Pada suatu hari ada sekumpulan katak kecil yang berlumba lari…
Destinasi mereka adalah untuk naik ke puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Katak penonton berkumpul mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.
Perlumbaan pun dimulakan..
Secara jujur:
Tidak seekor pun katak penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan berjaya sampai ke puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak... Kecuali mereka yang bersemangat terus menaiki menara tersebut dengan perlahan dan semakin tinggi.
-Katak kecil mulai jatuh satu persatu...
Katak penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tidak seekor pun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil berasa penat dan menyerah...
...Tetapi ada SEEKOR SAHAJA yang tetap melangkah dengan penuh bersemangat terus menuju ke puncak.
Dia tidak mahu menyerah kalah!
Akhirnya katak kecil yang lain semuanya telah menyerah kalah untuk terus menaiki menara kecuali seekor katak kecil yang terus berusaha keras dan telah menjadi satu-satunya katak yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!
SEMUA katak kecil yang lain ingin mengetahui bagaimanakah katak ini dapat berbuat demikian?
Seekor peserta bertanya: Bagaimanakah awak boleh berjaya dan mempunyai kekuatan untuk sampai ke puncak menara?
Setelah ditanya beberapa kali ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Nasihat dari cerita ini adalah:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif atau pun pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata-kata POSITIF yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Dan yang terpenting:
Bersikap PEKAKLAH jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan