Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Rabu, 8 Oktober 2008

Jiwa Bersih

Jiwa Yang Bersih

Kearifan insan budiman akan memahami jiwanya, apakah sedang sakit atau dalam keadaan sihat.
Insan budiman dapat menyelami sanubarinya sendiri sehingga memberikan penawar dalam jiwanya.

Kesihatan jasmani menjaminkan kebahagian di dunia sahaja
Kesihatan jiwa akan menentukan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Kematian jasad akan memutuskan hubungan dengan alam dunia
Kematian hati akan terus dirasai sebagai suatu kepedihan untuk selama-lamanya.

Sungguh menghairankan jika manusia sanggup meratapi jasad yang terbujur kaku.
Manusia tidak menangisi hati yang telah mati.
Jiwa atau hati yang mati lebih terseksa dalam menanggungkan penderitaan.
Hanya dengan mendekatkan diri kepada Ilahi, jiwa akan tenang, sentiasa bersih dalam mengharapkan keredaan-Nya.
Kebaikan dan ketaatan merupakan semua jenis makanan hati.

Makanan yang baik lagi halal untuk jiwa:
Zikrullah
Tilawatil Quran
Berdoa
Berselawat
Qiyamullail
Ibadah lain

Ikhlas Menyucikan Hati
Ikhlas adalah menetapkan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah secara murni.
Ikhlas adalah mengarahkan setiap tujuan hanya kepada Allah.
Ikhlas merupakan syarat diterima sesuatu amalan soleh.

Tiga perkara yang menjadikan hati seorang mukmin tidak akan menjadi pengkhianat:
Ikhlas beramal kerana Allah
Memberikan nasihat yang baik
Sentiasa teguh terhadap jemaah

Meluruskan niat
Dorongan dalam hati dan berfungsi ketika hati telah ditembusi oleh hidayat Allah.
Hati orang yang terbiasa akan perintah agama mudah baginya menghadirkan niat menuju kebaikan.

Nilai ketaatan berhubungan rapat dengan niat, baik dalam hal keabsahan mahupun untuk melipat-gandakan pahala.
Niat yang baik merupakan perbuatan yang semata-mata berdiri atas keinginan untuk mendapatkan keredaan daripada Allah.

Keseimbangan ilmu dan amal
Membimbing manusia meniti jalan menuju syurga.
Memperoleh petunjuk untuk mengenal Allah melalui jalan yang paling dekat dan cepat.
Menyinari manusia di tengah-tengah kegelapan kebodohan, keraguan, dan penyelewengan terhadap nilai Islam.

Hati yang Sihat/Suci (Qalbun Sahih)
Suci daripada hawa nafsu yang menentang dan menyimpang daripada perintah dan larangan Allah.

Hati dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah
Penuh dengan iman dan takwa
Terjauh daripada tuntutan iblis, syaitan, dan hawa nafsu

Hati yang mati (Qalbun Mayyit)
Tidak pernah mengenal Ilahinya
Tidak menyembah Allah
Tidak mencintai & reda kepada-Nya
Berdampingan dengan syahwat dan menuruti keinginannya

Hati yang sakit (Qalbun Maridh)
Hati yang memiliki kehidupan, tetapi tersimpan benih-benih penyakit.
Beriman dan bertawakal, ikhlas dan tawakal ialah makanan untuk menghidupkan hati
Dua dorongan – mengajak menuju Allah dan menuruti hawa nafsu

Bercampur aduk/ baur antara hak dan batil
Hati yang berpenyakit
Tidak dapat membezakan hak dan batil secara jelas
Makruf fan mungkar bercampur aduk

Ciri-ciri hati yang sakit
Tiada terasa sakit dan pedih akan kemaksiatan.
Tidak dapat membezakan nilai kebenaran dan kebatilan.
Menolak kebaikan tetapi mengambil keburukan.

Hati yang benar-benar nampak kebesaran dan keagungan Islam
Berasa amat takut hendak melanggari titah perintah Allah
Berpegang teguh akan ajaran dan tuntutan agama
Tinggi iman dan takwa

Makanan yang paling baik bagi hati ialah iman
Ubat yang paling mujarab ialah Al-quran.
Hati yang sihat mengutamakan sesuatu yang bermanfaat dan menyembuhkan kuman penyakit dalam hati.

Ciri-ciri hati yang sihat
Mementingkan dan mengutamakan akhirat daripada dunia.
Terasa sakit apabila tertinggal wirid/ zikrullah dan ibadah lain.
Sentiasa merindui untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Tujuan hidup hanya satu, iaitu taat dan patuh kepada Allah.
Hilang semua kegundahan pada kenikmatan dunia apabila sedang melakukan solat.
Menghargai dan tidak mensia-siakan waktu

Tidak pernah terputus dan malas daripada mengingati Allah.
Lebih mengutamakan kualiti atas sesuatu amalan daripada kuantitinya.

Penyebab Sakit Hati
Banyaknya fitnah yang ditujukan kepada hati
Fitnah itu berbentuk fitnah syahwat dan subahat
Menghancurkan tujuan hidup dan iradat seseorang

Hati yang ternoda
Hati yang ketika melihat fitnah langsung menerimanya
Kesamaran antara yang baik dan yang mungkar.
Memandangkan suatu kebaikan sebagai suatu kemungkaran, dan kemungkaran sebagai suatu kebaikan.

Hati yang ternoda:
Menjadikan hawa nafsu sebagai hakim dan pembimbing yang wajib diikuti dan dipatuhi
Menanggalkan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Hati Yang Bersih
Hati yang putih bersih/suci
Terpancar terang benderang cahaya iman
Jika melihat fitnah, bersegera berpaling dan menghindarinya

Empat jenis racun hati
Berlebihan dalam berbicara
Berlebihan dalam memandang
Berlebihan dalam makan minum
Berlebihan dalam bergaul

Penawar hati agar sentiasa sihat
Zikrullah
Tialwatil Quran
Beristighfar
Banyak berdoa
Berselawat kepada Rasulullah
Qiyamullail

Mendidik jiwa sentiasa zuhud
Menanggalkan segala bentuk kecintaan terhadap duniawi
Segala yang terdapat di dalam dunia hanya milik Allah
Pasrah hanya kepada Allah
Mensyukuri segala nikmat Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan