Makhluk di atas muka bumi secara keseluruhannya memerlukan agama yang dapat membimbing kejalan yang benar samaada didunia mahu pun diakhirat.Agama diatas muka bumi ini yang selain daripada Islam lebih banyak menumpukan kepada persoalaan persoalaan peribadatan yang mencangkupi soal akhirat semata mata TAPI tidak pada agama Islam,Islam bukan sahaja agama peribadatan tetapi ia meliputi keseluruhan kehidupan manusia didunia dan akhirat, dari sekecil kecil persoalaan hingga sebesar besar persoalaan ada diberi panduan oleh Islam.contohnya car memotong kuku dan cara hendak mengambil makanan begitu juga dengan perkara perkara besar contohnya bagaimana memerintah sebuah negara,kematian,azab ubur dan sebagainya.
Keperluan Manusia kepada agama Islam adalah kerana Islam adalah agama yang terus diturunkan Oleh Allah SWT yang menciptakan manusia melalui lidah rasulnya yang terpilih menjadi pembimbing kepada manusia.
KENAPA MANUSIA PERLU KEPADA PEGANGAN AGAMA
Sudah menjadi tabiat atau lumrah manusia ingin memuja sesautu sebagai tempat pergantungan, manusia akan menyembah apa sahaja yang dirasakan hebat dan tinggi,sebagai contoh ada yang menyembah matahari,api,bintang,busut,pokok dan sebagainya yang dirasakan benda benda tersebut akan memberi faedah kepada mereka,Oleh itu manusia sangat perlu kepada satu bentuk peggangan yang boleh menjadi panduan dalam hidup mereka serta membebaskan diri daripada kokongan hawa nafsu semata mata.Bagi memenuhi tuntutan tersebut mereka akan melakukan apa cara sekalipun tanpa memperdulikan kesan terhadap orang lain.dan ini mungkin berlaku yang mana orang kuat akan menguasai yang lemah manakala yang lemah akat terus tertindas dan teraniaya.Oleh yang demikian Allah mengatur kehidupan Manusia berdasarkan wahyu dan syariatnya supaya kehidupan manusia teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci dan murni untuk mencapai keredahaan Allah SWT.
Firman Allah dalam surah al Bakarah 2:30
" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi,mereka bertanya;adakah Engkau (ya Tuhan )hendak menjadikan dimuka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpah darah(berbunuh bunuhan)pada hal kami sentiasa bertasbih memuji Mu dan mensuciMu? Tuhan berfirman,'sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui:.
Apa ang dibawa oleh Islam dan pendekatannya tentunya amat berkesan,kerna sebagai pencipta, sudah semestinya ia lebih mengetahui apakah yang menjadi keperluan kepada manusia.sebagai contoh orang yang membina sebuah kapal angkasa sudah semestinya mahir dengan masalah dan keperluan bagi kapal tersebut.
Firman Allah SWT dalam surah al Mulk 27:14
" Tidak Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala galanya)sedang DIA amt halus urusan tadbirnya,lagi amat mendalam pengetahuanNya".dan firmannya lagi dalam surah an Najm 53:32
" Ia lebih mengetahui keadaan kamu sejak ia menjadikan kamu berasal daripada tanah,dan semasa berupa anak yang sedang melalui pelbagai peringkat dalam perut kamu,maka janganlah kamu memuji diri kamu( bahawa kamu suci bersih daripada dosa)Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang orang yang bertakwa"
ISLAM SAHAJA AGAMA YANG BENAR
Islam agama yang mengatur hidup manusia dalam sistem hidup Allah yang lengkap dan sempurna mencakupi keseluruhan kehidupan.Ia bukan sahaja didunia tetapi merangkumi akhirat.Antara keistemewaan agama Islam adalah seperti berikut :
1)Islam adalah agama yang datang daripada Allah SWT
Islam adlah cara hidup yang didatangkan dari Allah yang maha mengetahui,Islam dibentuk berasaskan ilmu pengetahuan berbanding lain lain sistem agama yang serba kekurangan mengenai hakikat dan rahsia manusia serta apa yang baik dan buruk baginya.
2) ISLAM CARA HIDUP YANG MENYELURUH YANG MELIPUTI SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN
Islam melengkapi semua kegiataan hidup manusia,kegiatan manusia ada peraturan Islam didlamnya.tidak ada sitem didunia ini yang dapat menandingi aturan dan susunan yang selengkap Islam.
3) NILAI HIDUP ISLAM YANG TETAP TIDAK DAPAT DIPERTIKAI
Islam agama yang teguh mempunyai ukuran nilai yang tetap sama ada pada masa lalu ataupun pada masa akan datang,dia akan dihargai pada masa apa apa pun.Oleh kerana Islam mempunyai nilai yang tetap maka tidak ada kuasa yang dapat mempermainkan nilai tersebut untuk kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa.tidak ada kuasa didunia ini yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasulNya.
4)SISTEM ISLAM SESUAI UNTUK SEMUA BANGSA ATAU KETURUNAN.
Sistem hidup untuk semua manusia diatas muka bumi ini,a menyediakan peraturan hidup dengan melihat Islam itu dari sudut kemanusiaan,ia tidak memberi keistemewaan kepada bangsa tertentu,bahkan kebaikan itu dilihat dari bakti dan amal serta kesempurnaan ibadahnya kepada Allah SWT.
5)ISLAM AGAMA YANG SEDERHANA YANG MEMPUNYAI KESERASIAN ANTARA CITA DAN KENYATAAN
Islam sangat menggalakan umatnya menujukesempurnaan semaksimum yang boleh,dengan memberi tumpuanpada setiap kelakuan, perbuatan,perkataan,pemikiran dan kecenderungan kepada kesempurnaan.Bagi mencapai tujuan tersebut Islam mengariskan peraturan yang dapat dicapai oleh batas manusia kerana batas tersebut bersifat kesederhanaan dan tidak berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia.apay yang penting dalam memahami Islam eloklah kita mengkaji perkembangan yang dibuat oleh Baginda Rasullullah kerana Islam adalah agama yang dibwa oleh para utuan Allah hingga utusan Nya yang terakhir iaitu Rasulullah saw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan