ini Allah memberi jalan keluar bagi kaum muslimin dari kesempitan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menerima tawaran itu. Ketika Quraisy bermaksud untuk menebus dua tawanan ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi syarat kepada mereka agar penebusan dilakukan sepulangnya Sa’ad bin Abi Waqqash dan Utbah bin Ghazawan. Beliau mengkhawatirkan keselamatan mereka berdua, jangan-jangan telah dibunuh oleh Quraisy. Kedua sahabat ini meninggalkan rombongan pada saat itu karena mencari unta mereka yang hilang. Pelajaran dari Kisah Dua ayat di atas menerangkan bahwa kejahatan kaum Quraisy yaitu: kufur, menghalangi manusia dari jalan Allah dan dari Masjidil Haram, mengusir Rasulullah dan para sahabatnya dari Mekah, menindas, menyiksa, dan memfitnah mereka agar murtad dan Islam kepada kekafiran jauh lebih besar dosanya di sisi Allah ketimbang apa yang dilakukan oleh para sahabat yaitu berperang di bulan Haram. Jika demikian besar kejahatan Quraisy terhadap kaum muslimin maka tiadk ada celaan bagi sahabat yang memerangi mereka di bulan haram. Pelajaran yang lain bahwa orang-orang kafir dan orang-orang sesat menggunakan dan menjunjung tinggi sebuah dalil atau sebuah undang-undang apabila dalil itu menguntungkan dan memberi maslahat bagi mereka. Adapun jika dalil merugikan mereka, maka mereka tolak dengan mengingkarinya atau menakwilnya (memalingkan maknanya) dan yang sebenarnya. Ayat ini juga menjelaskan bahwa tiadk ada kompromi dengan orang-orang musyrik para pelaku kejahatan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan siasat surat rahasia –bukan yang dikenal dengan surat kaleng- menunjukkan bahwa harus melakukan taktik dan sebab-sebab yang mendatangkan kemenangan dan menunjukkan bahwa Islam telah jauh lebih dahulu dari perang orang-orang yang baru mengenal uslub surat rahasia ini pada perang dunia ke-2. Pasukan Nakhlah bisa disebut sebagai pasukan berani mati karena mereka menghadang kafilah dagang Quraisy di tempat yang sangat dekat dengan daerah pemukiman mereka yaitu Mekah. (Siroh Dr. Mahdi: 1:403-404) Syubhat dan Bantahannya Ada syubhat (kekeliruan paham) yang muncul berkaitan dengan tindakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat menghadang, memerangi, dan merampas kafilah dagang Quraisy. Ada yang menyangka bahwa perbuatan ini adalah mirip dengan perbuatan jahat para perampok dan para pembajak yang merusak, menakut-nakuti, mengganggu keamanan, merampok, dan membunuh. Jawabannya: Tuduhan itu bisa dibenarkan jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya melakukan tindakan ini kepada semua orang. Adapun karena dilakukan kepada Quraisy, tidak dianggap sebagai kejahatan karena Quraisy sedang dalam keadaan perang melawan kaum muslimin. Di antara siasat perang yang berlaku hingga zaman sekarang untuk melumpuhkan kekuatan musuh adalah dengan memerangi kekuatan perekonomiannya dan para tokohnya. Sedangkan rombongan dagang Quraisy ke Syam dan Yaman adalah yang terbesar dan terbanyak dan dipimpin oleh tokoh-tokoh pembesar pilihan Quraisy yang ahli perang dan ahli menunggang kuda. Oleh karena itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus sahabat-sahabatnya yang terbaik dalam perang-perang tersebut. Terlebih lagi kalau mengingat kejahatan Quraisy terhadap kaum muslimin di Mekah dan merampas harta mereka ketika hijrah ke Madinah, tentu tindakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut makin bisa dimaklumi. Kewajiban Puasa Imam ath-Thabari berkata, “Pada tahun kedua Hijriah puasa Ramadhan diwajibkan. Ada yang mengatakan bahwa ia diwajibkan pada bulan Sya’ban pada tahun itu.” Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika tiba di Madinah mendapati orang-orang Yahudi berpuasa asyura. Maka beliau berpuasa asyura dan memerintahkan kepada orang-orang untuk berpuasa. Tatkala turun perintah puasa Ramadhan, beliau memberi pilihan kepada orang-orang untuk berpuasa atau tidak. (HR. Bukhari: 4503 dan Muslim: 1125) Sumber: Majalah Al-Furqon Edisi 10 Tahun ke-8 1430 H/2009 Artikel www.KisahMuslim.com

Rabu, 16 Mei 2012

Zikir pagi

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الـمُلْكُ لِلَّهِ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ اْلـمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ. وَأَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ “Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan milik Allah selalu abadi, segala puji bagi Allah. Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, semata-mata Dia, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan hanya milik-Nya, segala puji hanya milik-Nya, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Wahai Rabb-ku, aku mohon kepada-Mu kebaikan yang ada di hari ini dan kebaikan yang ada pada sesudahnya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang ada pada hari ini dan kejahatan yang ada pada sesudahnya. Wahai Rabb-ku, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan kondisi yang buruk di hari tua. Wahai Rabb-ku, Aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksa di kubur.”

Keindahan Dunia Laut

KEINDAHAN DUNIA LAUT ( oleh Dr harun ) Kita boleh menjumpai pelbagai jenis hidupan yang berbeza di muka bumi. Berjuta-juta haiwan, tumbuhan dan serangga hidup dalam harmoni di planet ini. Hidupan yang pelbagai ini hanya boleh wujud sekiranya keseimbangan yang baik dan kompleks wujud di antara hidupan-hidupan. Jarak di antara bumi dan matahari, kecondongan paksi orbit bumi, kelajuan bumi berputar, komponen-komponen yang terdapat di dalam atmosferanya, dan keluasan air (laut) yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi, adalah antara beberapa aspek yang amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hidupan di bumi ini. Lautan, yang merangkumi majoriti keluasan permukaan bumi adalah anugerah yang amat bernilai untuk keseimbangan hidup di bumi. Banyak kejadian alam di atmosfera, seperti pembentukan hujan, angin dan seterusnya cuaca, hanya boleh berlaku dengan wujudnya lautan. Tambahan pula, lautan memainkan peranan penting sebagai tempat tinggal kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini yang tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, adalah sangat menakjubkan seperti hebatnya penciptaan hidupan di darat. Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia. Dari ikan sehingga ke tumbuhan lautan, dari hidupan bercengkerang sehingga ke ikan paus yang besar, dari ikan dolphin sehingga ke plankton, semuanya terlibat dalam mewujudkan kesimbangan ekosistem  bumi yang tiada cacat-celanya. Di dalam filem ini, hanya beberapa contoh hidupan laut yang menakjubkan akan dipertontonkan. Walaupun hanya sedikit sahaja yang akan dipertontonkan, seperti bagaimana hidupan-hidupan ini mendapatkan oksigen dan makanan, struktur fizikal dan tempat tinggal hidupan, akan mendedahkan kepada anda bahawa hidupan ini telah dicipta sebaiknya mengikut keperluan hidup masing-masing. Ini kerana Pencipta mereka Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang diperlukan untuk setiap hidupan. Pencipta hidupan-hidupan ini ialah Tuhan yang Maha Hebat, Maha Mengindahkan dan Maha Mengetahui dengan amat teliti tentang setiap perkara yang wujud di permukaan bumi dan di dasar lautan.   Taktik-taktik Pertahanan Persekitaran yang didiami oleh haiwan laut menyediakan pelbagai sumber makanan kepada mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga di dalam keadaan bahaya kerana diburu untuk menjadi makanan bagi haiwan lain.  Oleh sebab itu, sistem pertahanan adalah sangat penting.  Sistem pertahanan dan teknik pemburuan haiwan-haiwan ini adalah sangat menakjubkan. Walaupun mereka tidak memiliki kebijaksanaan, mereka mempamerkan corak perlakuan  terancang terhadap persekitaran. Sebahagian melakukan pertahanan diri daripada musuh mereka dengan cara menyamar hidupan lain dan sebahagian menghasilkan racun.Terdapat juga yang menyembunyikan diri dengan menukar warna kulit badan supaya menyamai warna dan bentuk persekitaran. Ini dinamakan sebagai teknik penyamaran. Penyamaran merupakan antara teknik yang menakjubkan yang dipunyai oleh hidupan laut untuk melindungi diri. . Disebabkan teknik ini, ikan-ikan tidak dapat dilihat oleh musuh-musuh mereka. Badan mereka menyamai warna dan bentuk persekitaran mengikut kesesuaian dan kadar tertentu. Kadang-kala, adalah sangat sukar untuk membezakan dengan sekali imbas, samada ini ialah tumbuhan atau haiwan. Salah satu hidupan laut yang menggunakan teknik ini ialah ikan ‘kala jengking’ (ikan scorpion). Adalah  sukar untuk membezakan ikan scorpion yang tersembunyi dan tidak bergerak, dengan batu-batu karang di sekitarnya.  Terima kasih pada kebolehan penyamaran ini, ikan ini terselamat daripada menjadi mangsa kepada ikan besar ini. Kebolehan ini juga membolehkan mereka memburu dengan mudah, tanpa disedari haiwan lain. Ikan scorpion ini adalah antara contoh terbaik yang menggunakan ‘kuku’ sebagai ‘cangkuk’ semasa berenang. . Ia berenang di sepanjang dasar lautan, bersedia setiap masa untuk melindungi diri daripada bahaya yang boleh muncul tiba-tiba. Dengan sekelip mata, ikan scorpion ini menenggelamkan diri di dalam pasir untuk tujuan penyamaran. Dalam masa beberapa saat, ia hilang dari pandangan. Amat mustahil untuk mengenalpasti ikan scorpion ini yang kaku tidak bergerak ini di dasar laut. Hidupan laut lain yang menyembunyikan diri dengan cara penyamaran ialah ketam. Apabila bahaya datang, ketam ini menyembunyikan diri dengan menyorok di dalam pasir dan akan berada di situ sehingga bahaya hilang. Pada masa yang sama, matanya yang dicipta khas untuk memerhatikan dari dalam pasir,  tidak lupa untuk memerhatikan keadaan alam sekitar. Hidupan lain yang boleh melakukan penyamaran ialah ikan flounder. Apabila ikan ini berenang di permukaan air, satu perkara menarik berlaku.  Ikan ini menukar warna kulit badannya mengikut warna dasar laut di mana ia berenang.  . Ia boleh berubah dari warna putih kekelabuan di kawasan batu-batuan atau pasir, kepada warna bercorak hijau di kawasan yang padat dengan rumpai laut. Ikan ini tinggal di kawasan pasir dan secara pantas boleh berubah corak mengikut persekitaran. Hidupan bawah laut yang kita bincang setakat ini telah dicipta sebaik mungkin untuk melakukan penyamaran warna badan termasuk warna mata mereka. Mata mereka sentiasa berada di atas permukaan pasir ketika seluruh badan mereka terbenam di dalam pasir, membolehkan mereka memerhatikan persekitaran dengan selamat, seperti sebuah teropong periskop kapal selam. Sotong katak dikenali sebagai penyamar yang mahir. Haiwan ini mempunyai kebolehan untuk menukar corak dan warna pada badan mereka dalam masa yang singkat. Perubahan warna pada hidupan-hidupan ini membuktikan penciptaan mekanisma pertahanan yang hebat. Adalah sangat jelas seekor ikan tidak  memiliki kebijaksanaan untuk menukar warna kulit dengan sekelip mata.Sekiranya kita menganggap ianya ada kebolehan tersebut, bagaimana ia tahu mekanisma fisiologi mana yang berlaku yang membawa kepada perubahan itu?Dengan cara apa mekanisma ini dicipta di dalam badan, dan bagaimana mereka melakukannya? Seekor ikan yang tidak memiliki kuasa untuk berfikir, menilai, dan merancang tidak mampu memperolehi kebolehan kualiti penyamaran ini dengan sendiri. Ini jelas menunjukkan, sistem yang kompleks yang melibatkan perubahan warna ini tidak berlaku secara kebetulan. Pencipta kepada keajaiban alam ini ialah Tuhan Yang Maha Esa, yang Maha Menciptakan kesemua hidupan daripada tiada dan mengurniakan mereka dengan mekanisma pertahanan dalaman untuk terus hidup. Perubahan Rupa Bentuk Sebahagian hidupan laut menggunakan cara berbeza daripada teknik penyamaran untuk melindungi diri.  Sebagai contoh, haiwan ini memiliki kebolehan penyembunyian yang sangat praktikal. Ia bersembunyi di bawah batu karang apabila berenang di dasar laut. Ikan buntal yang masih muda ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya. Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang sempurna apabila berhadapan dengan serangan. Apabila pemangsa menyerang, badannya akan mengembang. Apabila tidak dapat membaham ikan buntal ini kerana saiznya terlalu besar, pemangsa akan meninggalkan ikan buntal tersebut.. Ikan landak ini, mempunyai sistem pertahanan yang hampir sama dengan sistem pertahanan ikan buntal. . Ikan ini lebih besar daripada ikan buntal dan memiliki tulang belakang yang lurus di kulitnya. Apabila ia terhidu bahaya yang akan datang, ia akan membesar dan mengembang dengan serta merta sehingga beberapa kali saiz normalnya.. Tulang belakangnya seakan ‘menegak’ apabila ianya mula membesar dan ia kelihatan seperti bola yang berduri. Ini menjadikan ikan-ikan lain yang pada mulanya mengidam untuk memakan ikan landak tersebut, akhirnya pergi meninggalkannya. Apabila kita berfikir mengenai hal ini, kita dapat melihat bahawa ikan-ikan ini memiliki teknik pertahanan yang hebat dan tersusun. Ikan buntal ataupun ikan landak memiliki sistem badan yang dicipta khusus untuk menghalau musuh mereka dan juga sistem refleks untuk digunakannya apabila perlu.Adalah  mustahil untuk haiwan-haiwan yang tidak memiliki kebijaksanaan ini, untuk mencipta sendiri sistem ini di dalam badan mereka. Ini jelas menunjukkan hidupan-hidupan ini telah sedia dicipta bersama dengan sistem-sistem ini. Tuhan, Yang Menguasai Sekalian Alam, menganugerahkan hidupan-hidupan ini suatu mekanisma pertahanan biologi yang mengkagumkan, sepertimana Dia Mencipta segala hidupan di dunia ini dengan mekanisma yang sesuai mengikut persekitaran mereka. Udang mentadak Hidupan yang anda saksikan setakat ini hanyalah beberapa contoh kecil daripada pelbagai jenis spesis laut yang tidak terhingga banyaknya. Terdapat beribu jenis hidupan laut lain yang dianugerahkan dengan sistem pertahanan diri yang unik dan effektif. Sebagai contoh, udang mentadak ini. Udang mentadak yang kelihatan menarik ini, berlindung di bawah pepasir. Apabila udang ini ingin mencari makanan, ia menggunakan penyepitnya yang kelihatan seperti penukul, untuk mengeluarkan seekor kupang. Kemudian, ia menyiat daging kupang itu menjadi ketulan kecil dengan ‘memukul’ beberapa kali. Pada masa yang sama, ia sentiasa berwaspada dengan kehadiran sotong kurita yang menghampirinya.  . Ia mendompak di hadapan sotong tersebut, sebagai satu amaran untuk tidak membuat kacau. Sekiranya sotong kurita itu tidak beredar, udang tersebut akan menyerang tepat ke matanya. Serangan akan dilakukan secara berterusan sehingga sotong tersebut meninggalkan tempat itu. Udang itu bertindak seolah-olah ia faham yang mata adalah bahagian anatomi yang ditakuti oleh musuh sekiranya diserang. Udang itu mengekori sotong kurita sehingga ia pasti sotong itu benar-benar beredar sebelum pulang ke tempat tinggalnya. MATA PALSU Sistem pertahanan lain yang kita boleh lihat ialah kewujudan mata palsu.. Sesetengah ikan mempunyai kulit yang bercorak tompok ‘mata besar’ di belakang ekornya.Tompok-tompok ini menjadikan mereka seolah-olah mempunyai saiz berbadan besar. Selain itu, ia juga mengalih perhatian musuhnya tertumpu kepada ekornya, daripada menyerang pada bahagian badan yang lebih bahaya iaitu kepala, dan ini memberi peluang kepadanya untuk melepaskan diri.  Mata sebenarnya juga kurang menyerlah dengan adanya corak hitam berjalur lebar.Semestinya, corak ini tidak terhasil dengan sendirinya, tetapi telah dicipta khusus sebagai alat perlindungan . Adalah mustahil untuk membezakan kepala dan ekor ikan ini. Mata palsunya yang terletak di belakang badannya adalah alat pertahanan yang sempurna… Namun, apa yang lebih menakjubkan, hidupan ini bukanlah tumbuhan, tapi seekor kuda laut!  Ikan badut ini tinggal di persekitaran di mana ikan-ikan lain berasa mustahil untuk memburunya. Tumbuhan laut yang didiami oleh ikan ini mempunyai racun yang sangat berbahaya yang dapat melumpuhkan segala jenis hidupan yang menyentuhnya.   . Namun, ikan badut  imun sepenuhnya terhadap racun ini. Ini kerana terdapat selaput pelindung yang tidak kelihatan di  badan ikan ini yang menghentikan tindakan berbahaya kapsul berbahaya daripada tumbuhan tersebut. Apabila ia menghampiri tumbuhan ini, ia merendahkan bahagian perutnya dan mula memecahkan kapsul-kapsul ini.Terima kasih kepada selaput lutsinar ini yang  meyelamatkannya, dan selepas beberapa kali menyentuh tumbuhan ini, imuniti ikan tersebut semakin meningkat. Ia sekarang boleh tinggal bersama-sama tumbuhan ini dengan selamat. Untuk menyatakan bahawa penyamaran, perubahan bentuk badan, dan beberapa lagi cara sistem pertahanan wujud dari masa ke semasa atau berlaku secara kebetulan adalah dilihat sebagai jawapan yang tidak logik. Hidupan-hidupan ini, yang tidak memiliki kebijaksanaan dan pemikiran logik, masih terus hidup kerana sistem biologi yang dicipta secara unik untuk mereka. Hanya Allah Yang Menganugerahkan mereka dengan aset kehidupan yang penting dan khusus, sesuai dengan tempat tinggal mereka. Dia berfirman mengenai kebenaran ini di dalam sepotong ayat Al-Quran:  … Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba’: 21) SIMBIOSIS Sebahagian hidupan laut perlu kerap membersihkan badan mereka daripada kulat ataupun parasit yang hidup di atas badan mereka. Namun, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan tugas ini. Untuk tujuan ini, mereka mendapat bantuan hidupan lain. Sesetengah spesis, secara normalnya, ia mungkin menjadi mangsa, boleh berenang bebas sesuka hati di sekitar haiwan yang lebih besar untuk membersihkan parasit dan kulat dengan cara memakan hidupan-hidupan kecil itu. Kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perlakuan ini. Satu pihak mendapat makanan, dan satu pihak lagi mendapat ‘servis’ pembersihan. Walau sebesar mana haiwan pun, seperti ikan jerung atau ikan paus, mereka perlu dibersihkan dengan cara ini. Mereka membenarkan hidupan kecil untuk melakukan tugas ini, berenang bebas di sekeliling dan di dalam mulut mereka sendiri, tanpa mencederakan hidupan kecil ini. Hidupan-hidupan kecil ini melakukan tugas ini dengan tiada rasa takut kerana tahu tiada apa yang akan mencederakan mereka. Ikan Axe dan Ikan Barber Ikan barber yang kecil ini membersihkan parasit merbahaya dari kulit ikan axe yang bertompok ini. Apabila ikan-ikan barber ini sedang melakukan pembersihan, ikan axe berwaspada untuk tidak melakukan pergerakan yang menakutkan mereka. Ini membenarkan ikan-ikan barber ini menyelesaikan tugas mereka, seperti ada perjanjian diantara kedua-dua ikan. Dengan cara ini, ikan axe dapat membersihkan diri, di mana agak mustahil untuk mendapatkan cara pembersihan lain. Penyu dan ikan batu karang Kebanyakan ikan batu karang tinggal di bawah batu-batuan dan hidup dengan memakan rumpai laut. Rumpai laut bukan sahaja sumber makanan bagi ikan ini.  Ikan batu karang yang kita lihat ini sedang memakan kulat yang terlekat di cangkerang penyu. Penyu, yang berenang bersama ikan-ikan tersebut, menunggu supaya ikan ikan ini ‘tunggang’ di atasnya.Maka, ikan batu karang ini dapat melakukan pembersihan yang tidak dapat penyu dilakukan sendiri oleh penyu. Udang Udang yang kecil dan lutsinar ini dapat membersihkan pelbagai jenis ikan. Ikan ini membenarkan udang tersebut berenang di sekitar mulutnya. Ia membuka mulutnya untuk memudahkan kerja si udang, dan terus membuka.. Udang ini dapat bergerak di sekitar insang ikan yang sensitif dan dapat membersihkan organism di situ juga, dengan memakannya. NALURI Hidupan laut yang kita bincangkan tidak menyedari akan kewujudan parasit di atas badan mereka. Sekalipun mereka menyedari, mereka tidak memiliki pengetahuan bahawa parasit atau kulat  mampu membahayakan diri mereka. Sekiranya kita merasakan mereka mengetahui pun, bagaimana mereka tahu cara untuk membuangnya? Namun hidupan ini seperti sudah tahu ke mana untuk pergi bagi mendapatkan ‘servis’ ini, dan seakan tahu ikan mana yang boleh melakukannya. Untuk tujuan ini, mereka mencari dan berjumpa, seperti sudah ada perjanjian, dengan hidupan lain di tempat tertentu.Ketika ini, walau bahaya mana sekalipun mereka terhadap ikan lain, mereka tidak sekali-kali akan mengancam hidupan yang lebih kecil. Lebih menarik lagi, mereka menukar warna kulit mereka dan menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian hidupan-hidupan ini mendekati mereka. Tiada satu pun perlakuan ini dapat disedari dan difahami oleh seekor haiwan. Dan tidak mungkin mereka dapat memahami perkara ini sesama mereka. Hidupan-hidupan ini, bertindak sebagaimana yang diaturkan oleh Tuhan, Yang Maha Memiliki Pengetahuan di atas segala sesuatu, sejak hari pertama mereka hidup di Bumi ini. Seperti yang diberitahu di dalam sepotong ayat Al-Quran: Segala di langit dan bumi adalah kepunyaanNya. Semua tunduk pada perintahNya. Perihal kehidupan bawah laut yang sempurna, yang tidak diketahui ramai orang, adalah sumber  pengetahuan yang amat berguna untuk sesiapa yang mahu berfikir dan memiliki kesedaran.  Tuhan membuktikan KehebatanNya, kekayaan pengetahuaNya melalui penciptaan hidupan-hidupan ini. Tanggapan Salah mengenai Evolusi Teori evolusi yang diperkenalkan pada kurun ke-19 oleh Charles Darwin, menafikan penciptaan Tuhan. Teori ini mengatakan bahawa semua hidupan di dunia ini berevolusi dan berkembang secara kebetulan, dari satu spesis ke satu spesis yang lain.Sekiranya kita meneliti sifat-sifat yang dimiliki oleh kesemua hidupan, ia menjelaskan bahawa teori evolusi Darwin itu hanya delusi (kepercayaan palsu) semata. Terdapat dua sebab menjelaskan hal ini: 1- Sistem-sistem dan organ-organ di dalam semua hidupan adalah teramat kompleks. . Adalah sangat mustahil untuk perkara-perkara ini untuk terjadi dengan tiba-tiba seperti yang didakwa teori evolusi. Organ-organ dan sistem-sistem ini menunjukkan bahawa kehidupan ini telah dicipta dengan amat sempurna. Hidupan-hidupan yang pelbagai yang anda saksikan dalam  filem ini membuktikan kesempurnaan ini.Ketam dan ikan flounder  yang mempunyai struktur mata khas untuk membolehkan mereka melihat di sekeliling sekalipun mereka berada di dalam pasir… Sotong kurita yang memiliki sel-sel yang khusus untuk membolehkan mereka menyamar sekelip mata mengikut persekitaran…Ikan yang boleh menakutkan musuh-musuh mereka dengan corak mata palsu di bahagian ekor mereka… dan hidupan-hidupan lain, semuanya adalah bukti-bukti kepada penciptaan yang hebat ini. Adalah mustahil untuk mendakwa bahawa kesemua kejadian adalah berlaku secara kebetulan. 2- Sebab yang kedua ialah, apabila bukti fosil dikaji, ia menjelaskan bahawa pelbagai spesis hidupan yang dijumpai di dunia ini, wujud dalam bentuk yang sama pada hari ini,, membuktikan tiada pertalian evolusi di antara mereka. Teori evolusi mendakwa bahawa sepatutnya, terdapat ‘spesis pertengahan’ di antara spesis-spesis. Namun, tiada bukti yang membenarkan teori itu. Ini juga boleh diaplikasikan kepada hidupan bawah laut. Bukti fosil menunjukkan bahawa spesis ikan laut yang terawal wujud dengan struktur  yang sempurna, dengan penciptaan badan yang khusus untuk mereka. Ikan-ikan ini tidak menunjukkan sebarang persamaan dengan hidupan invertebrate laut yang wujud sebelum mereka. Gerald Todd, seorang pakar palaeontologi mengetengahkan persoalan yang tidak dapat dijawab ini, di dalam artikelnya bertajuk “ Evolusi mengenai Paru-paru dan Asal-Usul Ikan-ikan Bertulang”. Ketiga-tiga bahagian ikan-ikan bertulang ini dijumpai pada waktu yang hampir sama, mengikut rekod fosil. . Mereka sudah sedia berbeza secara morfologi, dan mereka dilengkapi dengan sistem pertahanan. ? Dari mana mereka berasal?Apa yang menyebabkan mereka begitu berbeza sekali? Bagaimana mereka semua dilengkapi dengan perisai pertahanat?Dan bagaimana tiada penemuan bentuk hidupan awal dan ‘pertengahan’? Hidupan laut tidak mempunyai keturunan sebelum mereka, kerana mereka tidak berevolusi daripada hidupan lain. Mereka diciptakan seperti yang wujud pada hari ini. Sekumpulan hidupan laut lain yang membingungkan para pakar evolusi ialah spesis ikan elektrik. Hidupan ini boleh menjana kuasa elektrik dan penting sebagai pertahanan, serangan atau alat komunikasi, adalah ciptaan yang mengkagumkan. Sebahagian ikan-ikan elektrik boleh menjana sehingga 500 volt kuasa elektrik. Tambahan pula, wujudnya pelbagai jenis kumpulan ikan elektrik yang mempunyai struktur biologi masing-masing yang sangat unik. Pakar-pakar evolusi tidak dapat membayangkan wujudnya pertalian evolusi di antara  ikan-ikan ini. Subjek mengenai ikan elektrik ini membuatkan Charles Darwin, pengasas teori evolusi ini, berfikir panjang mengenainya dan memaksanya untuk menyatakan kebenaran.Dalam satu bahagian di dalam bukunya, “Asal-Usul Spesis” iaitu ‘Kelemahan Teori’, Darwin menyatakan seperti berikut: . Ikan-ikan elektrik adalah satu lagi kes berbeza; adalah mustahil untuk menyatakan bagaimana organ-organ yang menakjubkan ini boleh wujud. …Apa yang lebih membingungkan, organ ikan elektirik ini hanya terdapat dalam beberapa jenis ikan sahaja, di mana mereka tinggal berasingan daripada kumpulan sejenis mereka. [Charles Darwin, Asal-Usul Spesis, edisi 6, muka surat 221] Sebenarnya, kebingungan mengenai teori ini tiada penghujungnya.Kerana setiap hidupan di bawah laut memiliki mekanisma biologi yang menjelaskan kebijaksanaan penciptaanNya. Satu contoh lagi seperti ini ialah sejenis ikan batu (rockfish) yang mempunyai teknik pemburuan yang menarik. Ia menarik perhatian mangsanya dengan melambai satu organ yang khusus di kepalanya, yang berfungsi seperti joran ikan. Ikan archer (ikan pemanah) ini seperti pakar geometri kerana ia dapat mengagak secara tepat kedudukan seekor serangga yang dilihatnya, walaupun cahaya dari luar  terbias apabila memasuki air.  Ia menangkap mangsanya menggunakan air yang disembur dari mulutnya. Sejenis spesis ikan yang tinggal di Amazon menangkap mangsanya dengan melompat lebih daripada satu meter dari permukaan air, dengan lompatan yang tepat pada sudut dan jaraknya. Kesemua hidupan ini mendedahkan kepada kita mengenai satu kebenaran yang amat penting. Setiap dari mereka adalah bukti hidup daripada Maha Pencipta. Setiap satunya adalah ciptaan seni, dengan organ-organ yang kompleks, menggagumkan, dan warna-warna serta bentuk-bentuk yang amat unik. Tiada lagi keraguan yang menunjukkan kehebatan Pencipta pada setiap ciptaan-ciptaan ini. Dan keajaiban ciptaan hidupan bawah laut ini menjelaskan kepada kita mengenai kehebatan Tuhan, Tuhan segala lautan, bumi, ruang angkasa dan seluruh alam.

Isnin, 14 Mei 2012

Hargailah apa yang kita ade

Assallammualaikum dan salam sejahtera... Kita sentiasa bermohon kepada Allah yang menjadikan alam ini agar kita sentiasa dibawah jagaannya,dilimpahi rahmat dan nikmat walau dimana jua kita berada, berdoa ketika kita lapang atau dalam keadaan kita sempit, ketika ibu nak melahirkan anak sang suami berdoa kepada Allah mudah mudahan isteriku dan anak ku selamat, ketika opration juga kita berdoa mudah mudahan diselamatkan..ketika berjaya juga kita berdoa terimakasih Allah diatas kurniaan, pendek kata kita mengakui bahawa manusia itu lemah dan memerlukan bantuan dari Rab tuhan sekelian alam, Sudara sudaraku, Acapkali gelonjak nafsu manusia menginginkan sesuatu yang lebih besar dari kemampuan, kita bercadang untuk merubah apa yang dihadapan kita, terkadang kita lupa untuk merubah diri kita terlebih dahulu...semuanya yang ada kita mengatakan tidak baik, sedangkan kita lupa kitalah yang menjadikan semua ini tidak baik.. Dimana diri kita sewaktu ada mesyuarat baik dikampung,belia,atau sebagainya...sejauhmana kita memberikan pandangan kita terhadap perubahan,terhadap kebajikan, terhadap apa pun yang difikirkan untuk manfaat masyarakat sekalian.. Kita duduk diam menyepi, meminggirkan diri dan akhirnya bercakap seorang diri.... Sudara sudaraku, Sayangilah apa yang kita ada, negara yang aman adalah impian kita, dan impian semua generasi kecil,muda dan tua..janganlah disebabkan berbeza pendapat kita saling berbunuhan, kita saling benci membenci,kita saling memutuskan antara hubungan manusiawi yang akhirnya memusnahkan apa yang kita ada. Bentuklah hubungan ini kerana manusiawi, jagalah negara ini dengan aman, bertindaklah dengan kewarasan fikiran, apa yang kita ada pada hari ini bukanlah dibina dengan sekelip mata, tetapi berpuluh tahun masanya..jangan kita memusnahkannya dalam sekelip mata,bak kata pepatah sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Bagi genarasi muda yang hebat hebat belaka, apa yang ada hari ini adalah usaha dari keringat atok nenek kita.. Jangan mudah mengata,jangan mudah bertindak tapi bermuhasabahlah terlebih dahulu.. Lihat tindakan kita apakah merugikan kita dan masyarakat juga negara, atau tindakan itu memberi manfaat yang baik untuk negara.janganlah kita terperdaya.. Harapan marilah kita bersatu hati,bersatu perbuatan bersatu fikiran dan tindakan untuk menjauhkan diri daripada perbuataan yang boleh mencemarkan agama dan negara.marilah kita bersama sama menjadi wagra yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan tanah air demi generasi yang akan datang... Biarlah kita tunjukkan bahawa bermusyawarah adalah lebih baik daripada mengangkat pedang dan mengorbankan manusia....sama samalah kita fikirkan..

Ali bin Asad: Seperti Asad (Seekor Singa)

Diriwayatkan oleh Musa bin Abu Ishaq al-Anshari bahwa Ali bin Asad ikut serta dalam sebuah peperangan, ia sempat membuat tragedi besar. Suatu malam ia melintas di Kufah. Tiba-tiba di keheningan malam itu ia dapati seseorang membaca Surat Az-Zumar: 53, “Katakanlah hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” Ali kemudian berkata,” Ulangi bacaanmu!” Seketika itu dia mengulanginya. Ali berkata lagi,, “Ulangi bacaanmu,” ia pun mengulangi bacaannya. Pada kali ketiga Ali berkata, “Ulangi,” ia pun mengulangi bacaan tersebut. Lalu Ali pergi mandi, mencuci pakaian kemudian beribadah sehingga matanya kabur/bengkak saking banyaknya menangis. Sedang lututnya seperti lutut seekor unta (kapalan). Tidak lama kemudian ia mengarungi lautan dan ikut serta dalam peperangan melawan Romawi. Tiba-tiba perahunya berpapasan dengan perahu musuh. Ketika itu Ali berkata, “Setelah hari ini aku tidak akan berjuang mencari Surga.” Ali segera meloncat ke dalam perahu yang ditumpangi musuh sambil meyerang mereka. Mereka pun segera menyambutnya dan mengeroyoknya bersama-sama hingga perahu mereka miring ke salah satu sisi. Setelah itu perahunya oleng dan Ali tenggelam dalam pakaian besinya.” Sumber: 99 Kisah Orang Shalih, Muhammad bin Hamid Abdul Wahab, Darul Haq, Cetakan: 5 Shafar 1430/2009.

Sabtu, 5 Mei 2012

Dimana kita letakan akal kite..

Akal adalah anugerah Tuhan kepada manusia yang membezakan kita dengan makhluk lain seperti binatang,tumbuhan dan sebagainya, satu alat yang dapat digunakan untuk membezakan diantara yang baik dan tidak baik, digunakan untuk membuat perkara perkara yang baik bag mengimarah bumi seperti yang diperintahkan oleh yang maha kuasa.walaupun demikian akal ini bersifat terbatas wajib berpandukan kepada alquran dan sunah agar tidak sesat didalam kehidupan diatas muka bumi ini. Penulis rasa terkilan dan rakyat juga sudah pasti mempunyai perasaan yang sama dengan penulis terhadap apa yang berlaku dinegara ini. Kekacauan, kekeliruan, kemusnahan yang berlaku tanpa berpandukan akal yang waras,akhirnya harta awam,individu rosak dan terjejas akibat perbuatan manusia,akibat tangan tangan manusia yang bertindak tanpa menggunakan akal yang waras yang berpandukan kepada Al quran dan sunnah.Apakah ini yang dididik oleh agama.?apakah ini yang diajar oleh ibu bapa? Apakah ini yang dididik oleh guru guru disekolah apakah ini yang diajar oleh pensyarah pensyarah? Tidak...jawabannya adalah tidak...!!! Ini adalah semata mata didikan syaitan yang suka mengadu domba manusia agar keluar daribatasan agama. Apakah yang kita mahukan? Kebebasan secara mutlak? Cuba kita bebaskan diri kita dari kematian? Apakah anda mampu untuk melakukan? Ye..penulis percaya anda tidak mampu untuk membebaskan dari kematian itu...kerana sudah ada ketentuan bagi manusia bila dia akan mati, cuma cepat atau lambat sahaja.apa yang penulis ingin nyatakan disini adalah kita mempunyai peraturan, maka patuhilah peraturan tersebut janganlah kita menjadi musuh dalam selimut,janganlah kita memusnahkan apa yang kita ada, tetapi peliharalah perbaikilah dengan cara yang baik,yang tidak memusnahkan dan mengorbankan kehidupan manusia. Penulis menyeru kepada pembaca, pilihlah yang anda pikirkan boleh menguruskan pentadbiran dengan baik,pilihlah dengan akal yang waras,pililah dengan ilmu dan bukannnya dengan nafsu.dan berdoalah mudah mudahan apa yang kita pilih akan diperkenankan oleh yang maha kuasa.mohonlah kepadaNya tuhan yang sentiasa mendengar dan mengkabulkan terhadap permintaan hamba hambanya..jangan jadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sampah yang tidak mau dihampiri oleh manusia manusia...

Mengenalimu....

Dengan nama Allah kami mula membaca Segala rahmat bagi Tuhan kami rahmat dan keselamatan Bagi nabi kekasih kami Ya Allah ya Tuhan kami Engkaulah tujuan kami Redhamu yang kami cari Didunia dan akhirat kami Wahai yang maha pengasih yang maha penyayang Wahai yang maha berkuasa yang maha suci Wahai yang maha sejahtera yang maha tepercaya Wahai yang maha memelihara yang maha perkasa Wahai yang khendaknya tidak diingkari Yang memiliki kebesaran Yang maha mencipta Yang mengadakan dari yang tiada Yang membuat bentuk dan yang maha pengampun Yang maha perkasa yang maha pemberi Wahai yang maha pemberi, yang maha pembuka Yang maha mengetahui yang maha menyempitkan Yang melapangkan, yang merendahkan Yang maha meninggikan , yang memuliaakan Wahai yang menghinakan,yang maha mendengar Wahai yang maha melihat,yang memutuskan hukuman Yang maha adil,yang maha lembut Yang mengetahui yang maha penyantun Wahai yang maha aggung yang maha pengampun Yang maha menerima syukur yang maha tinggi Yang maha besar yang maha memelihara Yang maha memelihara yang maha mencukupkan Wahai yang maha luhur yang maha mulia Wahai yang maha menguasai.yang maha memperkenankan Wahai yang maha luas yang maha bijaksana Wahai yang maha mencintai yang maha mulia Wahai yang maha membangkitkan yang maha menyaksikan Wahai yang maha benar yang maha mewakili Yang maha kuat yang maha kukuh Yang maha melindungi yang maha terpuji... ( dr H Amdjad al Hafidh )