Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 6 Oktober 2008

Kisah Nabi Idris a.s

Tersebutlah kisah satu cerita
Nabi kedua Idris namanya
Penuh hikmah penuh rahsia
Kisah baginda di dunia yang fana

Tahukah kawan-kawan siapakah Nabi Idris ? Ya… Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam A.S. Baginda merupakan keturunan pertama yang menjadi nabi selepas Nabi Adam a.s. Nabi Idris juga merupakan orang pertama yang pandai menulis dan membaca. Baginda mendapat ilmu dan petunjuk daripada ِِِِAllah Taala yang memilihnya untuk memimpin umat manusia di zamannya. Firman Allah Taala.
Yang Bermaksud : Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. ( surah Maryam ayat 56 &57 )

Ya rakan-rakan
Rakan-rakan sekalian,
kita amat bertuah kerana sistem pendidikan negara kita amat menitiberatkan pendidikan Islam. Buktinya dengan wujudnya Program j-QAF yang mengutamakan pendidikan Al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain dan juga pelajaran jawi. Ini menunjukkan pendidikan negara adalah seimbang dari segi pendidikan dunia dan akhirat. Nabi muhammad s.a.w ada bersabda yang maksudnya, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang. Lihatlah, betapa Islam amat menekankan menuntut ilmu dalam hidup ini. Ini kerana hanya dengan ilmu nasib seseorang itu dapat diubah.

Lagu:
Beginilah nasib diriku yang malang…..oh…..Tuhan…..
Umatku…. tidak… beriman…

Ya kawan-kawan..
Kaum Nabi Idris telah melupakan perintah Allah s.w.t . Mereka tidak lagi beriman kepada Allah Taala bahkan mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka. Oleh itu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris a.s untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Maka nabi Idris pun mengajak mereka beriman kepada Allah. Baginda turut mengingatkan mereka tentang balasan dari Allah jika mereka tidak beriman.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 136
Maksudnya, Barang siapa kufur kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya dan hari kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.


Ya rakan-rakan
Tidak beberapa lama dahulu, kita dikejutkan dengan ajaran Ayah Pin yang menganggap dirinya sebagai nabi. Malahan ramai yang terpengaruh dengan ajarannya. Namun ia dapat ditumpaskan dengan kebijaksanaan kepimpinan Negara.
Seharusnya, kita sebagai umat Islam sedar bahawa tiada agama sebaik Islam dan Nabi Muhammad itu Rasul terakhir. Janganlah mudah terpengaruh dengan orang yang mendakwa bahawa dia adalah Rasul Allah.

Nabi Idris tidak berputus asa dalam mengajak kaumnya agar beriman kepada Allah Taala. Tetapi mereka tetap tidak mahu mendengar ajakan nabi Idris malahan mengejeknya. Namun begitu baginda tetap bersabar dengan sikap mereka. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal ayat 46.


Maksudnya:. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Lihatlah kawan-kawan, sehingga ke hari ini peristiwa begitu masih lagi berlaku seperti mana penyeksaan Umat Islam di Palestin ,Iraq dan Afganistan. Hal ini amat menyedihkan.

Oleh itu,dalam menempuh kehidupan seharian hanya keimanan dan kesabaran menjadi benteng pendinding diri.

Kisah berkait

Ya kawan-kawan

Walaupun dengan usaha yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai kejayaan yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan umatnya itu. Lalu baginda diarahkan oleh Allah untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya di tebing sungai Nil. Baginda menyeru agar mereka beriman kepada agama Allah dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan bertamadun. Firman Allah s.w.t
Maksudnya, “ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu”
Surah an-Nisa ayat 59

Namun akhirnya usaha baginda tidak sia-sia. Baginda berjaya membawa perubahan dari segi moral dan sosial hidup masyarakat tersebut.
Ya kawan-kawan…
Sebagai umat Islam, kita harus patuh dan taat kepada perintah Allah. Suruhan mengerjakan haji misalnya, menuntut pengorbanan bukan sedikit. Baik dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.
Namun..insyaallah…seandainya kita ikhlas, pasti Allah akan memudahkan hajat kita itu.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Nak tahu tak rakan-rakan?

Allah s.w.t. mengurniakan Nabi Idris dengan umur yang panjang. Baginda telah di angkat ke langit ketika berusia 365 tahun.

sekian,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan