Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 25 Mei 2009

Wahai Anakku

Anakku...
maafkan ayah dan ibu
diatas situasi ini
kau hidup
bagaikan tiada berbapa
terpisah jauh nun disana,

anakku
percayalah
walupun kelam awan yang hitam
menutupi segala cerkawala
namun ayah dan ibu
tetap mengingati dan merinduimu

bukan khendak bapamu untuk meninggalkanmu
dan bukan niat ibu mu untuk tidak mengikutku
kesabaran telah membatasi antara kedua penjagaamu

tetapi
kerana tangan - tangan noda manusia
kita terpisah

Anakku ..
janganlah sesekali kau membenci
tangan tangan noda itu
tapi berdoalah
moga tangan tangan itu
dibasahi dengan air kesucian
yang jiwanya tunduk kepada Allah
pencipta sekalian alam.
yang mengenal erti belas kasihan
yang tahu erti kebertanggungjawaban
yang sentiasa mencurah kebajikan

dan ..
jangan sesekali kau mengikutinya
tangan noda - noda itu
kerana ayah dan ibu mu
tidak mengajar untuk berbuat demikian.