Metodologi Fitrah / Alam segajat
Jiwa
manusia merupakan suatu peti yang terkunci rapat. Ia merupakan suatu teka –
teki yang sulit dan mencabar akal fikiran manusia.Ahli – ahli falsafah serta
pemikir dari zaman awal sehingga kini cuba untuk merungkai kunci yang masih
belum terbuka, bagaimana pun mereka masih belum lagi Berjaya. Usaha – usaha
berterusan hingga kini dan tamadun kini memberi perhatian yang besar kepada
ilmu psikologi. Kajian yang telah dibuat oleh penyelidik dan beberapa intutusi
ditubuhkan, teori – teori yang baru dikemukankan dan banyak penulisan telah dihasilakan, sehingga
manusia menyangka bahawa mereka telah Berjaya mengenali jiwa, memahami rahsia
dan keunikannya. Ternyata ia merupakan pendapat – pendapat yang hanya bermula
di awalan sahaja yang belum sampai kepada pengetahuan yang sebenar tentang
kejiwaan dan tidak sampai ketahap yang ilmiah yang mantap.
Mengetahui
jiwa adalah sesautu perkara yang amat penting bagi dakwah, kerana dakwah
berbicara dengannya. Apakah metodologi yang sesuai untuk mendidiknya dan apakah
perundangan atau peraturan yang akan digunakan untuk membentuknya perlu
diketahui.usaha – usaha yang dilakukan dalam bidang ini tanpa pengetahuan yang
cukup mengenai jiwa itu sendiri, merupakan usaha – usaha yang sia kerana ia
diasaskan kepada sangkaan semata – mata atau dibina atas dasar kesamaran.
Metodologi
al – Quran menyeru pakar jiwa menggunakan metodologi yang maha mengetahui
mengenai rahsianya. Yang mengetahui apa yang dapat merosakanya dan apa yang
dapat menyuburkannya . yang amat mengetahui sumber – sumber kekuatan dan
kelemahannya sebagaimana firman Allah dala surah al-Mulk 67:13-14
“dan tuturkanlah
perkataan kamu Dengan perlahan atau Dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya
kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan Segala (isi hati)
Yang terkandung di Dalam dada.” “tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian
makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya,
lagi Maha mendalam PengetahuanNya!”
Metod
al – Quran yang pertama di dalam mendidik jiwa ialah dengan mengembalikan
kepada fitrah semulajadi yang suci membersihkan dari kekotoran warisan ,
persekitaran , kepercayaan yang karut marut dan ikutan. Asas fitrah semulajadi
tersebutialah “ tauhid”. Jiwa akan maengenal Tuhannya tetapi kadang – kadang
terhalang untuk sampai kepadannya disebabkan kejahilan, persekitaran dan
ikutan. Bagaimana pun yang mendalam didalam jiwa tidak dapat menafikan keesaan
Allah swt sebagai mana firman Allah
dalam surah Al – A’araaf
7:172-173
“ dan (ingatlah Wahai
Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun)
dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka
sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan
kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami
menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat
kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini".
“ atau supaya kamu
tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa Kamilah Yang melakukan syirik
dahulu sedang Kami ialah keturunan (mereka) Yang datang kemudian daripada
mereka. oleh itu, Patutkah Engkau (Wahai Tuhan kami) hendak membinasakan Kami
disebabkan perbuatan orang-orang Yang sesat itu?"
(setelah jelas
kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,
Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama
Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.
Bukti tentang fitrah itu ialah
bahawa manusia secara semula jadinya merasakan ia berhajat kepada kuasa
tertentu. Sinaran bimbingan dan ketenangan merupakan khendak perasaaan yang
mendalam dalam diri manusia.Semoga fenomena penyembahan serta pemujaan kepada
selain dari Allah adalah merupakan pelepasan kepada perasaan tersebut serta
tindak balas kepada perasaan semulajadi itu, tetapi ia telah menyeleweng dari
jalan yang lurus serta cara yang benar.
Keperluan ini
jelas apabila manusia ditimpa kecelakaan serta sengsara. Apabila tersepit dan
semua pintu dihadapanya tertutup, maka tercetuslah dalam hatinya penumpuan
kepada kuasa yag semulajadi itu, bergantung kepadaNya dan memohon kepada – Nya
. Manusia akan meminta pertolongan daripada – Nya dengan penuh ikhlas agar
dilepaskan daripada kesengsaraan. Seorang pesakit yang terlalu menderita dengan
penyakitnya,seorang ibu yang putus harapan melihat penderitaan anak nya apabila
tidak ada lagi punca bantuan diatas muka bumi ini, maka mereka akan menghadap
dengan sepenuh jiwa memohon kepada Allah s.w.t semata – mata tidak kepada yang
selain dari – Nya.
Firman Allah
dalam surah al – Israa 17:67
“dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat
itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk Yang kamu seru selain
dari Allah”.
Firman Allah
dalanm surah Yunus 10:22
“ Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut
(dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga
apabila kamu berada di Dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju
membawa penumpang-penumpangnya Dengan tiupan angin Yang baik, dan mereka pun
bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut Yang kencang,
dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari Segala penjuru, serta mereka
percaya Bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa
kepada Allah Dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata
(sambil merayu Dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan Kami dari bahaya ini, Kami tetap menjadi orang-orang Yang
bersyukur".
Seorang lelaki
bertanya kepada Ja’far al Sadiq mengenai Allah, maka kata Ja’far, “ Pernahkah
kamu belayar dilautan ? Jawab orang itu ya, maka kata Jaafar, pernahkah kamu
dilanda taufan? Jawabnya lagi ya, maka kata jaafar lagi, Apaka pada waktu itu
terlintas dalam hati kamu bahawa disana ada yang dapat menyelamatkan engkau
kalau ia khendaki, Maka jawab orang itu , ya, maka kata Ja’far, Itulah Allah.”
Nabi Ibrahim a.s sebelum beliau
diutuskan menjadi nabi adalah seorang yang mempunyai perasaan yang murni, jauh
pandangan , bijak serta luas pemikirannya. Beliau dibesarkan ditengah golongan
yang menyembah berhala. Perasaan semulajadi tidak dapat menerima perkara
tersebutlalu ia berusaha untuk mencari Allah yang sebenarnya. Beliau meneliti
alam segajat untuk mencari TuhanNya sehinggalah beliau menemuinya, jesteru
itulah al – Quran menjadikan Nabi Ibrahim sebagai contoh orang yang mempunyai
perasaan semulajadi yang murni. Perasaan yang tidak tercemar serta pemandangan
yang tajam yang tidak dikaburi oleh sesautu. Ini membuktikan tentang ketulinan
perasaan semulajadi didalam diri manusia tersebut.
Firman Allah
dalam surah al – An’aam 6:75-79
“ dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi
Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya
menjadilah ia dari orang-orang Yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin. maka
ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar),
lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu
terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam
hilang". kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya),
Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam,
berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh
Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat". kemudian apabila
Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia:
"Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia
berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa
Yang kamu sekutukan (Allah dengannya). "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan
diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas
dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan
sesuatu Yang lain)".
Kepercayaan
kepada Allah bukanlah suatu kelebihan pemikiran , nukan sesautu yang menempel
dalam jiwa, bukan sesautu yang terpisah dari kehidupan dan ia bukanlah satu
fenomena ketakutan atau kelemahan, malahan ia merupakan satu fitrah semula jadi
yang dibekalkan oleh Allah, Ia merupakan satu keperluan yang dituntut oleh jiwa
dan roh manusia. Kalau tidak dipenuhi ia akan kekosongan dan merupakan
keruntuhan perasaan dalaman yang tidak dapat dibangunkan lagi, seperti gejala
kegelisahan yang dihadapi oleh masyarakat Atheis, begitu juga kes membunuh
diri, menjadi gila serta tidak siuman, meluaskan kepercayaan khurafat serta amalan
– amalan seperti menilik nasib dan berhubung dengan roh – roh si mati merupakan
tanda – tanda kekosongan jiwa.
Kepercayaan kepada Allah merupakan
suatu sumber kekuataan paling besar bagi seorang mukmin, yang menghubungkannya
dengan kekuaataan Allah ysang tiada tandingan. Allah memberikan kepadanya
pertolongan yang tidak putus disamping memberikan perlindungan kepadanya. Ia
bukanlah sesautu yang khurafaat, sangkaan atau khayalan, malah ia merupakan
diantara hakikat kejadian ala mini. Ia adalah sunnah Allah yang abadi dan
diantar4a fenomena yang ketara dalam kewujudan ini . Al- Quran menekan perkara
ini, memantapkan asasnya serta mendidik orang Islam berpeggang dengannya
sehingga ia merupakan suatu yang dirasai dalam diri orang Islam yang seolah –
olah dapat disentuh , dilihat oleh indera. Ia merupakan matlamat utama bagi
segala risalah di samping ia merupakan dakwah yang menjadi seruan seluruh
Anbia’ dan Rasul.
Firman Allah
dalam surah Al – Anbiyaa’ 21:25
“dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad)
seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu,
Beribadatlah kamu kepadaku".
Inilah matlamat
penciptaan makhluk disamping matlamat kewujudan ini . Firman Allah dalam surah
Adz Dzaariyaat 51:56-57
“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak
sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.”
Sebelum al
_Quran diturunkan manusia hidup bergelumbangan dengan penyembahan berhala dan syirik kepada Allah .
Mereka menggunakan berbagai berhala dan patung dan ada pula yang mendakwa tuhan
mempunyai anak. Bagi kalangan masyarakat Arab anak tuhan bagi mereka ialah
Uzair dan kalangan orang – orang Nasrani pula
ialah Nabi Isa. Agama Islam jelas mengemukakan akidahnya secara terang
dan jelas, tanpa kekeliruaan dan tanpa
bercanggah dengan logika dan pemikiran, sementara itu dalam usaha membawa alas
an serta bukti, al Quran tidak menggunakan logika yang rumit, dan bukan
kefahaman berpandukan akal semata – mata, tetapi sebaliknya ia menggunakan alas
an yang mudah yang dapat menembusi fikiran dan hati. Alasan yang dapat
menyentuh fikiran serta perasaan , disamping mengemukakan hujjah yang kuat
serta bernas yang tidak memerlukan perdebatan . Alasan yang jelas maka manusia
menerima atau menolak.
Firman Allah
dalam surah al – Ikhlas 112 :1-4
“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah
Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Kemudian al –
Quran membentangkan dalil atau keterangan , firman Allah dalam surah al
–Mukminun 23:91
“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak
ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah
tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya
Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan
setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka
(yang musyrik) itu”
Begitu juga
firman Allah dalam surah al –Anbiya 21:21-22
Adakah
benda-benda dari bumi Yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan
semula sesuatu Yang mati? kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain
dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu
kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang mempunyai Arasy, dari
apa Yang mereka sifatkan.”
Sebagai menjawab kepada orang – orang Nasrabni
yang kesamaran tentang kelahiran Nabi Isa a.s., al Quran telah menceritakan
kisah kelahirannya dan menyatakan bahawa kalau ia dilahirkan tanpa ayah maka
sebelum ini Allah telah menjadikan Nabi Adam tanpa ayah dan ibu. Firman Allah
dalam surah Ali Imraan 3:59
“ Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di
sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan
Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka
menjadilah ia.”
Pendekatan al –
Quran tidak bersikap mengelak atau berdebat, al –Quran dengan tujuan memberi
kepuasaan telah mengambil kira pendekataan dengan menimbulkan cirri – cirri
kebaikan serta menyentuh keimanan yang tersemai dalam diri. Firman Allah dalam
surah Ali Imraan 3:61
“ kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad)
mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah
kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu,
dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami
serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta
kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta".
Ayat ini juga
ayat sebelumnya, diturunkan – sempena rombongan dari daerah Najran. Mereka
adalah suku Arab yang memeluk agama Kristian dan tunduk kepada kekuasaan
Rome.Orang Rome telah membina bagi mereka gereja – gereja serta membekalkan
mereka dengan makanan dan harta benda. Apabila nabi menghantar utusan kepada
mereka pada tahun ke 9 Hijrah, menyeru mereka memeluk agama Islam, mereka telah
menghantar satu rombongan untuk menemui Rasulullah yang terdiri dari ketua –
ketua agama mereka untuk berbincang dengan nabi. Apabila mereka sampai ke
Madinah maka Nabi menyeru kepada mereka untuk memeluk Islam, maka mereka
berkata, “ Kami telah memeluk agama Islam sebelum engkau lagi”. Maka jawab
Rasulullah, Kamu terhalang dari agama Islam kerana kamu mendakwa bahawa Tuhan
mempunyai anak”, maka Tanya mereka, kalau begitu siapa bapanya”. Bersempena
dengan ini turunlah ayat al – Quran dalam surah Ali Imran . Apabila Rasul
membacakan ayat tersebut kepada mereka, mereka enggan menerimanya dan mereka
tidak berpuas, lalu Rasulullah menyeru mereka untuk beribtihal kepada Allah
seperti yang dianjurkan oleh al Quran . Seruan ini memberi kesan yang besar
terhadap diri mereka, mereka telah dikembalian kepada fitrah semulajadi mereka.
Tidak ada lagi perasaan bimbang untuk menganut agama Islam kecuali takut akan
kehilangan kekuasaan serta penarikan bantuan dari orang – orang Rome . Mereka
berbincang sesame mereka, kata mereka ;
“ Demi Allah wahai kaum Nasrani!
Kamu sekalian tahu bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah. Ia membawa kepada
kamu berita pemutus tentang Nabi kamu. Kamu sekalian tahu bahawa tiada ada
suatu kaum pun yang melaknatkan nabi akan selamat,sekiranya kamu masih lagi
berpeggang dengan agama kamu dan masih memandang Nabi kamu kamu seperti yang
kamu katakan, maka hendaklah kamu berdamai dengan orang ini ( Nabi ) dan
baliklah ketempat kamu.
Kata – kata ini
menunjukan betapa ayat – ayat al –Quran meninggalkan kesan keatas mereka serta
kesan beribtihal kepada Allah dengan membawa kebenaran. Al – Quran telah
menyentul hati serta menembusi fitrah semulajadi mereka. Hal ini tidak mampu
dilakukan dengan perdebatan. Mereka telah berdamai dengan Rasulullah dan tidak
mengancam baginda kembali. Jesteru baginda telah menghormati mereka dan telah
membenarkan mereka bersolat dimasjidnya serta baginda memenuhi permintaan
supaya mengutuskan Abu Ubaidah bin al – Jarrah untuk menjadi hakim ditempat
mereka bagi memutuskan beberapa perselisihan yang timbul disana.
2.Alam sejagat
Al – Quran
mengajak manusia supaya memerhati serta merenungi tanda – tanda kebesaran Allah
yang ada dibumi dan dilangit, Alam ini merupakan bahan untuk berfikir, sebagai
lembaran buku pengetahuan disamping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan
peraturan. Apabila hati kita terbuka melihat hakikat kewujudan ini, akan terasa
seperti berhadapan dengan penyelarasan yang mutlak, keindahan yang
mempersonakan serta pentadbiran yang mengkagumkan.
Ilmu sains morden telah Berjaya
menyingkap rahsia kewujudan dilangit dan dibumi. Ia merupakan sesautu yang
mengkagumkan pemikiran manusia, mahu atau tidak ia akan mengakui tentang
kesatuan pentadbirannya dan peraturan – peraturannya.Firman Allah dalam surah
Fussilat 41:53
Kami akan
perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Metodologi al
–Quran didalam pendidikan berasaskan kepada hakikat kesatuan dalam alam ini.
Kesatuan Allah yang disembah, kesatuan peraturan yang meliputi semua kewujudan
di alam ini, kesatuan tenaga yang menjadi sumber peraturan tersebu serta patuh
kepadanya. Kesatuan umat yang beriman kepada agama ini.kesatuan tempat lahirdan
tempat kembali. Kesatuan yang menyeluruh ini merupakan asas akidah didalam al
_Quran dan ia menentukan pengertian kesatuan secara sempurna. Ia juga
menentukan hubungan antara manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan
alam serta segala yang terdapat di dalamnya.keyakinan kepada kesatuan dalam
pengertian ini merupakan jalan kearah kekuataan jiwa yang tersembunyi.
Memurnikan dorongannya, menjauhkan dari ikatan hawa nafsu yang membelenggu
serta berjaya mengalahkan punca- punca kelemahan.
Pengakuan keesaan adalah suatu
fitrah yang harus diberikan pengertian serta ruang lingkupnya.jiwa harus
mengetahui Tuhannya yang sebenarnya.mengetauhi nama dan sifatnya dan perbuataNya
sehingga tenang berlindung dibawahnya, dengan itu ia akan menyembah denan
kesedaran, cinta dan keyakinan.untuk itu al – qurantelah mengemukakan maklumat
dan pengetahuan yang memenuhi matlamat tersebut dan memberikan penjelasan yang
paling luas dan sempurna. Bertolak dari titik pengakuan keesaan yang murni yang
tidak dicampuri oleh sebarang syak wasangka atau kekeliruan, menafikan secara
mutlak setiap prasangka yang membawa pengertian adanya sekutu serta anak
kepada-Nya sebagaimana firman Allah dalam surah al ikhlas 112 :1-4
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah
Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak
diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Al –Quran
mewujudkan hubungan secara langsung antara Allah dan hambanya, tanpa memerlukan
kepada rahib atau perantaraan .Dia adalah yang paling hampir dengan hambanya.
Dia mendengar doa hambanya seterusnya akan memenuhi permintaa hambanya. Tidak
ada sesautu yang rumit untuk ditanggapi, atau teka teki yang memerlukan kepada
pakar untuk menghuraikannya atau memerlukan syafaat yang dikuasai oleh wali –
wali atau orang – orang suci. Firman Allah swt dalam surah al –Bakarah 2:186
“dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”
Bersambung.......