Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 25 Mei 2009

Wahai Anakku

Anakku...
maafkan ayah dan ibu
diatas situasi ini
kau hidup
bagaikan tiada berbapa
terpisah jauh nun disana,

anakku
percayalah
walupun kelam awan yang hitam
menutupi segala cerkawala
namun ayah dan ibu
tetap mengingati dan merinduimu

bukan khendak bapamu untuk meninggalkanmu
dan bukan niat ibu mu untuk tidak mengikutku
kesabaran telah membatasi antara kedua penjagaamu

tetapi
kerana tangan - tangan noda manusia
kita terpisah

Anakku ..
janganlah sesekali kau membenci
tangan tangan noda itu
tapi berdoalah
moga tangan tangan itu
dibasahi dengan air kesucian
yang jiwanya tunduk kepada Allah
pencipta sekalian alam.
yang mengenal erti belas kasihan
yang tahu erti kebertanggungjawaban
yang sentiasa mencurah kebajikan

dan ..
jangan sesekali kau mengikutinya
tangan noda - noda itu
kerana ayah dan ibu mu
tidak mengajar untuk berbuat demikian.

Kecewa Dengan JAPIM

Assalammualaikum,

Perbincangan hari ini bukanlah untuk mencari salah siapa, tetapi adalah semata mata untuk kita berfikir dan bermuhasabah diri,dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang waktu didalam membuat keputusan berkait dengan penghidupan orang lain.
saya amat dukacita dengan pengurusan JAPIM itu sendiri, atas alasan apa dan mengapa perpindahan guru - guru j- Qaf tidak dapat dipindahkan dari satu formasi ke satu formasi terutamanya guru semenanjung yang telah berkhidmat dinegeri Sarawak atau Sabah yang ingin kembali kesemenanjung diatas sebab - sebab tertentu @ megikut suami dan sebagainya.

Kadangkala disaat pembekuan, tiada pertukaran KATANYA tetapi kedengaran masih ada lagi yang boleh pindah,pelik tapi benar, apakah ada lagi ketelusan...

Apakah tidak terpikir oleh pihak JAPIM, ikatan kekeluargaan khususnya suami,isteri dan anak adalah satu perkara penting didalam membina sebuah masyarakat yang bahagia, membina organisasi yang mantap dengan perkumpulan kekeluargaan itu sendiri.mungkin pihak JAPIM itu sendiri tidak sedar atau lupa, atau mereka ini adalah golongan yang tidak mementingkan keluarga, yang tidak mementingkan kebajikan sahabat- sahabat yang duduk dipendalaman.saya amat sedih dengan senario yang berlaku pada ketika ini.

saya tidak menyalahkan jabatan tetapi saya sedih dengan manusia yang melakukan, kerja yang baik dan sepatutnya merupakan ibadah akhirnya menjadi umpatan dan dosa.kalau berginilah cara pengurusan JAPIM sudah pasti rakyat akan merana.tercapaikah RAKYAT DIDAHULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN?

Jumaat, 15 Mei 2009

Biler Pentadbir Agama tidak Berjiwa Agama

Tuan-tuan sekalian, apabila kita melihat dewasa ini, satu trend iaitu meletakkan kuasa agama kepada orang yang bukan ahlinya semakin berlaluasa... ini sesuai dengan sabda nabi yang kira-kira bermaksud,

"akan timbuk suatu keadaan di akhir zaman, pengurusan hal Ehwal Agama akan dipegang oleh orang-orang yang bukan ahlinya iaitu darpada kelompok orang-orang yang berpengetahuan tentang Agama. maka mereka akan berfatwa sesuai dengan hawa nafsunya. maka kelompok ini bukan sahaja sesat, bahkan akan menyesatkan orang ramai"..

Dan ternyata, perkara-perkara seperti ini banyak berlaku. sebagai golongan agama, kita haruslah memperkasakan golongan-golongan ulama' muda yang akan mewarisi kepimpinan negara. serta harus memperjuangkan identiti agama dengan meletakkan Ulama' itu ditempat yang sepatutnya iaitu kepimpinan.

Haruslah kita mengetahui bahawasanya kezaliman itu adalah bila kita tidak meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. Takutlah azab Allah melebihi kita takut kepada manusia. dan mereka yang bukan ahlinya, janganlah merasa ujub serta taksub akan diri mereka kerana menguasai hal Ehwal Agama. sekali KAU TERSILAP,sesungguhnya azab Allah itu Maha Pedih..

Rasulullah saw besabda bahawanya, "Golongan Yang Paling Takut Kepada ALlah adalah Golongan Para Ulama". ketahuilah saudara sekalian, biarkan para Ulama' menguruskan Hal Ehwal Agama kerana pada setiap kalam mereka terkandung seribu satu macam hikmah serta Kemuliaan Agama pasti akan tertegak dibawah kepimpinan meraka.. amien.

Sunnah perjuangan

Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.

Dibuang Dia Berkelana,
Dipenjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,
Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang..

Akukah?

Jangan kamu tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orangyang bukan ahlinya" (H.R. Ahmad dan Ath-Thabarani)

Sahabat sekalian, Nasi saw berpesan dengan kita berkenaan dengan hal mereka yang cuba memegang kuasa ke atas agama. Hal ini, sudahpun terjadi pada saat ini. Mereka lupa bahawasanya hak absolut agama ini adalah milik Allah swt. Namun kerana kesombongan dan penyakit Lupa asal uSUL mereka, maka mereka menjadi seperti ini. Allah swt menjelaskan bahawasanya;

"Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan agamamu (kaidah-kaidah agama) dan telah Aku sempurnakan nikmatKu atas kalian dan aku rela bagi kalian Islam sebagai agama"
(Q.S. al-Maidah: 3)

Ingatlah bahawa, segala yang ada pada diri kita ini hanyalah titipan sementara daripada ALlah swt. Allah swt akan menanyakan pada kita kelak dan diminta pertanggungjawapan atas apa yang telah dilakukan oleh kita.

sekiranya segala yang kita lakukan di dunia ini, hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt semata, maka kita tidak perlu takut ini berhadapan dengan Allah swt, meinkan sifat tunduk, taat dan patuh kita kepadanya,sebagaimana firman ALlah swt:

"Barangsiapa yang mengharapkan tempat yang lapang di surga maka hendaknya dia menetap bersama al Jama'ah (Ahlussunnah Wal Jama'ah)" (H.R. at-Tirmidzi)

Dan sekiranya kita melakukan sebaliknya, maka sesungguhnya azab ALlah itu amatlah pedih. Maka tsahabat sekalian, berhati-hatilah dalam kehidupan disunia kerana sesunggunhnya, Sayyidina al-Mustafa nabi saw bersabda;


"Dan sesungguhnya umat ini (Umat Islam) akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua di neraka (sesat) dan satu golongan di surga, mereka adalah al-Jama'ah (majoriti umatIslam). (H.R. Abu Dawud)

Maka hendaklah kita bersikap sebagaiman firman Allah swt;

"Jangan kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ada ilmu (pengetahuan) tentang itu, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan (di akhirat)" (Q.S. al-Isra: 36)

Wallahua'lam bi tsawwab..

Cukuplah BABI sebagai peringatan

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya.”

Firman Allah yang bermaksud: “Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih.” (Surah al-Mukminun, ayat 52)

Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah.”

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim.

Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.

Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Rabu, 13 Mei 2009

Terimakasih

Assalamualaikum wbt

Buat sahabat - sahabat yang bersama memperjuangkan dakwah, mudah mudahan anda - anda sekalian berada didalam lindungan Alah SWT hendaknya.Tulisan hari ini adalah khas untuk ucapan terimakasih saya kepada JAKIM Cawangan Sarawak terutama sekali kepada Pengarah ybhg Us Othman, Us Mohd Zaki , Us Yacoob dan Us Mohd Nawi kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menimba ilmu menimba ilmu dan pengalaman dibumi kenyalang.ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Pusat Latihan Sarawak Ustzh Zainab dan Us Hj Hazaruddin kerana menerima dan mengajar saya semasa berada dipusat latihan Sarawak.Terimakasih juga saya rakamkan kepada Ustz Norhayati dan Karia,Us Mastuyah yang membimbing saya dalam membina kerjaya dan terimakasih saya rakamkan kepada Us Mohd Ajib Ismail kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk mengetuai bahagian Dakwah Limbang / Lawas.

Seterusnya terimakasih kepada semua warga JAKIM Sarawak kerana menerima kehadiran saya dengan baik,layanan yang baik dan saling bertukar tukar fikiran dan terimakasi saya ucapkan kepada pembekal yang memberikan khidmat yang cemerlang terutama sekali en Asnan, En Hamdan dan en Adnan,dan terimakasih kepada jabatan - jabatan yang bekerjasama dengan JAKIM terutama sekali JAKIM bahagian Limbang / Lawas dan terimakasih juga kepada masyarakat dibumi Sarawak terutama sekali kepada Masyarakat Di bumi Limbang / Lawas .Budi mu tuan saya hargai dunia dan akhirat.dan anugerah khidmat cemerlang peringkat jabatan perdana menteri yang baru baru ini telah dianugerahkan kepada saya adalah kejayaan anda - anda sekalian, tanpa anda siapalah saya...terimakasih.