Assallamualaikum wbt..
Salam persaudaraan, salam ukhwah , salam muhhibah buat para pembaca yang dihormati sekalian, mudah mudahan kita semua didalam lindungan dan rahmat Allah SWT.Hari ini genap 4 hari ana berada dikuala Lumpur,melapor diri di Polis Diraja Malaysia Bukit Aman,alhamdulilah nama pun Bukit Aman,moga moga keamanan juga diberikan didalam hati ana kerana terpaksa meninggalkan anak dan isteri dilawas (sementara) untuk melaksanakan misi dakwah di PDRM.
Perpindahan dari Lawas keKuala Lumpur sebenarnya sudah pun dijangka,kerana ada angin yang membawa berita, namun ana tidak sangka secepat ini sehingga tidak dapat memaklumkan kepada sahabat handai yang berada di Limbang / Lawas diatas perpindahan ini.ana menyusun jari jemari yang ada memohon jutaan kemaafaan diatas kesalahan sama ada tersirat dan yang tersurat.
pengalaman berada di Lawas memang sentiasa terpahat dihati ana, mana taknya dengan ikan tahainya,garam bukitnya,dengan dabainya dan kerahmahan masyarakatsehingga ana seolah olah berada didalam kampung sendiri, diam tak diam hampir 4 tahun ana berada dikawasan utara sarawak.
Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh pengarah jakim Sarawak, Us Othman, Us Zaki, Us Yakob dan Us Mohd Nawi kerana memberi kepercayaan kepada ana untuk mengetuai unit dakwah bahagian Limbang / Lawas.
Ana juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada jabatan - jabatan kerajaan samada dari faderal mahu pun negeri kerana bekerjasama didalam melaksanakan program program dakwah.mohon maaf kepada Tuan Pegawai Daerah Lawas kerana tidak mohon pamit dahulu (Tn Hj Supaih )ana percaya dibawah pengurusan Tn Hj Supaih Lawas akan terus Maju.Tidak dilupakan juga kepada YAB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan anak Lawas yang telah berjaya merubah lanskap Lawas berbanding 10 tahun yang lampau , moga rakyat dilawas akan memberikan sokongan dan dorongan untuk menjadikan lawas setanding dengan bandar bandar yang lain.
Tidak dilupakan kepada katering katering yang berada di bahagian limbang mahupun lawas Restoran Mutiara, Leyaa Cafe ,Restoran Idaman ,dan Restoran yang dimiliki oleh en Adnan di Limbang terima kasih banyak - banyak diatas kerjasamaa yang diberikan.
walau bagaimana pun perjuangan perlu diteruskan, jangan tanya apa yang orang sumbangkan tetapi tanyalah apa yang telah kita sumbangkan ..sekian terimakasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan