Firman Allah dalam surah as-Syura 38
"Dan juga ( lebih baik dan lebih kekal bagi ) orang - orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna ;dan urusan mereka akan dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepadanya."
Sahabat,
Kita semua adalah hamba Allah dan hendaklah kita mematuhi apa yang di perintahkan olehNya yang berupa amal kebajikan dan juga menjauhi dosa dan kemaksiatan.Sebagai hamba,kita memang mengEsakan Allah tanpa ragu ragu dan melakukan solat 5 waktu sehari semalam dengan rasa penuh tanggungjawab tanpa menganggapnya sebagai beban atau masalah,solat yang didirikan dengan sempurna dan penuh kekhusukkan dapat menenangkan jiwa dan membersihkan hati sehingga timbul rasa benci dan takut melakukan kemungkaran di atas muka bumi Allah ini.
Ayat ini juga menekankan apabila terdapat sesuatu perkara atau urusan ,umat Islamm hendaklah bermesyuarat dan berbincang bersama sama daripada pelbagai skop secara holistik supaya urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna hasl pendapat dan buah fikiran orang ramai,kemungkinan sesuatu perkara yang tidak terlintas difikiran dapat dikemukakan oleh orang lain apabila berlakunya perbincangan.Itulah contoh yang danjurkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Sahabat,
Apabila kita hendak menjatuhkan hukuman pada sesorang individu juga telah dianjurkan penyelesaian mengikut secara Islam,bukti bagi kesalahan,sebab dan sebagainya perlulah kita turuti supaya keadilan itu berlaku dikedua dua pihak.Jika dia (individu ) dituduh(disyaki)melakukan sesautu harus kita panggil bagi mendapatkan penjelasan,dan bukan sewenang wenangnya kita menjatuhkan hukuman kerana nafsu,atau kerana yang dianiaya itu merupakan sahabat,dengan kuasa dan pangkat yang kita ada maka tanpa pengadilan yang sewajarnya kita telah menjatuhkan hukuman yang tidak adil itu bererti kita telah mengkhianati Allah dan Rasulullah.
Sahabat,
INGAT..!!
" Dari Abdullah bin Amer r.a dia berkata;" Saya mendengar Rasulullah bersabda:" Tiap tiap kamu itu penjaga dan tiap tiap kamu itu bertanggungjawab terhadap pengembalaannya,pemimpin itu penjaga dan bertanggungjawab terhadap pengembalaannya, seorang suami itu penjaga terhadap keluarganya dan bertanggungjawab terhadap penjagaanya dan seorang pelayan itu penjaga dirumah majikannya dan bertanggungjawab terhadap penjagaanya."Abdullah bin Amer berkata:" Saya kira beliau Rasulullah juga bersabda:"seorang lelaki itu penjaga terhadap harta benda orang tuannya dan bertanggungjawab terhadap penjagaannya dan tiap tiap kamu itu penjaga dan bertanggungjawab terhadap penjagaannya."
(H.R.Bukhari,Muslim,dan Turmudzi )
Setiap manusia ini mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri,apabila kita melaksanakan tanggungjawab tersebut kita telah menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah,dan hal tersebut ia memberi impak (pengaruh) yang sangat besar terhadap umat,dan hisab kita pun ringan, pahala kita menjadi banyak disisi Allah.Namun jika sebaliknya yang berlaku bukan kita sahaja yang akan menanggung dosa namun umat juga akan menanggung akibatnya disebabkan kita tidak melaksanakan tanggungjawab dengan yang diamanahkan.
sahabat,
Firman Allah
" Hai orang - orang yang beriman ! jagalah dirimu dan keluargamudari api neraka,yang umpanya manusia dan batu, yang dijaga oleh para malaikat yang gagah perkasa".
sama samalah kita renungkan untuk kebaikan kita bersama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan