Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 6 Oktober 2008

Wasiat Imam Ghazali

1)Waktu itu merupakan kehidupan
Keutamaan masa/waktu
Mendekatkan diri kepada Allah
Membanyakkan amal maaruf nahi mungkar
Isu umur 40 tahun – masa peralihan/ pemutaran diri

2)Cara terbaik menerima nasihat
Memberi dan menerima nasihat
Mudah memberi nasihat tetapi sukar menerima nasihat
Hawa nafsu dan kesombongan merupakan halangan menerima nasihat

3)Ilmu tidak bermanfaat jika tidak diamalkan
Pengisian diri dan hati dengan ilmu dan amal
Ilmu disampaikan kepada orang lain
Nilai/ darjat ilmu bergantung pada amal
Ilmu diterjemahkan dalam kehidupan berbentuk amal soleh

4)Kadar balasan Allah bergantung pada kadar amalan manusia
Balasan buruk dan baik
Penambahan berterusan amalan baik
Sentiasa muhasabah diri tentang amalan diri

5)Ikhlaskan hati/ Niat baik
Ganjaran pahala bagi keikhlasan beribadah kerana Allah semata-mata

6)Hakikat hidup/ cinta/ amal
Hidup = mati
Cinta = perpisahan
Amal = timbangan

7)Mendahului ilmu fardu ain daripada ilmu lain
Ilmu tanpa amal merupakan perbuatan tidak waras, amal tanpa ilmu merupakan perbuatan sia-sia

8)Ilmu tanpa amal merupakan perbuatan tidak waras, amal tanpa ilmu merupakan perbuatan sia-sia

9)Ilmu semata-mata belum dapat menjauhkan diri daripada maksiat
Ilmu semata-mata belum tentu dapat menjaminkan kita taat kepada Allah
Seseorang tidak mampu menjauhkan azab neraka dengan ilmu semata-mata

10)Tinggikan hemahmu, lawanlah hawa nafsumu, dan buatlah bekalan akhirat

11)Banyakkan ibadah pada waktu malam
Ibadah hendaklah mematuhi peraturan-peraturan syariat

12)Setelah mengamalkan ilmu barulah seseorang dapat mengetahui hakikat ilmu

13)4 sifat kesempurnaan orang yang soleh
Iktikad yang benar hanya kepada Allah tanpa bidaah
Bertaubat nasuha dan tidak kembali melakukan dosa

14)Meminta halal daripada musuh/ makhluk lain
Mempelajari ilmu syariat supaya dapat menunaikan segala perintah Allah

15)Bekerjalah kamu di dunia sekadar mana engkau tinggal di dalamnya
Beramallah untuk akhirat sekadar mana engkau tinggal di dalamnya

16)Beramallah kepada Allah dan kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepada-Nya
Buatlah sebarang amalan yang akan mencampakkan kamu ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya

17)8 faedah menuntut ilmu
Menjadikan amalan soleh sebagai kekasih
Mengetahui hawa nafsu sebagai musuh sebenar
Memanfaatkan harta benda ke jalan Allah
Hakikat kemuliaan ialah orang yang paling tinggi takwanya

18)Tidak hasad dengki akan kejayaan orang lain
Menjadikan syaitan sebagai musuh
Menjauhkan perkara subahat/ menyedari bahawa rezeki di tangan Allah
Meningkatkan sikap tawakal kepada Allah/ menguatkan keyakinan kepada Allah

19)Dalam menuntut ilmu, carilah guru yang mursyid

20)Beristiqamah dan berbuat baik sesama makhluk
(Istiqamah - Mampu mengorbankan sgala kehendak hawa nafsu untuk mendapatkan keindahan peribadi secara berterusan dan tetap berkala)

21)Hakikat ubudiah/ibadah dan persembahan kepada Allah
Menjaga hukum-hakam syariat
Memiliki sikap reda akan qada dan qadar Allah
Mencari keredaan Allah walaupun terpaksa meninggalkan keredaan diri sendiri

22)Makna tawakal
Tawakal bermaksud memantapkan iktikadmu dengan janji-janji Allah bahawa segala yang ditakdirkan kepadamu pasti akan sampai kepadamu
Tidak sesiapa pun dapat menghalangi takdir Allah

23)Keikhlasan dalam beribadah
Ibadah kepada Allah semata-mata
Tidak sekali-kali berasa senang dengan pujian manusia apabila beribadah
Tidak ambil hati akan cemuhan/ kecaman orang lain apabila beribadah

24)Hakikat riak
Riak lahir daripada rasa membesarkan makhluk
Menghilangkan riak dengan melihat makhluk lain sama seperti orang lain yang ada kekuatan dan kelemahan
Manusia sama di sisi Allah s.w.t.

25)Kurangkan bertanya perkara-perkara yang remeh-temeh dan banyakkan ibadah/ amalan baik di dunia

26)Perlu meninggalkan empat perkara
Seboleh-bolehnya tidak sekali-kali bertengkar/ berkelahi/ berselisih faham dengan orang lain
Tidak berasa berani sahaja tetapi harus ada rasa takut dalam hati apabila memberikan nasihat kepada orang lain

27)Tidak sekali-kali bergaul dengan orang yang mempunyai kekuasaan sedangkan mereka dalam keadaan melakukan perkara buruk/ zalim kepada orang lain
Tidak sekali-kali berasa terhutang budi kepada orang yang bersifat zalim


28)Empat perkara sebagai cabang yang perlu dilakukan/ dikerjakan di muka bumi
Melihat dan mengukurkan pergaulan dengan Allah s.w.t.
Mengukurkan perkara yang dilakukan kepada diri sendiri dan orang lain

29)Jadikan ilmu untuk membersihkan hati apabila mempelajari sesuatu ilmu
Tidak sekali-kali menghimpunkan harta benda dunia lebih daripada keperluannya

30)Jadikan bacaan doa sebagai perisai dan sahabat setia di dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan