Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 5 September 2011

Takabbur pasti lebur

Ramai manusia pada hari ini mengejar kekuasaan,kekayaan,pangkat dan kuasa sehingga mereka lupa pada Tuhan yang menjadikan mereka..apabila mereka memiliki kuasa mereka beranggapan merekalah Tuhan dari segi tindajan yang dilakukan padahal manusia ini hanyalah semata mata sebagai hamba yang diperintahkan untuk membuat ibadat kepada RabNya.

penyakit ini bukan sahaja tertimpa kepada mereka yang tidak mempunyai ilmu malahan ia tertimpa kepada orang orang yang berilmu.sifat yang yang diawali oleh Iblis sebagai pencetusnya dan terwaris sama ada secara sengaja atau tidak sengaja oleh manusia tertulis didada sejarah yang menjadi tatapan manusia pada hari ini,sebagai bukti yang ingin dipaparkan yaitu kisah Qarun,Namrud,Abu Lahab,Kamal Ataaturk dan sebagai menjadi iktibar kepada kita agar tidak tersesat seperti mereka semua.

Tapi sayang, manusia seolah olah tidak pernah belajar daripada sejarah,bahkan mengetahui sejarah pun mereka masih lagi melakukannya.terus menerus takkabur kerana harta ,kuasa, pangkat,ilmu, keturunan dan nama nama.pada hal ikon takkabur sudah terkubur ditelan bumi. benarlah bahawa Dunia adalah satu ujian, ujian yang menzahirkan ketakkaburkan dalam diri manusia.warna sebenar kita hanya akan terserlah apabila diberi kuasa,ilmu,harta,rupa dan nama.

umat Islam ini terhina pada masa ini adalah disebabkan ketakburan mereka terhadap Allah.apabila Allah tegaskan kemuliaan itu hanya pada takwa,kenyataan ini hanya dipandang sebelah mata.berapa ramai yang menjadikan takwa sebagai buruan dan tujuan yang tertinggi dalam hidup? apabila Allah memberitahu bahawa hukum hakamNya adalah jaminan bagi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan, berapa ramai yang akur?

sayang seribu kali sayang, setelah Islam turun dengan sempurna diamalkan dan disebarkan kita masih mengikuti apa yang dilakukan oleh Iblis,malahan lebih dasyat daripada itu..sebagai contohnya buang bayi..semakin hari semakin terserah keaibannya ...menunjukan salah satu bukti bahawa manusia tidak takut pada hukuman Tuhan dan pelbagai lagi..

buat pembaca yang membaca tulisan ini..kita bertanggungjawab untuk memastikan agama Islam terus terjaga kesuciannya,marilah kita kembali kepada ajarannya,kembalilah kepada fitrah manusia..yang sudah ..sudahlah..yang penting kita mengubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya sebelum jasad ini dimamah bumi,sebelum kita dipersoalkan dikemudia hari..