Islam berasal dari bahasa arab yang terbitnya daripada 'Salam'yang bermaksud sejahtera,aman,damai.Dari segi Syarak pula ia membawa maksud agama yang mentauhidkan Allah,patuh,tunduk dan berserah diri kepadaNya dan beriman dengan apa yang di bawa oleh Nabi Muhhamad Saw.
Firman Allah dalam surah al Maidah 5:3
" Dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untukmu"
Pengertian Islam
Pengertian Islam banyak digunakan dalam al Quran dengan pelbagai makna,seperti dalam surah yunus 72 yang membawa makna patuh,tunduk dan berserah diri
Firman Allah dalam surah Yunus 10:72
"Dan aku pula diperintahkan supaya menjadi golongan orang orang Islam ( yang berserah diri bulat bulat kepada Allah)'
Manakala Nabi Yusuf a.s pula menyebut dalam doanya seperti dalam firman Allah surah Yusuf 12:101
"Engkaulah penguasa dan penolongku didunia dan akhirat,sempurnakanlah ajalku(selamat sejahtera,bersih dan suci tatkala matiku)dalam keadaan Islam dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang salih"
Kesimpulannya,Islam ialah satu agama mengenal diri dan meyakini bahawa tiada tuhan selain Allah.Dialah yang menciptakan alam ini dan seisnya.Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab sebagai khalifah didunia ini dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.
Keistemewaan Islam
Agama yang istemewa ini adalah agama yang diturunkan sebagai panduan kepada manusia.Allah menurunkan agama ini adalah untuk membimbing mereka kepada jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan dan mempercayai Allah yang maha Esa selaku pencipta Alam,manusia akan memenuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangannya.
Islam merupakan satu sistem hidup yang lengkap telus dalam segala skop kehidupan.tanpa peggangan terhadap agama Islam sudah tentu dunia ini akan menjadi huru hara,kejahatan bermaharajalela,sedangkan Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah adalah memakmurkan dunia dan melakukan kerja kerja yang baik serta memberi faedah kepada manusia dan isinya.firman Allah dalam surah al Imran 3:3
" Ia menurunkan kepadamu ( wahai muhammad )kitab suci (al Quran)dengan mengandungi kebenaran,yang mengesahkan kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya,dan juga yang menurunkan kitab kitab Taurat dan Injil".
Islam adalah agama yang sesuai untuk manusia ia datang dari Allah SWT yang menjadi pengawal bagi kehidupan manusia.Undang undang Allah tidak pernah berubah sebagaimana undang undang manusia yang dipengaruhi hawa nafsu ,perkauman, semangat kenegerian.sedangkan undang undang Allah adalah mutlak,muktamad,adil dan saksama untuk semua bangsa,masa dan ketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan