" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Selasa, 6 November 2012
Terpingirnya Aku..
bagaimanakah hendak aku katakan
apa yang bergelonjak didalam hati ku
kerana tiada siapa yang mengindahkan
tentang diriku dikala ini.
dahulu aku adalah kebanggaan
yang perlu dititipkan
dari generasi kegenerasi,
menjadi lambang
sebelum bangsaku merdeka.
kini
aku bagaikan pepohon yang layu
tanpa kehijauan,
terbiar tanpa penjagaan,
aku bagaikan melukut ditepi gantang
bagaikan sisa-sisa makanan dijalanan.
siapa yang ingin mengutipku
yang tercampak didunia kehinaan
hari demi hari..
tiada yang indah
malam juga sentiasa berubah
tetapi bangsa semakin alpa,
salah siapa?
kupinta suatu hari nanti
agar ada segelintir manusia
memperjuangkan nasibku
memperjuangkan martabatku
sebagai sebuah agenda utama
demi mempertabatkan Agama,Bangsa dan negara.
kerana aku adalah sebuah tulisan jawi..