Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Jumaat, 24 April 2009

KEHEBATAN ISLAM


<
KEHEBATAN ISLAMPeristiwa yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan Tahun kedua Hijrah . (13 March 624 Masehi ) ini adalah peristiwa yang menjadi mercu tanda kehebatan kalimah Tauhid di mata dunia. Pertembungan antara tentera Muhammad saw. seramai 313 hingga 317 orang dengan tentera yang dipimpin oleh Abu Jahal ibnu Hisyam seramai 1300 orang, menyaksikan pertarungan sengit dan mendebarkan.

Suatu pertarungan yang mendesak sehingga Baginda Rasul S.A.W. menadah dan mengangkat tangan sehingga jatuh selendang di bahunya, baginda merintih dalam satu munajat yang masyhur:

Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikan lah apa yang telah engkau janjikan kepada ku. Ya Allah Ya Tuhanku , kurniakan lah apa yang telah engkau janjikan kepada ku . Ya Allah Ya Tuhanku , Jika binasa battalion ini , nescaya tiada siapa lagi yang menyembah Mu di dunia ini.

Perang Badar yang berlaku pada tahun kedua hijrah ini adalah merupakan satu cabaran besar dan tamparan hebat buat Islam yang dipimpin oleh baginda saw. sementara Negara Islam Madinah baru berusia 2 tahun penubuhannya. Rasulullah S.A.W mengambil langkah bermesyuarat terlebih dahulu dengan para sahabat r.h.m. dalam menentu sikap terhadap isu getir yang sedang dihadapi umat Islam pada waktu itu. Apakah para sahabat baginda saw. bersedia untuk berperang dalam keadaan mereka masih di peringkat awal membangunkan Negara Islam yang pertama itu ? atau merancang untuk mengelak dari peperangan ?

Ianya menjadi persoalan yang mesti di rungkai pada waktu itu dalam menentu sikap di saat getir . Nabi S.A.W memanggil para sahabatnya dari pihak Muhajirin dan Ansar untuk bermesyuarat. Tanpa lengah , al Miqdad bin al Aswad dari pihak Muhajirin tangkas tampil mengeluarkan kenyataan : “ Wahai Rasulullah , teruskan apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah nescaya kami bersama , demi Allah kami tidak akan berkata kepada mu sebagaimana berkata Bani Israel kepada Nabi Musa, pergilah kamu bersama tuhan mu , berperanglah kamu berdua , kami mahu tinggal di sini sahaja . Tetapi kami akan berkata : Pergilah kamu bersama tuhan mu , kami pasti akan berperang bersama kamu berdua , maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran. Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al Ghimad ( satu tempat yang jauh di Yaman ) nescaya kami pergi bersama mu sehingga sampai walau apa pun yang terjadi .”

Rasulullah saw. memuji sikap tegas yang diambil oleh al-Miqdad dan mendoakannya , lantas Rasulullah bersabda : “ Berilah pendapat kamu wahai Manusia ”

Tiba – tiba tampil Saad bin Muadz Rha. wakil dari Ansar lalu berkata :
“ Demi Allah , seperti kamu mahukan kenyataan dari kami pula ya Rasulullah!”. Rasulullah saw. menjawab “ Ya ! ” Lalu Saad bin Muadz menegaskan : “Demi sesungguhnya kami telah beriman kepada mu, percaya kepada mu. kami bersaksi bahawa apa yang kamu datang kan kepada kami itu adalah benar dan kami berikan atas dasar itu janji – janji dan ikatan kesetiaan.

Kami sedia mendengar dan taat kepada mu . Maka teruskan lah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki. Maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran , kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya nescaya kami akan mengharunginya bersama mu. Tiada seorang pun di antara kami yang akan berundur ke belakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama kamu esok. Sesungguhnya kami adalah orang – orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah – mudahan Allah membuktikan kepada mu dari kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan. Marilah kita teruskan perjalanan, mudah – mudahan Allah memberkati kita .”
Mendengar penegasan dari wakil kaum Ansar, Nabi saw terus bangkit dan mengerahkan para sahabat untuk berangkat menuju medan dengan sabdanya :
“Berangkat dan bergembiralah kamu , sesungguhnya Allah S.A.W telah berjanji kepada ku salah satu dari dua pasukan (pasukan pimpinan Abu Sufian atau Abu Jahal ) Demi Allah, seakan – akan aku nampak tempat binasa mereka .”
Setelah baginda S.A.W. bermunajat kepada Allah S.W.T memohon pertolongan bagi Islam dan umatnya , maka Allah Kabulkan munajat tersebut dengan firman Nya :
“(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firman Nya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( Surah al – Anfaal : Ayat 9 – 10 )
Firman Allah swt lagi : “ (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkan lah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancung lah leher mereka (musuh) dan potong lah tiap-tiap anggota mereka" (perintah) Yang demikian ialah kerana Sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa Yang menentang Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.”

Apa yang wajib kita belajar dari Ghazwatul Badar ini ialah : Optimis bahawa pertembungan antara Iman dan Kufur pasti akan berlaku dan ia pastinya pula berpihak kepada Iman. Jumlah ( kuantiti ) bukan menjadi perkiraan asas dalam menghadapi kekuatan musuh sebaliknya prestasi ( kualiti ) setiap individu muslim yang menjadi nilaian utama, apakah ia menepati kriteria muslim mujahid yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Jauhi sebarang anasir yang boleh merenggangkan hubungan dan meretakkan ukhuwwah sesama kita kerana ia menjadi satu lubang besar yang membolehkan segala jenis musuh Allah mencerobohinya dan ianya menjadi virus yang akan merosakkan kekuatan kita dari dalam . Firman Allah swt :

“ Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. ”

Ibnu Ishaq menyebut dalam kitabnya Sirah an Nabawiyyah bahawa Muadz bin Amru bin Jamuh telah berjaya merempuh benteng yang dibuat dari lembing dan tombak untuk melindungi Abu Jahal sehingga Muadz berjaya menetak di tengah betis Abu Jahal. Tiba – tiba anak Abu Jahal ( Ikrimah ) menetak leher Muadz dan terkena tangannya hingga hampir putus. Muadz akhirnya mengheret tangan yang terkulai untuk meneruskan peperangan dan apabila terasa sakit , ia memijak tangannya dan menyentap sehingga putus .

Kemudian Muadz bin A’fra’ menyerang Abu jahal dan berjaya menetaknya sehingga hampir maut . Sejurus itu , datang pula Abdullah bin Mas’ud memancung leher Abu Jahal lalu dibawa kepala Abu Jahal kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Muslimin dan Muslimat sekalian.

Siapa kata Firaun tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah kalah ditangan Nabi Musa as.

Siapa kata Abu Jahal tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah tewas ditangan Nabi Kita Muhammad saw.

Siapa kata Rom dan Parsi ( kuasa besar dunia ) tidak boleh dikalahkan ? Bukankah kuasa besar itu tersungkur mencium bumi di tangan Saiyidina Omar al Khattab Rha.

Siapa kata Israel tidak boleh dikalahkan ? Bukankah ia telah ditewas dan diaibkan oleh tentera Hizbullah yang hanya seramai 1500 orang.

Siapa yang kata Musuh Allah tidak boleh dikalahkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan