"PERHIMPUNAN BERSIH" yang semakin hangat bahangnya ,semakin besar pula ancamannya membuatkankan penulis ingin melontarkan pandangan peribadi yang tidak berkaitan dengan mana -mana parti pun.
Penulis berpendapat bahawa KEADILAN perlu ditegakkan didalam membuat apa - apa jua keputusan.ini adalah bersandarkan kepada firman Allah dalam surah an nisa 58 yang ertinya " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan pelbagai jenis amanah itu kepada ahlinya DAN sekiranya ada perselisihan diantara kamu maka hukumlah dengan adil,sesungguhnya Allah menyuruh perbuatan demikian adalah untuk kebaikan kamu dan Allah itu maha mendengar dan melihat".
Dalam konteks perhimpunan ini, bagi penulis badan yang berwajib harus melihat kepada 2 perkara penganjurannya pertama yaitu apakah tujuan dianjurkan.dan kedua cara bagaimana ia dilakukan.maka setelah dilihat bahawa perhimpunannya adalah untuk mencapai kebaikan secara bersama didalam konteks pilihan raya dengan menghantar memorendom kepada istana,dengan cara apa? yaitu dengan cara berhimpun secara aman tanpa membawa apa-apa senjata dan tidak merosakan harta awam dan perkara - perkara yang boleh menjejaskan maka ia adalah harus.Apa yang harus dilakukan oleh badan berkewajiban adalah menguruskannya supaya ia berjalan dengan baik daripada berlaku perkara -perkara yang tidak baik,sebagaimana progaram yang besar yang diurus dan ditakbir secara profesional.ini adalah tindakan yang lebih baik daripada apa yang ada yang menunjukakan bahawa badan berkewajiban menjalankan keadilan.
penulis percaya bahawa sekiranya kita menguruskan dengan baik,berniat baik maka baik jugalah yang kita akan dapati.badan yang berkewajiban perlu bertindak secara matang dalam mengatasi masalah ini.
Ada juga yang bertanya kepada penulis tentang perkara tersebut bahawa nabi tak buat kenapa kita pulak buat?pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.
Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.
ingatlah wahai manusia : semua kamu adalah pemimpin perlulah kita menegakan (1)Menjaga Kebenaran Islam (2) Kemulian manusia (3) Memakmurkan Bumi (4) Amal Makru Nahi Mungkar (5) Islah dan kamu akan mendapat pula kepatuhan dan kesetiaan seperti yang dikatakan oleh Allah dalam firmannya "Taatlah kamu kepada Allah,Taatlah kamu kepada Rasul Dan Taatlah kamu kepada Ulul Amri (pemerintah) namun ketahuilah ketaatan kepada pemerintah adalah terbatas dalam Islam ketaatan kepada pemerintah adalah kepada pekara yang baik.dan kamu juga akan mendapat kerjasama daripada orang yang diuruskan sehingga atas selagimana kamu bersifat adil....