Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah
> Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.
> Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
> Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
> Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.
> Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.
> Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.
> Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.
> Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.
> Barang siapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.
> Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.
> > Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
>> Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
>> Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.
> > Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).
> Barang siapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.
> Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
> Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu
" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Selasa, 6 Januari 2009
Qunut Nazilah
Qunut Nazilah dalam praktik amalan Mazhab Syafi'i hanya sunnat dilakukan dalam sholat fardhu yang lima (termasuklah sholat Jumaat), sama ada dalam kesemua sholat yang lima tersebut atau mana - mana sholat fardhu, ketika umat Islam ditimpa musibah atau menghadapi ancaman sesuatu bahaya seperti wabak, penindasan, penganiayaan, peperangan, kemarau dan sebagainya. Menurut fuqaha' kita, tidaklah semestinya bahaya-bahaya atau musibah-musibah itu mengancam umat keseluruhannya, disunnatkan juga berqunut nazilah apabila ada sebahagian umat yang mengalaminya. Dan tidak juga disyaratkan yang menerima atau menghadapi musibah itu diri orang yang berqunut itu sendiri.
Dalam perlaksanaannya, Qunut Nazilah dilakukan seperti Qunut Subuh, iaitu dibacakan pada i'tidal rakaat terakhir sholat fardhu tersebut. Sebagaimana Qunut Subuh ianya dibaca dengan jahar ketika berjemaah walaupun dalam sholat-sholat sirriyyah - Zohor dan Asar. Jika dibaca dalam sholat sendirian, maka ianya dibaca secara perlahan (sir.) Selain sholat-sholat fardhu yang lima tidaklah disunnatkan berqunut padanya. Maka dalam sholat jenazah, sholat nazar dan sholat sunnat tidak disunnatkan berqunut nazilah, bahkan dalam sholat jenazah ianya dihukumkan sebagai makruh, manakala dalam sholat sunnat dan sholat nazar, ianya dihukumkan sebagai khilaful awla.
Seperkara lagi yang perlu kita ingat ialah walaupun Qunut Nazilah ini seumpama Qunut Subuh, tetapi hukumnya tidaklah sama kerana Qunut Subuh itu adalah sunnat ab'adh yang sunnat ditampal dengan sujud sahwi jika ditinggalkan. Manakala Qunut Nazilah jika ditinggalkan dengan sengaja atau lupa tidak sunnat dijabar dengan sujud sahwi. Berhubung lama masa mengerjakan Qunut Nazilah, kebanyakan ulama kita berpendapat ianya dilaksanakan sehingga hilang musibah atau bahaya tersebut dan ada juga segelintir yang hanya membatasi perlaksanaannya dalam tempoh sebulan.
Berhubung bacaan pula, maka apa-apa doa yang munasabah bagi tujuan nazilah adalah memadai. Juga memadai jika dibaca Qunut Subuh yang lazim, dengan atau tanpa apa-apa penambahan doa-doa lain. Cuma pada kebiasaannya amalan ulama kita, ianya diawali dengan membaca Qunut Subuh lalu sebelum bersholawat ditambah dengan doa-doa yang munasabah seperti doa tolak bala' dan sebagainya. Dan biasa juga dibaca Qunut Sayyidina 'Umar r.a. sebagai Qunut Nazilah.
***********************************
Qunut Sayyidina 'Umar
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu, tidaklah kami mengkufuriMu, kami beriman denganMu dan kami berlepas diri daripada orang-orang yang menderhakaiMu. Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan keranaMulah kami bersholat dan bersujud, kepadaMu kami arahkan segala usaha dan khidmat, kami mengharapkan rahmatMu dan takut akan azabMu, sesungguhnya azabmu yang dahsyat layak untuk ditimpakan kepada orang-orang kafir. Ya Allah, azabkanlah orang-orang kafir yang menghalangi jalanMu, yang mendustakan para utusanMu, yang membunuh para waliMu. Ya Allah, ampunilah sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, perbaikilah hubungan antara mereka, satukanlah antara hati-hati mereka, jadikanlah hati-hati mereka dipenuhi keimanan dan hikmah, tetapkanlah mereka atas agama Rasulullah s.a.w., teguhkanlah mereka dalam melaksanakan janjiMu yang telah Engkau janjikan bagi mereka, Bantulah mereka dalam menghadapi musuhMu dan musuh mereka, wahai Tuhan yang Maha Benar, jadikanlah kami daripada kalangan mereka

Peristiwa Berdarah : Gaza
Assallamualaikum....
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana kita dapat bertemu lagi dimedan penulisan bagi melontarkan pandangan yang mungkin dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk kita menyelusuri kehidupan dimasa hadapan, itu pun jika di izinkan Allah SWT.
hadirin sekalian,
sepertimana yang kita sedia maklum bahawa dunia ini adalah tempat sementara yang menguji sejauhmana keimanan kita kepada Allah SWT, sejauhmana kita melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini.Diantara salah satu tangungjawab tersebut adalah mamakmurkan bumi ini.
Hari ini, kita telah dikejutkan lagi dengan peristiwa berdarah iaitu serangan daripada manusia yang bertopengkan Iblis @ Syaitan @ lebih teruk daripadanya yang mungkin kita boleh menggelarkannya dengan bahasa baru iaitu Syaiblis kacukan daripada syaitan dan iblis yang menyerang tanpa perasaan belas ehsan bahkan lebih teruk daripada binatang, yang hanya memenuhi hawa nafsu semata - mata.
Kematian demi kematian, yang tua, muda dan kanak kanak menjadi mangsa kekejaman SYAIBLIS.Sudara seagama kita ditindas dengan penuh kezaliman,saya menyeru kepada seluruh umat Islam hindarkanlah kepentingan diri marilah kita berdoa dan bergabung tenaga membantu sudara kita yang tertindas di bumi Gaza.
Hadirin sekalian,
" Dari Anas r.a Dari Nabi saw beliau bersabda:" Tidak dianggap beriman seorang muslim diantara kamu,sehingga ia mencintai sudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". ( H.R Bukhari,Muslim,Ahmad dan Nasai-i )

Langgan:
Catatan (Atom)