Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Ahad, 27 September 2009

Hari Raya: Berakhirkah Amalan BaiK


Assallammualakum wbt..

Kekosongan pada malam ini eloklah diisi dengan melontarkan pelbagai persoalan yang mungkin juga sebagai peringatan pada diri saya dan tuan - tuan yang membaca artikel ini.kerap kali kita mudah terlupa dan ia perlu diingatkan,kerana ia menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

Ramdhan telah meninggalkan kita,dan ada juga di antara kita yang telah meninggalkan ramadhan ( meninggal disebabkan kemalangan, disebabkan penyakit dan apa apa yang sewaktu dengannya )dan yang pasti ramadhan yang akan datang [pada tahun hadapan tidak sama seperti ramadhan yang baru sahaja kita lalui). pada bulan tersebut kita banyak melakukan ibadah, kita solat berjemaah, bangun malam kita buat solat tahjud, solat hajat dan sebagainya untuk mengisi bulan yang penuh barakah,namun selepas bulan ramadhan apakah kita meneruskan apa yang kita lakukan pada bulan ? ermmm agak sukar juga untuk menjawabnya kan?!!

bagi mereka yang hanya melakukan perkara perkara yang baik pada bulan ramadhan sahaja mereka ini juga masih berada didalam golongan orang orang yang kerugian,sepatutnya berakhirnya bulan ramadhan perkara yang baik yang dituntut oleh agama diteruskan dan ia tanda bahawa kita memperolehi kebarkatan dari bulan ramadhan tersebut..

sebagai contoh perkara yang perlu diteruskan adalah membaca alQuran,kalau tak boleh tiap tiap hari seminggu sekali pun bolehla,tak boleh juga...sebab sibuk..sebulan sekali pun tak kisah..pun masih tak boleh jugak setahun sekali pun boleh,ermmm banyka mesyuarat la ustaz...tak sempat..ermm baik tak yah jadi manusia...mati lebih baik dari hidup, dari menjadi onar dalam kehidupan..hehehehe...anda marah?? ermm jangan marah nanti cepat mati hehehehe, al quran nie adalah kitab Allah yang didalamnya mempunyai ketenangan,kedamaian,yang mempunyai petunjuk,peringatan, berita gembira dan sebagainya,kita ini dijadikan daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani.ada jasad tapi jika tidak ada roh, sama ertilah seperti mayat.ada roh tak ada jasad samalah seperti tiada wujud,oleh itu ia saling bergantungan antara satu sama lain dengan izin Allah SWT.
kejadian fizikal itu seperti mana yang kita mengetahui bahawa manusia itu dijadikan daripada tanah,sedar atau tidak makanan jasad bagi mengerakan segala anggota adalah berpunca daripada tanah.buah,beras,gandum dan sebagainya ada kaitan dengan tanah.kalau kita tak makan fizikal akan menjadi lemah..ha!! begitu juga dengan roh,roh juga memerlukan makanan untuk kuat dan subur..apa dia makanan dia? tu segala yang Allah perintahkan dan perkara perkara yang baik..itulah yang ,menguatkan rohani ..kalautak buat? ermm tu yang orang puasa dia tak puasa, tapi sambut raya melebihi orang yang puasajavascript:void(0) pulak heheheee.Mudah mudahan kita berubah ..

berakhir bulan ramadhan,maka makin bertambahlah perkara perkara mahmudah,sifat sifat yang mazmumah kita tinggalkan,memperbanyakan saham saham akhirat, dunia ini tak lebih hanya sebagai udara yang kita hirup,bila kita selsema sukar untuk kita bernafas...macam tulah bila Allah nak tarik nyawa kita..tanpa mhon izin kita,so...bersiap sedialah melengkapkan diri...

SeLaMat HarI RaYa MaaF ZaHir BatIn


Assallammualaikum dan selamat hari raya...,

Hari raya adalah hari kemenangan setelah kita berjaya melaksanakan perintah Allah SWT iaitu berpuasa selama sebulan,hari raya adalah hari yang ditunggu tunggu,sama ada bagi orang yang berpuasa atau tak berpuasa hehehe atau pun bagi agama lain kerana pada hari ini kita dapat menziarahi sanak sudara,teman rakan dan taulan dihidangkan juadah yang menyelerakan ermmm bertambahlah berat badan, tambah berseri lagi kalau ada duit raya hehehe..tak kiralah bagaimana adat sesautu tempat menyambutnya harapan agar ia mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam,tidak membazir,tidak ada perkara perkara yang merosakan mengikut Islam,dan paling penting berhati hati dijalan raya.

Khas buat isteri dan anak yang berjauhan dengan suami,percayalah ketiadaan dirimu amat dirasakan dan doa sentiasa mengiringimu..

Jumaat, 18 September 2009

Muhasabah diri


Alhamdulilah,bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita telah hampir kepenghujung ramadhan,dan sekiranya dipanjangkan usia insyaallah kita akan bertemu dengan bulan Syahwal iaitu bulan kemenangan setelah kita berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan.dan mudah - mudahan puasa yang kita lalui adalah puasa yang sebenar benarnya,yang terhindar daripada perkara-perkara yang sia,yang terhindar daripada perkara - perkara maksiat.

hadirin sekalian,

kehidupan didunia ini adalah bersifat sementara,secara akalnya semua manusia percaya bahawa manusia itu akan mati dipenghujungnya.sama ada cepat atau lambat sahaja.kematian itu sebagai pengajaran kepada manusia yang masih hidup,sama ada bekalan yang hendak dibawa kedunia akhirat itu sudah mencukupi atau pun belum, apabla kita membicarakan tentang kematian,maka kita selalu sahaja terpikir bahawa mayat itu akan dikuburkan,dan bagi mereka yang tidak beriman akan di siksa dengan bermacam macam siksaan,dibelit dengan ular,kala jengking dan sebagainya,tetapi kita jarang mendengar,atau jarang membaca bahawa nikmat - nikmat dikubur bagi orang yang beriman.kematian itu adalah salah satu nikmat bagi orang - orang yang beriman yang mana apabila disoal dikubur mereka dapat menjawab tanpa lagi menggunakan akal pikiran,kubur itu sebagai tempat isterehat, setelah lama berjuang diatas muka bumi Alah.

hadirin sekalian,

sebagai manusia biasa,saya ingin mengingatkan diri saya dan hadirin sekalin supaya kita sama sama bermuhasabah diri, apa yang kita ada diatas bumi ini adalah pinjaman yang sementara,dan selepas itu kita akan meninggalkkannya.oleh itu sebagai mahluk yang kerdil janganlah kita sombong,bongkak,diatas nikmat yang diamanahkan itu,ramai diantara kita yang tersasar apabila memeggang satu jawata yang tinggi maka ia menjadi bongkak,menindas dan sebagainya.apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kembali oleh Allah SWT.mungkin kita terlupa apa yang kita lakukan 10 tahun yang lalu tetapi bagi Allah tidak,ia mengetahui dari awal hingga akhir kehidupan kita.

maka pada hari akhirat kelak,manusia yang tersasar itu akan ditancap dipunggungnya yang mempunyai bendera,semakin banyak kita melanggari amanah maka semakin panjanglah bendera tersebut sebagai satu tanda bahawa ini adalah makhluk yang mengingkari amanah yang diberikan,dan ketika itu siapakah yang dapat menolongnya?? maka ketika itu kita akan mengatakan ini adalah disebabkan oleh sianu dan sianu dialah yang mengajak aku untuk melangari amanah tersebut..dan ia akan berkait sepertimana sebuah kapal yang karam,kita akan mencari sesuatu yang dapat menyelamatkan kita,kalau kita jumpa kayu kita akan bergayut dengan kayu tersebut,kalau kita jumpa tiang kita akan cuba bergayut dengannya adalah semata mata untuk menyelamatkan diri,begitulah keadaanya bila diakhirat bagi manusia yang melanggari amanah,mereka akan mengaitkan antara seseorang dengan sesorang bagi menyelamatkan dirinya,mereka dan kuncu-kuncu mereka akan juga menerima azab Allah sepertimana yang telah dijanjikan.

oleh itu,maka kita hendaklah tidak bersubahat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,marilah kita bersama sama kembali bertaubat,kembali kepada jalan Allah.kembali kepada alQuran dan sunnah,kembali kepada ajaran Islam sebenar menjadi satu jemaah yang kuat berlandaskan ajaran Islam.selamat hari raya maaf zahir batin

Khamis, 10 September 2009

Imam Syafie ditanya 8 Soalaan

Imam Syafie pernah ditanya tentang 8 perkataan- wajib, terlebih wajib, pelik, terlebih pelik, payah, terlebih payah, hampir, terlebih hampir.

(Kalau ditanyakan 8 perkataan ini kepada para sarjana Islam di zaman ini yang bergelar Dr yg hebat-hebat itu agaknya apa jawapan mereka?)

Soalan ini muncul ketika membicarakan tentang muhasabah Ramadhan. Lebih separuh dari Ramadhan telah kita lalui. Sudahkah kita memuhasabah segala amalan yang telah ditunaikan sepanjang 2 minggu lepas?

Dalam memuhasabah ini saya telah menyampaikan satu kuliah. Ringkasannya:

-Kita bertemu malam ini dalam keadaan dunia dipenuhi krisis-krisis politik, ekonomi, keruntuhan akhlak dan lain-lain. Krisis paling besar ialah krisis manusia dengan Tuhannya.

-konsep khalifah Allah mesti difahami

-Ramadhan-puasa, Quran, qiam dan lain-lain dimuhasabah.

-Hadis Nabi SAW bermaksud: ‘Segeralah beramal dalam 7 keadaan. Kamu tidak menunggu melainkan faqir yang melupakan kamu dari beramal, atau kaya yang menjadikan kamu melampaui batas, atau sakit yang merosakkan anggota badan kamu untuk beramal, atau tua yang memayahkan untuk beramal, atau mati yang menjadi penamat kehidupan, atau dajjal. Ia sejahat perkara yang ditunggu, atau Kiamat dan Kiamat itu lebih perit dan dahsyat.’

-Nabi SAW bersabda kepada Abu Zar, maksudnya: ‘Wahai Aba Zar! Teguhkan bahtera kerana laut itu dalam. Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan itu panjang. Ringankan belakangmu kerana bukit itu tinggi pendakiannya. Ikhlaskan amalan kerana Tuhan Yang Maha Melihat itu Sangat Melihat (akan perbuatanmu).’

-Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan. Jawab beliau dalam syairnya:

Wajib atas manusia untuk bertaubat

tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib

Seluruh masa diguna utk bertaubat itu pelik

Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik

Sabar tunaikan perintah itu payah

Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah

Semua perkara yang diharap itu hampir

Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir