Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 14 November 2011

Jangan Lupa Diri Apabila Mendapat Nikmat

" Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan merayulah ia kepada kami( dalam segala keadaan) sama ada ia sedang baring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah olah ia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya( Sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah derelokan pada pandangan orang orang yang melampau apa yang mereka lakukan"

( surah Yunus 12 )

sahabat sekalian..,

telah menjadi lumrah kehidupan ini apabila kita ditimpa musibah maka kita akan mengadu nasib kepada yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT .sepanjang kesusahan tersebut tidah henti henti kita memohon kepadanya baik dalam keadaan apa sekali pun, air mata tekadang tercurah memohon kepadaNya agar prmohonan ini dikabulkan.Namun apabila kita telah dilepaskan Oleh Allah SWT daripada kesusahan tersebut maka kita menjadi lalai,sombong diri seolah olah kita tidak pernah memohon kepadaNya,ibarat kacang lupakan kulit...

kehidupan manusia tidak terlepas daripada perkara ini,oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur terhadap segala nikmat yang diberikan,dan jangan lupa Allah SWT, yang mana nikmat itu adalah sementara dan ia boleh ditarik pada bila bila masa,sesungguhnya nikmat yang kekal adalah kesenangan diakhirat..fikir fikirkanlah