assallamualaikum wbt
setelah sebulan kita berpuasa,mendidik diri agar kembali kepada fitrah diri dan kini kita merasakan krmanisannya.walaupun demikian perlu kita menghalusi kembali apakah pendidikan yang diberikan selama sebulan itu benar benar telah menyerap didalam diri atau pun ia masih lagi tepengaruh dengan perkara perkara yang ditegah oleh yang Maha Kuasa? sekiranya itu yang berlaku maka perlulah kita mengambil langkah untuk memperbaiki dengan serta merta.kemungkinan semasa kita servis diri kita ada yang terlepas pandang..kalau dibiarkan ia akan menjadi barah didalam diri,dan orang disekeliling akan menjadi mangsa.
sahabat yang dikasihi..
hidup yang sementara ini sudah semestinya akan menemui kematian,yang baru lahir juga mati apatah lagi yang dah tua,oleh yang demikian saya menasihatkan dori dan sudara sudara seagama jadilah manusia yang beriman kepada Allah, kembalilah kepada ajaranya, gunakanlah kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin kebaikan diatas muka bumi ini.jagalah amanah yamg diberikan kerana amanah itu akan dipertanggungjawabkan kepada diri kita.
selamat hari raya maaf zahir batin dari saya sekeluarga.