Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Selasa, 30 April 2013

Umat Islam Umat Yang Bersatu Padu

SESUNGGUHNYA ISLAM ITU MENITIK BERATKAN PERSAUDARAAN , FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL HUJURAT AYAT 10 " SEBENARNYA ORANG YANG BERIMAN ITU BERSAUDARA,DAMAIKANLAH DIANTARA DUA SAUDARA KAMU YANG BERTELINGKAH DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BEROLEH RAHMAT" IMAM IBN KATSIR DALAM MENJELASKAN AYAT INI MENGATAKAN BAHAWA PERSAUDARAAN ITU WUJUD DIATAS IKATAN PERPADUAN ISLAM, SEBAGAIMAN ASABDA BAGINDA " SEORANG MUSLIM ITU BERSAUDARA,JANGAN KAMU MENZALIMI DAN JANGALAH KAMU MENCACINYA" [BUKHARI,MUSLIM] PERSAUDARAAN SESAMA MUSLIM TIDAK AKAN DIRASAI DENGAN SERTA MERTA TETAPI IA HENDAKLAH DIBINA, DIPUPUK DAN DIUSAHAKAN OLEH SETIAP INDIVIDU.PERSAUDARAAN YANG DIBINA BERASASKAN ISALM,BERPAKSIKAN KETAKWAAN ADALA PERSAUDARAAN YANG UTUH DAN JITU YANG MAMPU MELAHIRKAN UMAT ISLAM DENGAN SATU MATLAMAT, SATU PANDANGAN DALAM SATU SUARA. DIANTARA PERKARA- PERKARA YANG BOLEH MEMBERI KESAN BESAR TERHADAP PERHUBUNGAN SESAMA MUSLIM YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH KITA ADALAH SEPERTI BERIKUT :- 1) UCAPKANLAH SALAM KETIKA KITA BERTEMU DIANTARA SATU SAMA LAIN.SEBAGAIMAN FIRMAN ALLAH DALAM SURAH NIS'A AYAT 86 " DAN APABILA KAMU DIBERIKAN PENGHORMATAN DENGAN SESAUTU UCAPAN SEPERTI MEMBERI SALAM ,MAKA BALASLAH PENGHORMATAN TERSEBUT DENGSN LEBIH BSIK ATAU BALASLAH DIA DENGA CARA YANG SAMA,SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENGHITUNG TIAP-TIAP SESAUTU" 2) RINGANKAN TULANG, MEMBANTU SESAMA MUSLIM MENGIKUT DAYA KEMAMPUAN MASING -MASING, KALAU KITA BIJAK MAKA KITA BOLEHLAH MEMBERIKAN IDEA- IDEA YANG BERNAS BAGI MENYELESAIKAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI, KALAU TIDAK DAPT MENYUMBANG DARI SUDUT IDEA MUNGKIN KITA MAMPU MENYUMBANG DARI SUDUT HARTA BAGI MERINGGANKAN BEBANAN YANG TERTANGGUNG OLEH INDIVIDU TERTENTU ATAU PUN KALAU KITA TIDAK MAMPU JUGA MAKA SUMBANGKANLAH DARI SUDUT TENAGA KERANA NABI BERPESAN YANG MAKSUDNYA " ALLAH AKAN SENTIASA MENOLONG HAMBANYA SELAGIMANA HAMBANYA ITU MEMBANTU SUDARA YANG LAIN" [ IMAM MUSLIM] 3) MENDOAKAN SUDARANYA YANG LAIN, INI TELAH MENJADI AMALAN DIMALAYSIA DAN SELURUH DUNIA UMAT ISLAM , YANG PERLU DICONTOHI OLEH GENERASI KEGENERASI WALU PUN SAHABATNYA ATAU SAUDARANYA TIADA,MENDOAKAN UNTUK KEBAIKAN DAN BUKAN SEBALIKNYA, APABILA KEBAIKAN YANG KITA MINTA SUDAH PASTI AKAN MEMBERIKAN IMPAK YANG BAIK UNTUK SELURUH UMAT ISLAM, APALAH GUNA KITA MENDOAKAN PERKARA YANG BURUK KEPADA ORANG YANG MEMUSUHI KITA ATAU YANG MENZALIMI KITA KERANA IMPLIKASINYA JUGA AKAN DIRASAI OLEH ORANG YANG DISEKELILING KITA, SEBAGAI CONTOH SESORANG MENZALIMI KITA JESTERU ITU KITA MENDOAKAN AGAR DIA DITIMPA KEMALANGAN, AKHIRNYA DOA KITA DIMAKBULKAN DIA KEMALANGAN, KITA BERPUAS HATI DENGAN PEMBALASAN TERSEBUT AKAN TETAPI BAGAIMANA PULA DENGAN KELUARGANYA..? ANAK - ANAK YANG KECIL YANG DITINGGALKAN? TIADA BERBAPA? ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA KITA BERDOAKAN AGAR DIBUKAKAN HATINYA UNTUK MENGIKUT JALAN YANG BENAR, JALAN YANG MEMBAWA KEBAIKAN, MUNGKIN SAHAJA DIA AKAN BERUBAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA KITA..OLEH ITU SAYA BERPENDAPAT BERDOALAH DENGAN MEMOHON PERKARA - PERKARA YANG BAIK YANG LEBIH MNEGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK. SUDARA- SUDARA KU SEKALIAN. DALAM MASALAH KEMPEN PILIHAN RAYA KE 13, KHUSUSNYA DIMALAYSIA, MARILAH KITA BERSAMA - SAMA BERFIKIR SEJENAK TENTANG SEGALA PERBUATAAN YANG KITA LAKUKAN UNTUK MERAIH UNDI-UNDI BAGI MENYOKONG KITA,APAKAH KITA MENGGUNAKAN CARA YANG BERKHEMAH, BERSIKAP ADIL ATAU PUN KITA SANGGUP MELAKUKAN APA CARA SEKALI PUN ASALKAN MATLAMAT KITA TERCAPAI...PERLULAH KITA MEMIKIRKAN SEBAIK BAIKNYA, KERANA APA YANG KITA LAKUKAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA DIRI KITA. TIDAK ADA SESAUTU YANG AKAN KEKAL DAN KITA AKAN DIKEMBALIKAN UNTUK DIPERSOALKAN APA YANG TELAH KITA LAKUKAN.BUKTI-BUKTI TELAH PUN ALLAH BERIKAN DAN DISAMPAIKAN MEMALUI NABI DAN RASULNYA. OLEH YANG DEMIKIAN BERBUATLAH KEBAIKAN,LAKSANAKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN DENGAN JALAN YANG BAIK DENGAN AMANAH . BAGI PENGUNDI PENGUNDI, SATU NASIHAT PERCUMA DARI SAYA, MENGUNDILAH SECARA BIJAK SANA, JADIKANLAH ILMU SEBAGAI PENUNJUK JALAN, BUKAN KERANA KETAKSUBAN ATAU TERIKUT - IKUT DENGAN RENTAK ORANG LAIN, TANYA DIRI APA YANG INGIN DIHARAPKAN..UNDILAH UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK PADA MASA HADAPAN.JANGAN KITA KHUATIR APA YANG TELAH DIBISIKAN OLEH HATI SETELAH BERFIKIR..MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR UNDI KITA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SELURUH MASYARAKAT....SAYA MEMILIH UNTUK MENGUNDI......

Selasa, 16 April 2013

siapakah yang patut di undi dalam piliharaya akan datang?

siapakah yang patut di undi dalam piliharaya akan datang? Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding. Renungan.. Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58). beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini; Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36). Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak. Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26). Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217). Ayat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan.

Marilah Mengundi

Pilihan raya semakin dekat..jum kekawan kita bincang mana satu yang kita nak pilih waktu mengundi ni...kekalkan sedia ada atau kita tukar yang baharu..maklumlah barang baru mesti lebih baik dari yang lama..hahaha begitulah suasana di kedai kopi bagi anak -anak muda .. tapi taklah semua yang buat perangai lagu ni..ada yang bijak - bijak .. biarlah bicara ni bersifat santai jer..tk maulah dok nak panggil wartawan untuk menzahirkan kita ni penyokong tegar kepada sesautu ...kekadang amik gambar jer lebih tapi...hehe sendiri mau ingatlah ....baik yang muda mau pun yang seniour perlulah menggunakan alat yang telah dikurniakan Allah kepada kita yang cukup besar nilainya iaitu akal. biarlah akal ini diisi dengan ilmu terlebih dahulu jangan lak kut nafsu... apabila kita melihat maka berfikirlah, analisislah dengan ilmu jangan taksub sangat nanti buta tak nampak yang mana satu jalan kebenaran.Sokonglah seseorang itu yang berpeggang teguh pada agamanya,jangan dok jadi lalang tu yang boleh kena main jer, jadi kambing hitam, jadi pak turut, kita tak mau lagu ni...kita generasi yang hebat kita menolak pemimpin yang tidak berakhlak,yang berpolitik sekitar tali perut dia...kita mahu pemimpin yang mengangkat rakyat, yang mengakui bahawa apa yang dilakukan adalah semata - mata untuk kebaikan rakyat,mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan menolak keburukan yang akan menimpa kepada rakyat. kita mahu pemimpin yang boleh membawa negara kita lebih cermelang dari yang ada, kita mahu pemimpin yang dapat mengangkat martabat agama,bangsa dan negara, kita mahu pemimpin yang dapat mengangkat ekonomi berbilang bangsa khususnya orang Melayu, kita mahu pemimpin yang berjiwa kental sangup mengharungi ujian walaupun dalam kepayahan.kita menolak pemimpin yang yang bacul, kita menolak pemimpin yang korup,kita menolak pemimpin yang tiada akhlak,kita menolak pemimpin yang tidak bermoral... kita juga menolak pemimpin yang menggunakan kata - kata fitnah,kita menolak pemimpin yang melondehkan peribadi lawan kita mahu pemimpin yang berpandangan jauh, memberi makluman apa yang akan terjadi sekiranya dia menjadi seorang pemimpin.INGATLAH ..rakyat telah pun jemu dengan sendiwara, rakyat telah pun celik mindanya janganlah perbodohkan rakyat dengan berdrama. Nasihat bagi pemimpin buktikan anda layak untuk memimpin nasihat untuk pengundi jangan mudah terperdaya dengan sendiwara...mohon pada Illahi petunjuk agar kita mengundi pada yang berhak untuk mewakili.....