Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 18 September 2009

Muhasabah diri


Alhamdulilah,bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita telah hampir kepenghujung ramadhan,dan sekiranya dipanjangkan usia insyaallah kita akan bertemu dengan bulan Syahwal iaitu bulan kemenangan setelah kita berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan.dan mudah - mudahan puasa yang kita lalui adalah puasa yang sebenar benarnya,yang terhindar daripada perkara-perkara yang sia,yang terhindar daripada perkara - perkara maksiat.

hadirin sekalian,

kehidupan didunia ini adalah bersifat sementara,secara akalnya semua manusia percaya bahawa manusia itu akan mati dipenghujungnya.sama ada cepat atau lambat sahaja.kematian itu sebagai pengajaran kepada manusia yang masih hidup,sama ada bekalan yang hendak dibawa kedunia akhirat itu sudah mencukupi atau pun belum, apabla kita membicarakan tentang kematian,maka kita selalu sahaja terpikir bahawa mayat itu akan dikuburkan,dan bagi mereka yang tidak beriman akan di siksa dengan bermacam macam siksaan,dibelit dengan ular,kala jengking dan sebagainya,tetapi kita jarang mendengar,atau jarang membaca bahawa nikmat - nikmat dikubur bagi orang yang beriman.kematian itu adalah salah satu nikmat bagi orang - orang yang beriman yang mana apabila disoal dikubur mereka dapat menjawab tanpa lagi menggunakan akal pikiran,kubur itu sebagai tempat isterehat, setelah lama berjuang diatas muka bumi Alah.

hadirin sekalian,

sebagai manusia biasa,saya ingin mengingatkan diri saya dan hadirin sekalin supaya kita sama sama bermuhasabah diri, apa yang kita ada diatas bumi ini adalah pinjaman yang sementara,dan selepas itu kita akan meninggalkkannya.oleh itu sebagai mahluk yang kerdil janganlah kita sombong,bongkak,diatas nikmat yang diamanahkan itu,ramai diantara kita yang tersasar apabila memeggang satu jawata yang tinggi maka ia menjadi bongkak,menindas dan sebagainya.apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kembali oleh Allah SWT.mungkin kita terlupa apa yang kita lakukan 10 tahun yang lalu tetapi bagi Allah tidak,ia mengetahui dari awal hingga akhir kehidupan kita.

maka pada hari akhirat kelak,manusia yang tersasar itu akan ditancap dipunggungnya yang mempunyai bendera,semakin banyak kita melanggari amanah maka semakin panjanglah bendera tersebut sebagai satu tanda bahawa ini adalah makhluk yang mengingkari amanah yang diberikan,dan ketika itu siapakah yang dapat menolongnya?? maka ketika itu kita akan mengatakan ini adalah disebabkan oleh sianu dan sianu dialah yang mengajak aku untuk melangari amanah tersebut..dan ia akan berkait sepertimana sebuah kapal yang karam,kita akan mencari sesuatu yang dapat menyelamatkan kita,kalau kita jumpa kayu kita akan bergayut dengan kayu tersebut,kalau kita jumpa tiang kita akan cuba bergayut dengannya adalah semata mata untuk menyelamatkan diri,begitulah keadaanya bila diakhirat bagi manusia yang melanggari amanah,mereka akan mengaitkan antara seseorang dengan sesorang bagi menyelamatkan dirinya,mereka dan kuncu-kuncu mereka akan juga menerima azab Allah sepertimana yang telah dijanjikan.

oleh itu,maka kita hendaklah tidak bersubahat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,marilah kita bersama sama kembali bertaubat,kembali kepada jalan Allah.kembali kepada alQuran dan sunnah,kembali kepada ajaran Islam sebenar menjadi satu jemaah yang kuat berlandaskan ajaran Islam.selamat hari raya maaf zahir batin