Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 6 Oktober 2008

IBU BAPA PEMBINA GENERASI CEMERLANG

Ayah dan ibu (2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ha..ha..ha….
(ulang sekali)

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ha..ha..ha….
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah
Mesti dihormati
(Ulang sekali)

Ayah dan ibu (2x)
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ha..ha..ha….
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Ha..ha..ha….
Supaya hidup (2x)
Kita akan selamat

SHEIKH AL-AZHAR
70% kecemerlangan bermula daripada rumah tangga.

PETER MORTIMORE
60% kecemerlangan berpunca daripada sokongan ibu bapa dan masyarakat.

HADIS RASULULLAH S.A.W.
Anak yang dikurniakan kepada kedua-dua ibu bapa seumpama kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Punca utama/asas masalah sosial daripada rumah tangga.

HADIS RASULULLAH S.A.W.
Didiklah anakmu untuk hidup pada zamannya.

DR. YUSUF AL-QADRAWI
Kita wajib memahami keadaan zaman yang sedang kita tempuhi sekarang ini secara terperinci, benar, dan mendalam dengan tujuan supaya dapat mengdignosiskan penyakit dengan tepat dan ubatnya tepat.

FAHAMI ZAMAN KINI
ZAMAN GLOBALISASI DAN IMPLIKASINYA
Kekuatannya
Kelemahannya
Cabarannya

KEKUATAN GLOBALISASI
Dunia pekerjaan terbuka
Pasaran terbuka
Maklumat segera/pantas

KELEMAHAN GLOBALISASI
Budaya dan nilai barat
Ekonomi
Politik
Hiburan, fesyen, moral, fikiran, ketakutan (sosial) dll.

CABARAN GLOBALISASI
Agama
Ekonomi
Teknologi
Jati Diri (moral/akhlak)

DEFINISI KEPIMPINAN KELUARGA
Keupayaan ibu bapa menawan hati dan minda anak.
Keupayaan mempengaruhi anak supaya rela mengikut ajaran – berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

BAGAIMANA MENAWANI HATI ANAK
Bina kepercayaan kepada kita
Bina rasa hormat kepada kita
Bina rasa yakin kepada kita
Bina rasa perlu akan kita

BAGAIMANA MENAWANI HATI ANAK
Bina rasa sepunya
Bina rasa dia (anak) terlibat
Bina rasa terpanggil dalam tugas
Tunjukkan kita ada nilai diri

BAGAIMANA MENAWANI MINDA ANAK
Jelaskan kepadanya yang dia mahu jadi apa
Berikan ruang kebebasan yang terkawal
Nyatakan harapan kita kepadanya dengan jelas

KEPIMPINAN IBU BAPA ALAF BAHARU
Pendidik
Pembimbing
Pendakwah
Penyatu

KEPIMPINAN IBU BAPA ALAF BAHARU
Model – contoh teladan yang baik
Pembuat keputusan
Penyelesai masalah
Pendorong

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Jadi proaktif
Ada agenda perubahan keluarga
Sedar diri
Ambil berat

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Imaginatif/Imaginasi
Kehendak tersendiri
Himpunan bank emosi

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Mulakan dengan ingatan matlamat
Mulakan matlamat yang jelas dalam keluarga
Tetapkan wawasan keluarga
Berusaha mencapai matlamat

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Menyoalkan apakah keperluan, tujuan perkahwinan, kewangan, anak-anak, cita-cita dll.
Fokuskan pada proses bagaimana melaksanakannya.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Utamakan yang utama
Keutamaan ialah keluarga kerana kekal bukan kerjaya, wang dll.
Banyak orang bercakap tentang pentingnya keluarga, tetapi amalan keutamaannya pada kerjaya, hobi dll.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG

Menang-Menang
Faham bagaimana membina semangat menang-menang dalam keluarga.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Yang penting dalam keluarga ialah bagaimana kita memberikan dorongan supaya berjaya.
Bagaimana membuat keputusan supaya anak berasa dia menang, kita menang.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Sesuatu harus dilihat secara menyeluruh bagi membolehkan kita berfikir menang-menang.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Prinsip berfikir menang-menang apabila kita dapat merasakan apa-apa yang penting untuk keluarga adalah penting untuk kita.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Perlu mewujudkan semangat kekeluargaan dan semangat kekitaan dalam keluarga.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Cuba memahami supaya difahami
Masalah besar dalam hubungan kekeluargaan adalah silap faham kerana tidak memahami hati satu sama lain.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Apabila kita faham, jangan pula cepat menghukum.
Hati manusia kekeringan/ ketandusan untuk memahami
Jadikan diri kita sentiasa mendengar dengan empati

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Manusia memerlukan kasih sayang daripada pelbagai cara. Fahami anak kita.
Binakan suasana bantu-membantu, kasih sayang, dorongan dalam kehidupan keluarga.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Mengasuh potensi anak sesuatu yang unik seperti mengembangkan potensi rohani, mental, dan sosialnya.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Keadaan masa kini – anak menghabiskan masa 7 jam bersama TV dan 5 minit bersama ibu bapa.
Kesannya – anak terlibat dengan pelbagai kelakuan yang merosakkan.

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Uruskan masa keluarga dengan wawasan dan matlamat keluarga.
Uruskan masa keluarga dengan secara berkesan seperti masa untuk mendidik, menyelesaikan masalah, masa berhibur dll.
TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Tajamkan gergaji
Setiap keluarga memerlukan masa untuk menyemakkan dan mengingatkan 4 bidang dalam hidup:

TABIAT IBU BAPA CEMERLANG
Aspek fizikal – menjaga kesihatan
Aspek sosial – menjaga kebajikan dan kasih sayang
Aspek mental – membincangkan dan berkongsi idea
Aspek rohani – hidupkan ibadat dan aktiviti mendekatkan diri dengan Tuhan

PEMIMPIN DALAM RUMAH TANGGA
Sinaran/contoh – cakap dan buat
Siaran – cakap tetapi tidak buat
Sialan – cakap lain buat lain

TIGA JENIS RUMAH TANGGA
Proses menternak
Tiada didikan agama
Terlalu banyak hiburan

TIGA JENIS RUMAH TANGGA
Proses mendidik (manusia) – baik, bermakna, beradab
Proses membonsaikan – membantutkan potensi, bakat, fitrah

FUNGSI KELUARGA
Memperluas hubungan keluarga
Memberikan ruang kebebasan
Benteng melindungi moral/akhlak
Menjaga kesinambungan umat
Pendidikan sepanjang hayat

GAYA KEPIMPINAN DAN KESAN KEPADA ANAK
DEMOKRASI/
SYURA MELAHIRKAN ANAK
Kawalan diri
Bertenaga
Gembira dan mesra
Mudah bekerjasama
Berorientasi
Bermatlamat

GAYA KEPIMPINAN DAN KESAN KEPADA ANAK
AUTOKRATIK
Tidak suka berkawan
Tidak gembira/ceria
Mudah marah
Ganas secara pasif
Tidak bermatlamat
Murung

GAYA KEPIMPINAN DAN KESAN KEPADA ANAK
LONGGAR/LAISSEZ FAIRE

Rendah dalam pencapaian
Suka memberontak
Rendah kawalan diri
Tidak bermatlamat

ANAK DITENTUKAN OLEH DUA PERKARA UTAMA
Baka (DNA)
Sekitaran dan Pemakanan
Baka yang sama jika dididik dalam sekitaran yang berbeza akan melahirkan hasilan yang berbeza.

INSAN TABII DAN ASUHAN
Insan pada asasnya mempunyai tabiat yang sesuai, yang membezakan kemudiannya ialah kelainan dalam asuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan